Bab 15

6.8K 227 7
                                    

Para pelancong sibuk menikmati keindahan kota Paris.Ada pasangan yang romantik dan ada keluarga yang bahagia sedang berkelah di bawah pokok yang rendang.

Petang itu Mia mengajak Zyaire untuk bersiar-siar di taman.Zyaire masih dengan iPadnya sedang menyemak kerja-kerja syarikat.

"Wahh!Cuaca baik pemandangn pun cantik." puji Mia dengan ciptaan Yang Maha Besar.

Zyaire masih khusyuk dengan kerjanya.
Tidak sedar Mia sedang memerhatinya dengan tajam.

"Handsomenya laki tu! Macam Leonardo DiCaprio waktu muda-muda dulu." puji Mia dengan kuat sengaja nak mengalihkan perhatiam Zyaire.

Tapi lelaki itu masih tak memberi apa-apa reaksi.

"Kalau minta nombor mesti dia bagi punya, aku ni dah la cantik." sambungnya lagi dan bangun dari duduknya membetulkan pakaian.

"Mia,duduk." arah Zyaire matanya masih tertumpu pada iPad.

"Awak buat la kerja. Saya nak pergi sembang dengan dia. Kalau duduk sini pun bukan ada orang nak bersembang."

"Okay fine, aku berhenti buat kerja." katanya lalu meletakkan iPad disebelahnya.

"Bagus, macam tu la suami saya. Sekarang kita pergi sana nak." ajak Mia seraya menarik tangan Zyaire kearah pancut air.

Zyaire hanya mengikut langkah isterinya dengan rela hati. Hendak membantah nanti lain jadinya.

"Tolong ambilkan gambar boleh? Tapi guna telefon awak sebab saya tak tahu mana saya letak telefon saya." pinta Mia.

Lalu Zyaire mngeluarkan telefonnya daripada poket seluar dan bersedia untuk mengambil gambar Mia yang sudah tersenyum manis dengan gaya.

"Terima kasih. Jom kita ambil gambar sekali nak. Nanti saya nak hantar dekat ibu baba jadikan bukti kita tengah honeymoon." ajak Mia.

Zyaire masih dengan wajah dinginnya dan hanya memandang kosong Mia.

"Boleh la..." pujuknya dengan suara manja.

"Hmm" gumam Zyaire bersetuju.

Mia tersenyum gembira lantas mengambil telefon Zyaire dan menghalakannya keatas untuk selfie dengan Zyaire. Namum wajah Zyaire tetap tidak senyum walaupun sedikit.

"Zyaire, boleh awak senyum sikit. Nanti ibu baba tanya macam mana?"

Setelah itu, dia melebarkan bibirnya menurut kata-kata Mia.Lalu Mia mengambil gambar mereka berdua.

"Miss, can you please take a picture of us?" soal Mia kepada seorang wanita yang duduk di sebuah bangku berdekatan.

"Yes sure." wanita itu bangun dan mengorak langkah kearah Mia.

Mia menghulurkan telefon kepada wanita itu. Dan bergerak mendekati Zyaire yang membelakanginya.

"Awak, saya minta tolong akak tu untuk ambilkan gambar kita." panggil Mia.

Zyaire memalingkan badannya untuk melihat gerangan wanita itu.

"Zyaire." sapa wanita tadi.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now