Bab 10

8.1K 280 9
                                    

Luthfi berada di Itali untuk beberapa hari atas urusan kerja dan mencari ketenangan di sana setelah hatinya diusik dengan perkahwinan gadis yang dicintai,Mia. Dia berusaha untuk melupakan Mia tapi hatinya enggan melepaskan Mia.

Dia membawa diri bersiar-siar di bandar itu lalu anak matanya menangkap seseorang yang dikenalinya di sebuah lorong.
"Tu bukan ke suami Mia, apa yang dibuat kat sini. Aku tak nampak Mia pun." Langkahnya terhenti seketika untuk melihat apa yang terjadi.

Zyaire bersama dengan beberapa orang pembantu dan pekerjanya seperti sedang menunggu kedatangan seseorang. Dalam 5 minit kemudian datang sebuah van hitam yang melalui lorong itu. Lalu dua orang daripada pekerja Zyaire mengheret keluar seorang lelaki yang kelihatan sangat lemah seperti dipukul dengan teruk.

Luthfi masih menonton aksi itu disebalik tiang dan pengcahayaan yang kurang di malam hari menyukarkan orang mereka melihatnya.

Lelaki yang lemah tadi ditundukkan di hadapan Zyaire lalu Zyaire turun membengkokkan badannya dan bertanyakan sesuatu. Malangnya, Luthfi tidak dapat mendengar apa-apa kerana jarak mereka jauh.

Setelah itu,Zyaire mengambil sepucuk pistol dan diarahkan pada dahi lelaki itu. Rayuan dan tangisan lelaki itu Zyaire hiraukan dan dia melepaskan tembakan menembusi kepala lelaki malang itu. Bunyi tembakan tidak dapat didengari kerana menggunakan suppressor pada senjata tersebut. Akhirnya dia tersungkur dengan darah mengalir di dahi.

"È un mafioso. Non essere sorpreso perché è normale per lui. È meglio che te ne vada prima che ti vedano."
(Dia seorang mafia. Tak usah terkejut kerana itu adalah perkara biasa baginya. Lebih baik kau pergi sebelum mereka nampak kau) tegur seorang lelaki tua.

Luthfi tidak mempercayai apa yang telah diberitahu oleh lelaki tua itu tadi. Dia segera beredar dari situ dan pulang ke hotel.

Malam itu menjadi malam yang membuatkan dia tidak tidur lena kerana memikirkan perkara tadi. Nama Mia mula bermain difikirannya tanpa henti.

🖤🖤

Ketiadaan Zyaire memberi sedikit kebahagiaan kepadanya. Dia lebih suka bila Zyaire tiada di rumah dan dia dapat melakukan apa sahaja tanpa mendapat sebarang arahan.

Meskipun dia bebas melakukan apa-apa sahaja, itu tidak bermakna dia dapat keluar bebas dari rumah itu. Hendak kemana-mana mesti ada orang Zyaire ikut sekali.

"Arman,saya nak keluar dengan kawan saya petang ni nak pergi shopping jadi awak tak perlu ikut ya." Mia mengharapkan Arman setuju dengan arahannya.

"Maaf, bos larang Puan Mia keluar seorang diri. Puan jangan risau saya takkan ganggu masa puan dengan kawan puan." balas Arman. Sangkaannya betul,tidak semudah itu Zyaire akan melepasnya keluar berseorangan tanpa orang-orangnya.

"Baiklah kalau begitu, petang ni kita pergi." Dia terpaksa menerima hakikat yang hidupnya tidak seperti dahulu.

"Memang dia ni akan ikut kita kemana saja ke? Aku naik rimaslah." Bisik Tina kepada Mia.

Mia hanya tersenyum kelat yang memberi maksud 'terima saja lah.'

Mereka ke pusat membeli belah bersama dengan dua orang lelaki berbadan tegap. Zyaire sangat menjaga Mia dan ingin memastikan gadis itu sentiasa selamat kerana musuhnya berada dimana-mana saja.

Tiba-tiba telefonnya berdering dan panggilan itu daripada Luthfi.

"Ya baiklah, saya bagi location saya tapi awak kena datang cepat sebab sebelum 7 malam saya kena balik." katanya kepada Luthfi dicorong telefon lalu menamatkan panggilan.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now