BAB 17

131 12 0
                                    

" KATA  tinggal sini seminggu?"

Haikal mengerut dahinya melihat datin asmidar menuruni  anak tangga sambil membawa beg pakaian ke bawah . Hairan juga sebab baru empat hari ibu saudaranya itu tinggal di rumah dia sedangkan ibu saudaranya itu bagitahu akan tinggal sini selama seminggu.

" dah orang tu tak sudi bagi tinggal sini.  Kami ni menumpang je.  Baik angkat kaki sebelum kaki kena angkat " balas Jasriman yang tolong angkat beg pakaian ibunya.

" aduh.... sakit lah ma" Jasriman mengosok bahu kananya akibat dicubit oleh ibu dia.

" mulut tu mama jahit baru tahu" balas datin asmidar.

" mama mana pandai menjahit.  Ada hati nak jahit mulut Jas "

" kamu...!" Datin asmidar sekali lagi cuba mencubit bahu anak nya itu.  Geram betul.

" Jas letak beg ni dulu. Adios  " Jasriman terus mengangkat kaki dari situ.  Berlari anak menuju ke arah kereta.  Tak sanggup kena cubit dua kali . Sakit woo...

" makngah, Aliya dan haikal Ada sakitkan hati makngah ke?. Atau  makngah ada terasa hati dengan kami.  Kami berdua tak kisah pun kalau  makngah tinggal sini. " Kata Aliya dengan nada risau.  Takut kalau dia ada buat sesuatu yang menyinggung perasaannya.

" betul tu. Kami ada buat salah ke" Gillian Haikal pula yang bertanya.

" kamu berdua tak pernah sakitkan hati makngah apatah menyinggung perasaan makngah.  Makngah balik ni pun sebab pakngah kamu dah balik dari sabah.  Kesian pakngah tiada teman dekat rumah. Sebab tu makngah  nak balik" terang datin asmidar.

" mama ni cakap jelah rindu papa.  Cakap kesian bagai.  Alasan je lebih " kata jasriman dari luar rumah.  Tu sebab dia berani cakap macam tu. Kalau cakap macam tu tepi ibunya mesti kena kaki nanti.

Datin asmidar menghembuskan nafas dengan kasar menahan geram dalam diri dia.

"  kamu berdua tu pengantin baru.  Makngah rasa tak elok lama lama dekat sini.  Rasa macam kacau daun untuk kamu berdua  manja manja. So baik makngah balik.  " kata datin asmidar sambil bersilih ganti memandang Aliya dan Haikal.

"  kalau itu yang makngah nak, haikal tak boleh nak kata apa lah. " kata Haikal.  Ada betul juga yang ibu saudara dia cakap.  Kalau makngah tinggal lama lama dekat sini nanti macam mana hubungan dia dan aliya akan membaik.  Aliya kurang marah dekat dia pun sebab ada makngah.

Maknanya Aliya masih pendam marah tu lagi.  Dia tak mahu Aliya pura pura terima dia semata mata ada makngah disini.

Haikal dan Aliya mengiringi datin asmidar sehingga ke muka pintu pagar.  Aliya bersalaman dengan Datin asmidar.  Semasa bersalaman datin asmidar ada berbisik sesuatu di telinga Aliya.

" Haikal tak pernah tinggalkan kamu.  Bagi peluang dekat dia. Tak perlu hidup dalam kepuraan.    Okey"

Aliya agak terkejut.  Reaski muka dia ditahan.  Dia pandang muka datin asmidar yang tersenyum kearah dia setelah berbisik ditelinganya.

" makngah tahu ke yang selama ini dia pura pura baik dengan haikal. Atau itu hanya pesanan. Tapi kenapa makngah cakap seperti itu?" Getus hati Aliya.

" makngah pergi dulu.  Nanti ada masa datang rumah okey. " kata datin asmidar sebelum masuk ke dalam perut kereta. Begitu juga dengan Jasriman.

******

SELANG  beberapa saat bunyi geruman enjin kereta milik Jas kian hilang kedengaran dari perkarangan rumah mereka.

Aliya terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Haikal di luar.  Haikal sempat berpaling ke arah aliya yang berjalan menuju ke pintu.

" Aliya." Haikal memanggil nama Aliya. Aliya yang berjalan berhenti lalu berpaling tanpa sebarang reaksi wajah.

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now