Bab 13

7.2K 240 9
                                    

"Assalamualaikum, auntie dan uncle sihat?" sapa lelaki itu.

"Waalaikumsalam, Luthfi rupanya ingat siapa tadi. Buat apa dekat sini? Mama tak datang sekali ke?"

Mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah di kota bandar. Mikael menemani isterinya membeli-belah dengan beberapa beg baju di tangan.

"Mama dekat rumah, Luthfi datang sini nak beli buku. Banyak auntie beli."

Puan Leila hanya tersenyum dan mengangguk faham.

"Kalau Luthfi nak tahu ini baru sikit je tau. Biasanya kalau sekali datang mall, berbeg-beg uncle kena bawa. Kamu tunggu tengok kejap lagi ada saja baju atau barang perhiasan yang auntie kamu nak beli."

"Abang ni, jangan la bocorkan rahsia saya. Malu tau tak."

Luthfi tertawa melihat pasangan ini walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga tetapi tetap bahagia.
Dia idamkan kebahagiaan seperti itu tapi takdirnya menentang.

"Bagaimana Mia selepas berkahwin? Dah lama saya tak dengar berita tentang dia." bohong Luthfi. Dia ingin mengetahui sama ada ibu dan babanya tahu atau tidak tentang kemelut rumah tangga anak mereka.

"Dia cakap yang dia bahagia sangat, tak ada apa-apa masalah setakat ini. Alhamdulillah berkat doa. Sekarang ni mereka suami isteri dekat Paris, berbulan madu katanya. Sebulan pula tu mereka pergi. Harap-harap lepas balik Malaysia bawa khabar berita gembira. Auntie pun dah tak sabar nak timang cucu."

Hatinya sedikit terusik dengan apa yang disampaikan oleh Puan Leila. Dia kecewa kerana Mia tidak memaklumkan apa-apa kepadanya. Luthfi juga risau akan Mia, risau jika Zyaire melakukan apa-apa kepada gadis yang dicintainya.

"Luthfi sekarang dah ada calon ke? Kalau ada cepat-cepatlah nikah nanti anak kamu dengan anak Mia boleh jadi kawan main sama-sama."

"Belum sampai jodoh lagi.Luthfi masih menunggu seseorang yang Luthfi cinta, dia masih belum dilepaskan."

"Apa maksud Luthfi? Belum dilepaskan.Isteri orang ke?"

"Eh bukan. Belum dilepaskan dari universiti." nafinya. Meskipun dia tahu mustahil untuk memiliki Mia, tapi dia masih berharap kepada takdir.

"Auntie, uncle saya balik dulu ya. Petang ni saya ada majlis reunion dengan rakan kolej. Assalamualaikum." pinta Luthfi melangkah pergi.

"Waalaikumsalam, baik betul budak tu. Untunglah siapa yang dapat dia." puji Leila.

Akalnya berkata tidak,tidak untuk mengejar Mia. Tapi hatinya berkata ya,dia mesti kejar Mia.

🖤🖤

Masa berjalan tanpa sedar waktunya telah tiba. Pesawat itu selamat mendarat di bumi Perancis.

"Mia, wake up. Kita dah sampai." panggil Zyaire lembut.

"Hmm lagi lima minit." Mia merengek seperti anak kecil.

"Cute." dicuit hidung isterinya.Lantas membuka tali pinggang dan gadis itu dicempung.

"Hmm." masih tidak terjaga daripada lenanya. Dia merangkul leher Zyaire untuk menyelesakan diri.

Zyaire hanya membiarkan tindakan Mia, dia lebih suka bila Mia dekat dengannya.

"Arman, kau bawa barang-barang tu letak dekat rumah aku. Aku nak bawa Mia pergi satu tempat kejap."

Arman menurut perintah.

Mia diletakkan dalam kereta dan memulakan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.

Two things that you should know about me
I'll treat your heart so tenderly
Lay give some love down at your feet
Come take my hand and you will see
A little bit of romance in every little moment
Good as gold
Trade you all my money for your gold
Worship you 'cause honey you're like gold
You'll be my queen
Worth your weight in gold
You're good as gold

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now