MELIHAT Hayyan yang sudah bersiap kemas sambil berdiri di hadapan bilik solat dengan tersarung baju melayu cekak musang berwarna biru gelap milik abang Ngah tanpa sedar Medina sudah menarik senyum lebar.
'Handsomenya!' Desis Medina sambil berangan sendiri.
Senyuman mula terlakar di bibir Hayyan melihat Medina yang tidak kalih memandang wajahnya.
"Kacaknya awak hari ni?" Bisik Medina.
"Aik... hari ni aje ke awak rasa saya kacak. Bukan ke saya memang setiap hari kacak ke pada awak?" Usik Hayyan sambil menjongket keningnya seraya tersenyum nakal.
"Ngee... perasannya awak ni. Sejak bila jadi orang kuat perasan ni, hah?" Medina mula bercekak pinggang. Geram melihat lelaki di hadapannya itu jelas-jelas mahu mengusiknya.
"Sejak saya mengenali awak, Medina. Sejak pertemuan kita empat tahun lalu awak banyak mengubah hidup saya. Awak banyak mengajar saya tentang kasih dan sayang. "Bicara Hayyan penuh manis.
Mendengar biacara Hayyan serta-merta wajah Medina merona kemerahan. Hangat pada kedua belah pipi segera dikipas dengan tangan. Malu.
"Hrmmm...." deheman yang kuat dari arah belakang membuatkan Medina dan Hayyan menoleh serentak.
"Hello! Wan masih di sini," Hazwan tersengih selamba sambil melambai-lambai dengan wajah penuh mengejek pada abangnya dan cikgunya itu.
Melihat wajah Hazwan yang jelas mahu mengusiknya, Medina sudah tersenyum penuh kekok. Malu bukan kepalang apabila bersweet-sweet di hadapan anak muridnya sendiri. 'Adeh kau ini Medina, apa pun tak boleh. Tepuk dahilah cenggini.'
Hayyan yang berjaya mengawal rasa malu terus menjentik dahi Hazwan. Geram dengan kenakalan dan onarnya yang dibuat adiknya itu.
"Bluekk...." jentikan Hayyan pada dahi Hazwan langsung tidak membuat Hazwan takut. Malah makin galak dia mahu menyakat.
"Awak, tadi ayah tanya apa pada awak? Ayah marah awak teruk ke?" Soal Medina yang jelas terpancar risau di wajahnya.
"Tak ada apalah, ayah awak tak marah pun." Jawab Hayyan tenang. Memang benar ayah Medina langsung tidak memarahinya.
Dahi Medina mula berkerut tanda sangsi dengan jawapan Hayyan. "Sure? Ayah tak marah awak?"
"Ya sayang."
"Kalau ayah tak marah awak, habis tu ayah cakap apa dengan awak?" Soal Medina ingin tahu.
Melihat kekalutan dan kerisauan Medina jujur membuatkan dia rasa ingin mencubit pipi Medina. Geram dengan kecomelan wajahnya itu. 'Hailah! Kesayangan siapalah ini?'
"Adeh!" Hazwan menepuk dahinya. "Takut benar buah hati dia kena marah." Ucap Hazwan selamba.
Tajam pandangan Medina pada Hazwan. Namun pandangan tajam Medina langsung tidak diendahkan malah semakin galak menyakat.
"Buat apa lagi bising-bising tu? Masuk cepat!" Sergah Ismail apabila mendengar pertelingkahan anak bongsunya dengan anak muridnya itu.
"Tak ada apa ayah." Kalut Medina memasuki ruang saf untuk wanita.
"Hayyan boleh kan?" Soal Ismail sekali lagi.
Hayyan menarik senyum tenang. "Insya-Allah boleh pak cik."
"Alhamdulillah."
Mendengar azan dan iqamat dari Hayyan serta-merta Ismail menarik senyum senang. Kemerduan anak muda itu melaungkan azan begitu merdu sehingga membuat dia sebagai hati orang tua sepertinya turut rasa sejuk.
YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...