Jiung dan Theo duduk di bangku yang tersedia di dalam kedai itu. Hyejin dipandang dari jauh sahaja.
" Kenapa kau bawak dia datang dekat kedai ni?" soal Theo.
" Hyung. Dah berapa lama kita jadi adik beradik?" Jiung menyoal Theo kembali.
" 400 tahun," kata Theo.
" Apa salahnya kita bantu mereka? Kita pun berasal dari kedai ni. Kalau bukan dia yang cium hyung, kita takkan jadi manusia, " kata Jiung.
Hyejin melihat Theo dan Jiung yang sedang berbual. Jiung kelihatan sedang melihatnya. Hyejin menunjukkan patung yang dipegangnya.
" Cium anak patung je. Bukan cium manusia, " Hyejin merapatkan bibirnya ke mulut anak patung naga itu.
Jiung memandang Theo dengan senyuman. Hyejin kemudiannya meletakkan kembali anak patung naga itu.
" Kalau boleh beli dah lama Hyejin beli tapi awak takde tanda harga. Emm mungkin awak ada kawan dekat sini yang tak boleh dipisahkan. Bye," Hyejin berbisik pada anak patung naga itu sebelum menuju ke arah Theo dan Jiung.
" Dah siap. Sekarang Hyejin nak balik, " kata Hyejin.
" Lah. Tak nak beli anak patung ke? " soal Theo.
" Tak nak. Hyejin rasa macam pelik. Jom balik, " Hyejin menarik tangan Theo dan Jiung.
Akhirnya mereka pulang ke rumah seperti yang diminta adik mereka. Hyejin masuk ke biliknya sebelum menyalin pakaian. Setelah selesai terus dia berlari ke bilik Jiung.
" Jiung oppa. Cepatlah ceritakan pasal tadi," Hyejin duduk di atas katil Jiung.
Jiung yang sedang bermain telefon meletakkan telefonnya di sisi sebelum mendekati Hyejin. Theo masuk ke bilik Jiung sebelum duduk di atas sofa.
" Hyung nak dengar jugak ke? " soal Jiung.
" Tak. Cuma nak pastikan masa untuk kau bercerita," kata Theo.
" Oppa. Kenapa kena ada limit?" soal Hyejin.
" Dua minit. Dua minit je Hyejin boleh dengar," kata Theo.
Jiung dipandang Hyejin dengan muka tidak puas hati. Apa boleh buat kalau dah abang sulung berbicara?
" OK. Hyujin tahu tak demon dan angel boleh bertukar menjadi manusia? " soal Jiung.
" Mustahil. Kalau macam tu manusia pun boleh jadi angel," balas Hyujin.
" Sebenarnya boleh. Dan mereka akan bertukar walaupun tak nak. Apabila satu demon atau angel tu mati, roh mereka akan bertukar menjadi satu benda. Tapi selalunya mereka lebih pilih anak patung, " kata Jiung.
" Dalam banyak benda yang ada, anak patung jugak yang dia nak bertukar? Kenapa? " soal Hyujin.
" Sebab mereka boleh terus kekal apabila ambil anergi manusia. Benda yang paling mereka suka sekali adalah anergi yang dihasilkan manusia apabila gembira," Jiung mengukir senyuman.
" Haaih. Pelik kalau dah demon kenapa tak ambik jantung ke? Usus ke? Yang tu je dia nak? " bebel Hyujin.
" Kalau demon macam tu kau rasa ada lagi manusia atas bumi ni? " soal Jiung.
" Demon biasanya akan lalui ermmm satu keadaan yang boleh mengubah mereka untuk jadi manusia, " Jiung mengukir senyuman.
" Kalau jadi manusia maknanya dia takkan ingat semua lah kan? Dah jadi baby balik. Kan? " soal Hyujin.
" Tak. Mereka boleh pilih," Theo yang sejak tadi membisu bersuara.
" Mereka boleh pilih sama ada nak terus menjadi manusia sama macam rupa mereka masa tu atau dilahirkan semula sebagai manusia,"kata Theo.
" Betul. Tapi kalau pilih untuk dilahirkan semula ingatan mereka akan hilang kalau terus menjadi manusia ingatan masih ada," kata Jiung.
" Ouuuhhh. Oklah. Tak menarik. Hyujin tak suka demon tapi suka angel. Selalunya demon tu gigi jongang. Hidung besar. Tapi angel baik. Kacak, " Hyujin mengukir senyuman.
" Mana ada. Bukan semua demon jahat dan bukan semua angel baik, "kata Jiung .
Hyujin hanya menjelirkan lidah sebelum keluar daripada bilik Jiung dan menuju ke dapur kerana perutnya sudah lapar.
" Kenapa tak cerita semua je dekat dia? " soal Theo.
" Dah cerita tadi. Hyung bagi 2 minit je tempoh mana sempat, " Jiung sambung bermain dengan telefonnya.
" Siapa yang Hyujin cium tadi?" soal Theo.
" Hyung tak kenal? Tengok warna kuasa dia pun dah tahu siapa, " balas Jiung.
" Jiung. Sejak jadi manusia 10 tahun lepas aku dah janji dengan diri sendiri aku takkan guna kuasa aku sehingga habis tempoh 15 tahun hidup sebagai manusia yang berkuasa demon," kata Theo.
Jiung membetulkan duduk sambil memandang Theo dengan anggukan tanda memahami apa yang dikatakannya.
" Hyung 15 tahun nilah kita kena guna sebaik mungkin kuasa terakhir kita. Cuba hyung fikir balik kalau takde kuasa akhir ni rasanya kita tidur dekat tepi jalan tahu? Sanggup ke kita nak biarkan satu-satunya adik kita hidup bawah jambatan?" soal Jiung.
Melihat Theo membisu Jiung melepaskan keluhan.
" Kalau bukan semua perempuan akan dihilangkan ingatan semasa menjadi manusia rasanya Hyujin akan cari dia, " kata Jiung.
" Aku tak fikir pasal dia. Kau pun tahu tu, " kata Theo.
Jiung memandang Theo sebelum ketawa seolah-olah mengejek Theo.
" Aku pun tahu yang hyung masih fikirkan dia, " kata Jiung.
Theo hanya membisu sebelum keluar dari bilik Jiung. Tangannya diraupkan berkali-kali ke muka.
" Aku tak fikirkan dia langsung," Theo berbisik sendiri.
YOU ARE READING
My Boyfriend Is A Demon [ ATEEZ ]
FantasiChoi Hyesoo merupakan penggemar anak patung yang comel . Tanpa dijangka satu kejadian telah membuatkan dia terjumpa anak patung naga berwarna biru jernih di dalam biliknya. Siapa sangka anak patung naga yang dijumpai itu seekor syaitan yang telah hi...