BAB 65

304 9 0
                                    

ZARA sibuk menghias biliknya dengan perabot baru dan mengecat dinding bilik tersebut dengan warna biru laut.. Setiap bulan dia suka mengganti warna bilik mengikut mood... Sedang Zara ralit mengecat, tiba-tiba kedengaran telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefon. Dia pun menjawab panggilan daripada Ina.

ZARA:Asalamualaikum.

INA:Waalaikumussalam.

ZARA:Haa ada apa? Aku tengah cat bilik ni.

INA:Oh. Aku ganggu kau ke?

ZARA:Tak adalah. Kau kenapa ni? Macam tak okey aje.

INA:Biasalah aku baru lepas bergaduh dengan Ana tadi.

ZARA:Laa kenapa pulak?

INA:Tak ada apa-apalah. Bukan itu yang aku nak bagitahu. Aku nak bagitahu pasal masalah majlis.

ZARA:Masalah apa? Kau tak jadi kahwin ke?

INA:Jadi. Kau gila ke tak jadi. Aku kena sabotaj lah. Baju nikah aku hilang lepastu tiba-tiba tarikh nikah aku ditukar ke bulan depan.

ZARA:Siapa yang buat?

INA:Manalah aku tahu. Masa pergi butik tadi bos butik tu yang cakap dah ada orang ambil. Katanya kawan aku. Sebab tulah aku tanya kau ni.

ZARA:Aku tak balik KL lagi macammana nak ambil?

INA:Sebab bos butik tu cakap kawan aku tu dia dah nak kahwin dan Bryan dengan aku dah bagi baju kat diorang. Tapi tak pernah pun. Aku ni dah lama tunggu baju tu siap tiba-tiba hilang macam tu aje. Siapa kawan aku tu? Kau aje kawan aku yang dah nak kahwin.

ZARA:Okey. Apa kata kau suruh anak-anak buah kau siasat hal ni. Aku tak nak apa-apa jadi. Takut pisang berbuah dua kali. Susah tu.

INA:Itulah tu. Okeylah. Dah tak ada apa-apa nak bagitahu ni. Take care kat sana.

ZARA:Okey. Apa-apa nanti kau roger aku.

INA:Baiklah.

Gagang telefon dimatikan oleh Ina. Manakala Zara pula meneruskan kerja mengecatnya tadi.

............................................................................................................................................

Kelihatan Arisya memasukkan makanan ke dalam bekas untuk diberikan kepada Hariz. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa mesti dia risaukan keadaan lelaki itu. Tak mungkinlah dah jatuh cinta? Ataupun hanya rasa empati dan simpati.

"Sejak bila kau suka bawa bekal ni?" tanya Amelia kepada Arisya yang entah dari mana tiba-tiba main sergah nasib baiklah si Arisya ni tak ada penyakit jantung. Kalau tidak tak pasal pasal masuk ICU.

"Uishh!! Kau buat apa dekat sini?"

"Aku ternampak kau masukkan makanan ni dalam bekal. Sebab tu lah aku tanya kau."

"Oh. Aku sajeje bawa bekal pergi kerja. Hahaha."

"Oh okey. Walaupun pelik tapi tak apalah aku percaya."

"Hah.. Okeylah aku dah lambat. Kalau kau nak makan masak sendiri dalam peti tu macam macam ada."

"Haaa. Iyelah."

Seusai menyiapkan bekal untuk Hariz, dia pun mengatur langkah dengan laju meluru keluar rumah. Arisya pun masuk ke dalam keretanya dan terus menuju ke resort untuk berjumpa dengan Hariz. Tiba-tiba sahaja dia risaukan lelaki itu sudah makan ke belum? Hahaha. Empati betul tu!!!

............................................................................................................................................

"Awak, saya nak tanya boleh?" tanya Amelia kepada Syakir.

"Tanyalah. Apa dia?" kata Syakir.

"Bila awak nak bawa saya jumpa dengan family awak?" tanya Amelia.

