BAB 2

2.4K 106 9
                                    

     "Aisy, nak dengar cite tak? Ade ustaz handsome ajar kite PSI. Ustaz tu ganti Ustazah Hanah" ujar Anis teruja. Mula lah tu berangan dapat kahwin dengan ustaz handsome.

     "Kau dengar cerita dari mana pulak ni?" Soal Aisya malas. Aisya yang sedang membaca buku pendidikan syariah islamiah itu menoleh ke arah Anis yang sedang tersenyum seperti kerang busuk itu.

     "Sape lagi kalau bukan si Mira tu. Dia kan penyampai berita paling pantas dekat sekolah ni. Lepas ni masa psi kan? Aku tak sabar nak tengok muka ustaz tu. Agak-agak handsome macam Izzue Islam tak?" Aisya hanya menggeleng melihat perangai sahabatnya itu.

     Baru sahaja ingin menyambung bacaannya, ketua kelas memberi arahan untuk berdiri. Aisya mengangkat matanya memandang ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki yang kemas dengan baju kemeja biru. Songkok yang terletak di atas kepalanya menambahkan lagi ketampanannya. Aisya melihat ke sebelah. Kelihatan Anis yang sudah tersenyum sendiri. Aisya pantas mencubit pinggang Anis yang sedang berangan itu.

     "Auch!" Satu kelas memandang ke arah kami. Anis hanya tertunduk malu.

     "Ada apa masalah? Kamu okey ke?" Naufal menyoal. Risau juga jika anak muridnya sakit. Anis menggeleng sambil tersengih malu. Naufal menggelengkan kepalanya."Boleh duduk semua." Semua pelajar kembali duduk.

     "Assalamualaikum semua. Nama ustaz Naufal Iskandar. Boleh panggil ustaz Naufal. Umur ustaz 24 tahun. Sekolah ni merupakan sekolah kedua yang ustaz mengajar. Sekarang ni ustaz tengah ambik master di UPSI. Ustaz di sini akan menggantikan guru psi kamu iaitu Ustazah Hanah yang telah bersara kerana masalah kesihatan seperti yang kamu semua sedia maklum kan?Jadi ada apa-apa soalan setakat ni?" Naufal melemparkan pandangan pada murid-murid di hadapannya.

     " Ustaz dah kahwin ke?" Soal salah seorang pelajar perempuan. Naufal hanya menggeleng sambil tersenyum.

     "Ustaz belum kahwin. Kalau nak jadi isteri ustaz boleh la isi borang. Nanti ustaz interview. Tengok siapa yang layak." Satu kelas ketawa mendengar kata-kata ustaz.

      'Pandai jugak ustaz ni bergurau' Aisya berkata dalam hati.

     "Ustaz dah perkenalkan diri ustaz. Sekarang ustaz nak kamu semua kenalkan diri boleh. Tak adil la kan kalau kamu semua kenal ustaz tapi ustaz tak kenal kamu." Semua pelajar hanya mengangguk tanda setuju. " Kita mula dari belah kanan. Perkenalkan nama dan nama panggilan sahaja."

     Maka bermulalah sesi memperkenalkan diri. Sehingga tiba di giliran Aisya, Aisya terus memperkenalkan dirinya. "Nama saya Nur Aisya Irdina. Boleh panggil saya Aisy." Aisy terus duduk setelah memperkenalkan diri.

     Setelah selesai semua pelajar memperkenalkan diri, masa belajar telah pun tamat. Semua pelajar mengemas buku masing-masing.

     "Esok ada masa saya kan? Jadi saya nak kamu semua study bahagian aqidah tingkatan 5. Saya nak terus mengajar hari esok. Fahamkan betul-betul. Selebihnya saya akan terangkan masa belajar esok." Usai berkata Naufal terus melangkah keluar daripada kelas tersebut.

************************************

     "Assalamualaikum umi, walid." Naufal memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarganya. Naufal terus merebahkan dirinya di atas sofa di ruang tamu. Matanya dipejamkan seketika dengan lengan di atas dahi.

     "Waalaikumsalam. Penat sangat ke anak umi ni?" Soal Puan Laila lalu mengambil tempat di sofa bertentangan dengan Naufal.

     Naufal terus mencelikkan matanya dan bangun dari pembaringannya. "Boleh la umi. Sekolah baru kan. Nak kene tahu selok-belok sekolah, nak kene buat revision tentang subjek yang Fal kena ajar lagi. Tu yang penat sikit hari ni. Walid mana umi?" Soal Naufal apabila tidak nampak wajah ayahnya Encik Zahid.

     "Walid kamu tu biasalah. Petang-petang macam nie pergi jumpa kawan-kawan dia la. Kamu tu pergilah naik mandi rehat apa semua. Nanti umi panggil turun makan." Naufal hanya menurut. Memang penat sangat nampaknya tu.

     Naufal turun ke bawah setelah tiba waktu makan malam. Naufal menuju ke meja makan lalu mengambil tempat di hadapan Puan Laila.
 
     "Wah sedapnya lauk umi masak malam ni. Tak sabar Fal nak makan." Naufal melihat lauk di atas meja. Ayam masak merah, kangkung goreng belacan, dan daging masak kicap. Memang menguji nafsu makannya tika ini.

     "Makan pun belum dah cakap sedap. Macam mana Fal boleh cakap sedap sedangkan belum makan?" Soal Puan Laila. Pandai sungguh anak terunanya yang seorang ini membeli jiwanya dengan memuji masakannya.

     "Masakan umi semestinya sedap. Tak pernah lagi Fal rasa masakan umi tak sedap. Sebab tu Fal puji masakan umi." Puan Laila hanya menggeleng kecil dengan kata-kata anak terunanya.

    "Fal pergi panggil walid turun makan"arah Puan Laila. Naufal hanya menurut. Encik Zahid turun bersama Naufal. Encik Zahid mengambil tempat di kepala meja manakala Puan Laila di sebelahnya. Naufal pula bertentangan dengan Puan Laila. Encik Zahid membaca doa makan lalu mereka makan dalam keadaan diam.

     "So Naufal, macam mana sekolah baru? Everything okay?" Soal Encik Zahid memecahkan kesunyian antara mereka sekeluarga.

     "Alhamdulillah walid. Everything is good. Cikgu dekat sekolah tu pun semuanya friendly. Takde beza pun dengan sekolah lama. Bezanya just sekolah ni besar sikit daripada sekolah lama." Encik Zahid hanya mengangguk.

     "Tak silap walid anak uncle Hafiz dengan aunty Lina belajar dekat sekolah tu jugak. Aisya namanya. Tak silap walid tingkatan 5 tahun ni." Naufal cuba mengingat pelajar nama Aisya.

      "Ouh. Aisya Irdina tu ke walid? Fal ajar satu kelas je untuk form 5. Dalam kelas tu ade student nama Aisya Irdina. Tak tahu pulak anak uncle Hafiz." Encik Zahid mengangguk mengiyakan.

     "Haa betul lah tu. Esok kamu Pergi sekolah cakap dekat Aisya yang walid kirim salam dekat ayah dia. Lama betul tak jumpe dengan uncle Hafiz kamu tu. Last jumpa waktu kamu form 5 tak silap walid sebab uncle Hafiz pindah ke oversea." Naufal hanya mengohkan sahaja.


Macam mana dengan story nie??sorry if hambar..jangan lupe vote and comment tauu😘

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now