"Hello Zie..."
"Hello Ra! Eh, kenapa suara kau macam ni? Kau tak sihat ke?" Wajah Zieta berkerut.
"Tu lah... Aku tiba-tiba demam pulak..." Ujar Lara.
Sepatutnya mereka berdua hendak berjumpa hari ini selepas tamat kelas Lara nanti untuk bergosip tentang blind date minggu lepas!
"Laa... Kesiannya kau! So kita tak payah jumpa dululah. Kau rehat je, okay."
"A'ah, okay... Sebab tu aku call kau ni. Nanti bila aku dah okay kita set balik ye."
"Okay Ra. Take care tau! Kalau ada apa-apa bagi tahulah."
"Okay..."
Setelah masing-masing mengucapkan 'bye', mereka memutuskan talian.
Lara menempatkan telefonnya di tepi bantal. Saat dia melirikkan pandangan ke jam dinding, waktu sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dalam fikiran Lara, dia teringatkan kelas Fundamental of Business yang sudah setengah jam berlangsung. Lara tidak larat untuk ke fakulti apatah lagi bila hendak berasak-asak menaiki bas. Kalaulah dia larat, perkara pertama sekali yang Lara hendak buat adalah pergi ke klinik. Tetapi oleh kerana badannya berasa lemah, Lara mengambil keputusan untuk berehat sahaja dahulu.
Tiba-tiba, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Calling... Ashraf SIA
Hati Lara berbunga apabila terlihatkan nama itu. Sebentar tadi Lara ada menghantar SMS kepada Ashraf (dan juga Huzaimi!) mengatakan yang dia tidak ke kelas kerana tak sihat badan.
Lara tekan butang 'Answer'.
"Hello Ash..."
"Uish! Princess, your voice sounds awful." Ujar Ashraf. Lara hanya tertawa kecil tetapi suara tawanya itupun kedengaran seperti peti suara Lara membengkak.
"Dah makan ubat belum?"
"Erm... Takde ubat. I belum pergi klinik."
"Laa, habis tu kalau takde ubat macam mana nak baik?" Tanya Ashraf lagi.
"Ermm... Petang sikitlah I pergi klinik. Sekarang tak laratlah. Badan I lemah."
"Ah, okay... I tell you what. You tidur dulu, rehat elok-elok. Lagi dua atau tiga jam nanti baru pergi klinik okay?"
"Yeah, memang I rasa macam nak rehat dulu..."
"Yup yup, good... Nanti lagi dua atau tiga jam I call you balik, okay? You tidurlah sampai I call."
"Yeah, okay Ash..." Bibir Lara mengukir senyuman. Seronok juga rasanya bila ada orang yang boleh tolong kejutkan nanti. "Thanks, Ash..." Ucap Lara dengan suara yang sedikit sengau. Hidungnya tersumbat!
"No worries. Take care, princess."
Talian diputuskan. Lara terus mengiringkan badannya sambil memeluk bantal. Sekejap sahaja selepas dia menutup mata, Lara terus larut dalam lenanya...
* * * * *
Gabungan muzik orkestra persembahan daripada kumpulan San Francisco Symphony kedengaran sungguh harmoni sebelum petikan gitar dan pukulan drum menggegarkan segenap ruang kereta Mazda RX8 tersebut. Lagu 'No Leaf Clover' daripada band metal terkenal dunia, Metallica bergema semakin rancak. Ashraf tersenyum sendirian. Kakinya menekan pedal kereta sehingga kereta sport tersebut memecut dengan sungguh laju. Bunyi enjin berteknologi rotary itu kedengaran mengaum garang...
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...