*****
"Assalamualaikum", sambil aku mengetuk pintu belakang. Aku dah kenal dah pembantu rumah Aunty Aini ni, Mak Jah. Mak Jah ni macam mak aku je jugak, ala-ala kampung, tapi baik. Mak Jah pun bukan pintu dapur dan mengajak aku masuk ke rumah. Aku menolak dengan baik dan memberikan alasan yang aku ada delivery baju lain kejap lagi, padahal tak pun. Aku malas nak borak lama, kesian kak Wani kat kedai.
Aku masih mencari anak aunty, kot ada. Takde. So aku antar baju dan terus balik semua ke kedai. Tapi kereta Honda semalam tu ada. Hhhmmmm.
FARIS POV
Faris memandang Akmal dari jauh. Makin dia pandang budak tu, makin dia berkenan. Lagipun, mama kan suka budak ni, jadi tak salah kalau aku pun admire dia. Kan. Kata Faris kepada dirinya. Dia pun akui yang dia mulai suka dengan budak tu, kepalanya ligat memikirkan cara untuk mendapatkan Akmal. Walau ada cara sekalipun.
Sejurus sahaja budak tu keluar, aku segera mendapatkan Jamal dan bertanyakan kad yang diberikan kepadanya. Pada mulanya Jamal tidak mahu memberikan kad tersebut, tapi selepas aku mengugut untuk memberhentikannya, dia terus memberikan kad nama tersebut.
"Kau ingat kau siapa ye Jamal, ni Faris lah, apa yang aku dapat walau ada cara sekalipun!", katanya dalam hati.
Aku pun berlalu dari pondok jaga tersebut.
Aku pun tengok kad tersebut dan tertera ada nama dan nombor telefon kedai yang dia kerja. Sedap namanya, Akmal. Aku berfikir,jikalau aku terus telefon nombor ni, mungkin dia takkan percaya dan mungkin aku kena terus pergi ke kawasan rumah dia. Kebetulan pada kad nama tersebut ada alamat rumah dan alamat kedai. Senang sikit aku nak buat kerja.
Aku ada buat perancangan sudah. Aku akan pergi ke kawasan rumahnya, parking sedikit jauh dan pergi tingkat rumah dia. Aku ke rancang betul-betul ni, fikirkan segala kemungkinan soalan. Ye la mesti banyak soalan nanti kan? Dari mana dapat tahu ada nak sewa, kerja apa, bila boleh masuk semua. Hmmm.. hati-hati Faris, jangan sampai terbongkar.
Agak-agak dalam pukul 6 petang aku pun pergi ke kawasan perumahan Akmal. Lah, rumah flat je pun. Haha, macamane aku nak hidup dekat sini, aku kena bertahan, demi 'cinta' yang cuba aku capai. Cinta ke Nafsu wahai Faris? Aku rasa Nafsu je sebenarnya. Ketawa Faris perlahan. Ketawa kuat-kuat karang orang kata gila pulak. Kan?
Aku pun pergi menuju kawasan rumah flat ini dan kelihatan Akmal sedang turun daripada keretanya. Aku pun terus pergi kepadanya dan bertanya,
"Assalamualaikum dik".
"Waalaikumsalam, ye Bang?', jawab Akmal. Kalau nak ikutkan hati aku, kat situ jugak aku lumatkan bibir dia yang mugil tu. GERAMNYA AKU!!!
"Abang nak tanya, kat sini adik tau tak ada rumah sewa atau bilik sewa ke? Abang ni pelajar dan tak lama nak buat praktikal. Abang mencari tempat untuk tinggal. Abang ni orang susah dik, duit pun takde la banyak. Kalau nak sewa dekat kawasan bandar sana, mau beribu sebulan untuk bilik kecil je", jelas aku untuk meraih kasihan or kasih.
"Oh, rumah atau bilik sewa ye?' jawab Akmal.
END OF FARIS POV
*****
Hari ni aku balik lewat sikit sebab nak kemas baju-baju ni. Sampai je aku dekat kawasan rumah kelihatan ada seorang lelaki berbadan tegap,tinggi, muscular sedang berjalan menuju ke flat kami.
"Siapa ni ye? Badanya sedap betul. Kalau aku dapat dia ni, memang tak lepas dah ni", getus aku dalam hati. Ye, aku gay, so? Selepas sahaja aku turun daripada kereta, aku pun didatangi oleh lelaki tadi dan dia bertanya,"Assalamualaikum dik", sapa lelaki tersebut.
"Waalaikumsalam, ye Bang?', jawab aku. Bergetar jugak lah hati aku. Tu baru dia bagi salam, kalau lebih...mau pengsan aku. Haha...
"Abang nak tanya, kat sini adik tau tak ada rumah sewa atau bilik sewa ke? Abang ni pelajar dan tak lama nak buat praktikal. Abang mencari tempat untuk tinggal. Abang ni orang susah dik, duit pun takde la banyak. Kalau nak sewa dekat kawasan bandar sana, mau beribu sebulan untuk bilik kecil je", jelas lelaki tersebut.
"Oh, rumah atau bilik sewa ye?' jawab Aku. Kebetulan aku ada nak cari orang untuk bilik sewa. Tapi aku dah tawar dekat Jamal tadi. Hmmm. Takpe la Jamal, aku rasa kau okay kot dengan rumah sekarang, lagipun, lelaki ni macam terdesak sangat je, lagipun dia pelajar. Aku amat memahami kesusahan seorang pelajar untuk mencari rumah atau bilik sewa. Sorry Jamal.
"Oh, ada. Kebetulan saya memang mencari orang untuk sewa bilik. Bosanlah duduk sorang-sorang. Kalau abang tak keberatan, bolehlah ikut saya, tengok bilik dan kita boleh bincang fasal harga bilik tu nanti", terang aku panjang lebar.
"Boleh-boleh, alhamdulillah, syukur saya. Dapat jugak akhirnya bilik sewa", kata lelaki tersebut.
______________________________________________
Saya rasa cerita saya ni panjang lagi, mungkin ada dalam 30 bab kot, well, teruskan membaca, saya nak post dalam 10 chapter hari ni sahaja.
VOTE AND COMMENT
Thank you
YOU ARE READING
CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)
Подростковая литератураPerhubungan cinta menarik antara Akmal Mustafa dan Faris Iqmal yang bermula dengan sedikit konflik yang amat menyakitkan hati Akmal. Namun, lama-kelamaan cinta mereka berputik, tetapi cinta mana yang tidak ada dugaan kan?