"Sebenarnya saya nak bawa awak pergi harini. Tapi saya penat. Esok pagi nanti kita pergi Perlis. Okey!" jawab Syakir.

"Yay!! Tak sabarnya nak jumpa parents awak."

"Samalah. Saya pun dah 5 tahun tak balik Perlis. Rindu sangat nak tengok sawah padi."

"Wah. Mesti tenang je kampung awak tu kan?"

"Eh, mestilah!"

............................................................................................................................................
Di Resort...

Bunyi ketukan pintu membuatkan Hariz tersentak seketika dan bangun daripada katil untuk membuka pintu. Lega hatinya apabila melihat susuk tubuh Arisya di situ.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya Hariz kepada Arisya. Dia sengaja bertanya walaupun sebenarnya di dalam hati rasa gembira sangat.

"Saya masakkan awak harini. Risau kalau awak tak makan lagi." jawab Arisya dengan selamba.

"Dia risau? Seriuslah? Baru jumpa semalam takkanlah." bisik hati Hariz.

"Awak tak nak bagi saya masuk ke? Memang kita kena berdiri je eh?" tanya Arisya.

"Eh, jomlah masuk. Hahaha. Sorry."

"Tak apa." kata Arisya seraya masuk ke dalam bilik tersebut dan duduk di atas sofa.

"Awak masak apa?" tanya Hariz dengan berselera.

"Saya masak biasa aje. Asam pedas ikan mayong."

"Wah. Lauk kegemaran saya tu."

"Oh iya ke? Baguslah kalau awak suka."

"Iya. Kalau asam pedas ikan mayong ni boleh berpinggan-pinggan saya habiskan. Dah lama tak makan sejak mama saya tinggalkan saya dan adik-beradik yang lain." kata Hariz dengan nada sedih.

"Hmm. Awak menangis ke?" tanya Arisya.

"Tak adalah. Saya sedih aje sebab teringatkan mama."

"Mama awak pergi mana? Tapi kalau awak tak nak cerita pun tak apa."

"Mama saya pergi tinggalkan saya, adik-beradik dengan papa sebab dia curang dengan lelaki lain. Sampai sekarang saya tak berjumpa dengan dia lagi."

"Oh macamtu. Kalau ada apa-apa lagi lepas ni dan awak tak ada tempat untuk bercerita nanti telefon aje saya. Saya boleh dengar cerita awak tu."

"Betul ni?"

"Mestilah betul. Dah awak pergi makan tu dulu nanti saya bawa awak jalan-jalan."

"Okey." jawab Hariz seraya mengunyah makanan tersebut.

"Awak kerja apa? Macammana awak boleh ada dekat kafe saya malam tu?"

"Hmmm. Sebenarnya saya ni Mafia."

"Mafia?!!"

"Kenapa? Awak dah tak nak kawan dengan saya lagi?"

"Bukan macamtu. Saya okey aje. Cuma kerja tu bahaya untuk orang di sekeliling awak termasuklah saya ni."

"Iya. Saya tahu dan malam tu saya baru lepastu kena pukul dengan ketua TEM sebab menceroboh markas."

"TEM? Seriously?"

"Haah. Kenapa? Awak kenal dia?"

"Ramai orang kenal TEM sebab terkenal dengan kes pembunuhan. Nasib baiklah awak tak mati malam tu."

"Saya bersyukur juga sebab awak dah tolong saya. Terima kasih sangat kalau awak tak buka pintu masa tu mesti saya dah mati."

"Sama-sama. Dah awak jangan fikir lagi okey? Awak stay je sini. Nanti kalau TEM cari awak lagi macammana? Awak kena stay sini juga dan kalau nak apa-apa nanti telefon aje saya."

"Okey. Terima kasih sangat." kata Hariz sambil memegang tangan Arisya kerana terharu. Dia pun sebenarnya dah memendan perasaan tunggu waktu yang tepat aje untuk meluahkan isi hatinya kepada gadis itu.

"Sama-sama." kata Arisya sambil tersenyum.

*
*
*
*
*
*

Whispers In The Dark: In silence, the truth often screams.Where stories live. Discover now