NALURI SEKSUAL SUAMI LUAR BIASA DAN MEMALUKAN1

9.6K 24 2
                                    


NALURI SEKSUAL SUAMI LUAR BIASA & MEMALUKAN

Dua tahun lalu saya pernah menghubungi En.Yahya. Ketika itu saya keliru untuk memilih calun suami, sama ada untuk meneruskan pertunangan dengan tunang yang sedia ada ada atau menjalinkan hubungan baru dengan seorang lelaki yang bergelar kekasih.

Disebabkan sikap tunang saya yang telah banyak merosakkan kaum wanita termasuk saya maka. En.Yahya menyarankan agar diputuskan sahaja ikatan pertunangan tersebut. Malangnya pihak keluarga saya tidak setuju atas alasan telah anyak persediaan dilakukan termasuk mengedarkan kad jemputan kahwin dan berbagai persediaan lain.

Pada tarikh 6.2.2000 saya dikahwinkan, dimana seminggu sebelumnya berbagai masalah antara pihak saya dan suami berlaku. Namun perkahwinan tetap diteruskan.

Saya sentiasa dibayangai sikap buruk suami dimasa lalu, maka perkahwinan yang saya anggap terpaksa itu tidak memberikan sebarang kebahgiaan buat saya. Walaupun saya pernah cuba melakukan yang terbaik sebagai isteri, malangnya bayangan kemesraan, kelembutan dan kebaikan bekas kekasih saya pula sering bermain diruang ingatan.

Tidak cukup dengan situasi begitu, kami sekeluarga pula mengalami gangguan misteri. Kononnya terkena ilmu hitam. Maka dalam proses mendapatkan rawatan, dimana kami terpaksa menemui dukun atau bomoh yang kebanyakannya jauh dari tempat saya, dimasa itu saya seperti tidak bersuami, kerana suami lansung tidak mengambil berat atau menunjukkan tanda-tanda simpati dan kerjasama daripada seorang suami atau menantu.

Agak lama juga saya dan keluarga saya berubat cara tradisi. Dimasa itu hampir tujuh bulan usia perkahwinan kami. Atas alasan ingin berdikari dan duduk dirumah sendiri, maka suami saya membawa saya tinggal di KL. Walaupun 'penyakit misteri' saya masih belum berapa sembuh. Tetapi dengan alasan berubah angin mungkin penyakit saya baik, saya dengan hati yang terbuka mengikut sahaja.

Syukur Alhamdullillah, memang penyakit saya baik. Jika sebelum berpindah, saya sering menjerit. Kadang-kadang ketawa tampa sebab, malah sering dibayangi lembaga hitam ketika sendirian. Dirumah baru semua itu tidak berlaku lagi.

Tetapi dirumah baru lain pula misteri yang saya temui. Sebenarnya semasa bujangnya suami saya telah lama tinggal dirumah ini.Apa yang menjadi persoalan saya telah menemui barang-barang yang sepatutnya disimpan, dimiliki dan digunakan oleh wanita. Daripada aksesori, pakaian dalam, perfume malah ada beberapa helai pakaian wanita. Bila saya Tanya itu semua milik adiknya. Kakaknya. Sepupunya dan macam-macam lagi alasannya.

Saya masih ragu.

Apa yang lebih mengerikan dan mengejutkan saya, dirumah itu juga banyak tersimpan bahan-bahan lucah. Ada tape, VCD dan berbagai majalah lucah. Pernah saya terbuka satu tape, saya ingatkan cerita Hindi, kerana 'covernya' gambar ShahRukh Khan. Tidak mampu saya nak menontonnya. Rasa loya, jijik malah nak muntah. Tidak sanggup saya mengingatinya bentuk ceritanya.

Saya masih ingat ketika ingin memutuskan pertunangan dulu, suami saya berjanji bagai nak rak. Menjela-jela sumpah dan janjinya. Dia akan merubah segala tabiat buruknya. Dia akan menjadi suami yang baik. Lelaki yang bertanggung jawab. Dia akan tinggalkan segala aktiviti yang tidak berakhlak yang telah dilakukan selama ini.

Sebenarnya saya semakin tertipu. Saya yakin suami saya masih tidak berubah. Saya banyak terjumpa gambar-gambar wanita. Bila ditanya, itu gambar lama. Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi. Tetapi bagaimana dengan gambar-gambar yang ada tercatat tarikh yang diambil setelah kami berumah tangga. Macam-macam alasan dia berikan. Semuanya tidak lojik.

Suami saya hanya seorang kerani biasa disalh sebuah jabatan kerajaan. Gajinyapun bukan besar sangat. Bila dibandingkan pendapatan dengan perbelanjaan memang cukup-cukup untuk belanja kami suami isteri. Tetapi adan ketika perbelanjaannya melebihi pendapatan. Bayangkanlah, gaji tidak sampai seribu tetapi bayar sewa rumah dengan kereta sahaja sudah mencecah hampir RM830. Bagaimana dengan makan minum kami. Perbelanjaan sesekali balik kampung. Kadang-kadang ada juga dia hulur seratus dua kepada keluarga saya. Inilah misteri yang masih belum terjawab. Saya dah malas nak soal siasat.

NALURI SEKSUAL SUAMI LUAR BIASA DAN MEMALUKANWhere stories live. Discover now