Eryl POV
"Jadi Adrea juga mahu mencari Shawn?"
"Yep."
Aku mengangguk dengan balasan yang diterima. Jadi Adrea juga mahu mencari Shawn huh. Aku patut dah jangka benda ni sewaktu dia menghantar Arielle dan Weston mencari Flower of Life dulu.
"Kalau macam tu, kita ada tujuan yang sama. Tak salah untuk berkerjasama bukan?"
Arielle tersengih bersama kepala yang diangguk laju. Matanya tidak lepas menatap Alvarez yang jelas bersembunyi dibelakang aku.
Budak berdua ni..
"Saya lagi suka hehehe."
"Itu sebab kau boleh usyar laki kau." Weston mengetuk kepala Arielle bersama wajah jengkel.
"Ehe!"
"Jangan 'ehe' dengan aku. Haaih.."
"Hahaha. Well, lagi ramai lagi bagus bukan? Dan apa salahnya dia usyar sepupu aku? Aku sokong!"
Seth menyokong. Memang bertambah gembiralah si Arielle jadinya. Boleh dah rasanya jadi kawan baik dua ekor ni.
"SETH!"
Aku hanya mampu ketawa dan mengusap kepala Alvarez yang jelas mahu menangis. Nasib kau lah nak. Ayahanda tengok aje lah kau dengan Arielle tu macam mana.
"Ehem. Sebelum tu, kau tak kenalkan diri lagi bukan?" Aku menegur Seth.
" Yeah, sorry. Aku Seth. Seth Ryuzaki. Sepupu crybaby tu. Nice to meet ya'!"
"Aku bukan crybaby.." Alvarez menyampuk bersama cebikkan.
"Di mata aku, kau ya."
"Jahat."
"Hati tisu."
"Grr.."
"Alolo. Nangis lagi? Meh sini aku kasi bahu."
Terus Alvarez menumbuk bahu Seth. Seperti biasa, lelaki berambut jingga ketawa suka. Tidak lama kemudian, rakan baru Arielle pula yang memperkenalkan diri. Heinz namanya. Namun tiada nama keluarga. Aku agak, dia ni lah budak yang Weston selamatkan dulu.
"Kalau semua dah setuju, lebih baik kita bertolak sekarang." Ujar ku sebelum berjalan sedikit jauh daripada mereka.
"Tapi lebih baik kita terbang rasanya?"
"Huh?"
Aku tersengih dengan riaksi hairan mereka. Perlahan-lahan aku pejamkan mata. Cahaya hitam mengelilingi aku dan aku dapat rasakan tubuh ku membesar. Kuasa aku juga semakin berlipat ganda dan enam sayap naga tumbuh dibelakang badan.
"Grrr.."
Saat aku membuka mata, kesemua mereka terbelalak kecuali Alvarez yang pernah melihat aku bertukar menjadi naga ketika berlatih bersama.
"Naga.. Bermata satu."
Aku menyeragai apabila mendengar panggilan itu daripada Arielle. Bentuk naga ku masih sama seperti dahulu. Yang berbeza, kini bentuk ini bukan lagi yang terkuat. Juga, sebelah mata aku sudah buta dan diganti dengan parut yang jelas tidak akan hilang.
Aku masih boleh berevolusi sejujurnya. Terima kasih pada kuasa ayahanda dan bonda serta cebisan kuasa Aires. Namun, bentuk tu masih belum aku boleh kuasai.
Ngh, dan bentuk tu agak menyakitkan ketika bertukar. Mungkin akan digunakan sebagai senjata terakhir atau masa terdesak aku kerana aku boleh kekal dalam sepuluh minit aje dalam bentuk tu.
Lord of Dragon, adalah nama yang Ayrez berikan pada aku untuk bentuk tu.
Aku pernah cuba dulu dibawah pemerhatian Ayrez, jadi tak hairan dia yang kasi nama sebab aku malas nak fikir.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...