PENGENALAN

2.7K 68 1
                                    


Aku memandang ke luar sambil menunggu customer untuk datang bawak baju. Ye, aku bekerja di kedai Dobi berdekatan dengan rumah aku. Aku tinggal seorang je sebab mak dan ayah aku memilih untuk balik ke kampung dan menetap di kampung. Aku bukan tak nak balik kampung cuma aku nak duduk di bandar dan mencari kerja di sini. Lagipun, aku takde kawan di kampung. Alhamdulillah, mak dan ayah aku faham, lagipun mereka berpendapat aku dah besar panjang dan tahu nak handle kehidupan aku sendiri. Mak dan ayah aku pesan, jangan terlibat dengan dadah dan kes jenayah sudah. Well, aku akan ingat pesan mak dan ayah aku sampai bila-bila.

Oh, lupa nak kenalkan diri aku, nama aku Akmal Mustafa bin Ahmad Mustafa. Umur aku 20 tahun baru je lepas habis Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan dari universiti awam tempatan. Aku takde awek, mungkin takkan ada sebab aku adalah seorang yang meminati kaum sejenis. Aku perasan aku respon kepada lelaki handsome, tegap, masa aku umur belasan tahun tapi aku memilih untuk aku pendamkan sehinggalah aku masuk universiti. Tapi aku takdelah cari pakwe ke semua, aku tak jugak bagitau orang fasal orientasi sex aku sebab aku rasa benda tu agak personal and I am not going to make it public pun. I know my limits.

Kadang-kadang aku ada juga terasa nak bercinta which everyone memang suka bercinta-cintun ni kan? Whether you are straight, gay, lesbian, transgender, love it love. To love and to be loved. No matter, you will need love someday. Dan aku rasa, aku juga begitu, aku takkan menolak jikalau seseorang tu come to my life and accept me for who I am as a human being.

"Ting Tong", bunyi loceng pintu, menandakan customer masuk.

"Hi, selamat datang ke Kedai Dobi Matahari, boleh saya bantu?", dialog biasa aku jikalau ada customer datang. Aku suka kerja yang professional macamni, biarpun kerja kedai dobi je pun but aku rasa ia perlu dan ia hanya akan membuatkan customer kita rasa dihargai dengan cara kita layan mereka and cara aku layan mereka adalah professional.

"Saya nak ambil baju, ini resitnya", kata customer tersebut.

"Baik, tunggu sebentar ya Puan, saya ambilkan". Aku pun pergi ke ruang "Baju Hari Ini" dan aku mengambil baju mengikut code yang tertera pada resit tersebut.

"Maaf menunggu Puan, ini dia baju Puan, no resit 32443 dan ia fully paid semasa dihantar", jelas aku.

"Terima kasih ya atas perkhidmatan yang cukup professional, saya suka datang ke sini, baju pun wangi, bersih", puji customer tersebut.

"Terima kasih Puan atas pujian dan kami di Dobi Matahari sentiasa cuba sedaya upaya kami untuk memenuhi kehendak pelanggan kami", jelas aku.

"Maaf, bertanya, apa nama you ye?", tanya customer tersebut.

"Oh, nama saya Akmal Mustafa and Puan boleh panggil saya Akmal", jawab aku.

"Okay Akmal, saya Datin Ruhaini, Akmal boleh panggil saya Datin Aini or Aunty", perkenalnya.

"Maafkan saya Datin, saya tak tahu tadi, baik terima kasih Datin Aini", jawab aku. Aku mana la tahu yang dia ni Datin, kalau aku tau, awal-awal lagi dah panggil Datin. Kak Wani ni pun tak bagitau aku.

"Ada apa lagi ye Datin?', tanya aku.

"Takde apa dah, cuma saya nak tanya, you ada buat pick up laundry tak? Sebab saya kekadang kena outstation then tak sempat nak hantar dan ambil laundry, kalau you ada, nanti you message saya for details ya? This is my card, lagipun I nak cepat ni, kena kejar flight ke Pulau Langkawi", jelas Datin sambil menghulurkan sekeping kad yang tertera nama, jawatan, alamat dan no telefon.

"Sure, nanti saya whatsapp atau email Datin berkenaan dengan perkhidmatan dan harga ya", jawab aku tertib.

"Terima kasih Akmal, you sure got this kedai a loyal customer, thank you ya, see you when I see you", Datin Aini mengambil baju dan terus masuk ke keretanya. Kereta tersebut terus meluncur laju keluar dari kawasan kedai kami.

Aku tersenyum lebar. Aku tak pernah jumpa customer yang begitu hebat dan amat professional. Rata-rata customer sini agak sederhana dan ini adalah kali pertama aku dapat customer yang amat menyenangkan dan sungguh hebat.

*****

Pengenalan bagi cerita Cinta Insan Biasa. Saya rasa saya akan habiskan cerita ini dahulu dan nanti akan tumpukan kepada cerita yang saya tulis awal tu.

Vote dan comment.

Terima kasih kerana membaca.

CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)Where stories live. Discover now