Someone POV
Aku tersenyum melihat wajah naif gadis dihadapan aku. Sangat polos. Sangat terbuka. Hanya sekali rentap, aku yakin rohnya akan terpisah daripada jasad.
'Dia memang tak kenal kau kan El? Kalau tak, mesti dia dah sepak terajang kita. Nampaknya wanita kau memang nak jaga imej 'ayah tersayang' pada anak kau.'
'Diam Aeldera.'
Aku melepaskan tawa apabila dia mengugut. Suaranya aku kesan risau berselit amarah. Pasti tidak menjangka akan terjumpa anaknya di sini. Dan lebih teruk, ketika aku yang take over.
Ah, apa aku peduli?
Kami dah buat perjanjian dahulu. Jika aku yang mengambil alih, dia tak boleh buat apa-apa selama tiga jam. Namun, jika di medan peperangan, aku akan mengambil alih sehingga tamat. Kalau dia ingkar, kami berdua yang akan terima akibat. Dan akibat itu lebih teruk kepada dia berbanding aku.
Heh, kau agak siapa yang banyak membunuh?
Sudah tentu aku. Eldera tak pernah bunuh sesiapa.
Okey, kecuali masa mula-mula aku bebas dan dia ambil kuasa aku. Tapi itu sahaja.
Urgh, kenapa aku bercakap tentang El sekarang? Aku nak bermain. Apa nama dia sekali lagi? Ariana? Elle?
Ah, Arielle! Nama bidadari yang El pilih dulu!
"Encik gila ke? Gelak tetiba aje.."
Mulut sama macam El? Interesting.
"Aku cuma terhibur dengan kau gadis kecil."
"Thanks for the compliment. Saya betul-betul sukakannya." Sarkastik dia menjawab bersama kepala yang ditunduk 90°.
"Kau memang tak takut kan? Pada aku.." Aku menyoal sebelum mendekatkan diri denganya. Badan direndahkan sedikit sehingga mata aku sama aras denganya. Sengihan sinis aku kekal pada wajah.
"I'm fearless bak kata Wessy. So yeah?"
Ini menyeronokkan.
"Kalau macam tu, nak ikut aku?"
"Then what? Kill me? I appreciate that offer but not yet. Saya nak kahwin dulu."
'Urgh, like mother like daughter.. Kahwin jugak utama..' Rungut El tanpa sedar. Protective much? Bruhh..
"You can get married afterlife." Aku membalas bosan. Sebelah keningnya terjongket pada aku.
"Afterlife? That's too long. Kalau saya jadi batu lepas mati, macam mana nak kahwin? I'm totally heartless."
"Aku jadi orang yang pijak kau, then kau pergi lagi satu afterlife. Simple."
"Kalau saya jadi batu dan encik jadi batu lepas tu, siapa nak pijak batu? Lagi satu, kaki tak sakit ke nanti?"
Terus aku menghambur tawa. Sebelah tangan memegang perut, sebelah lagi menekup muka.
Serius lah budak ni?
"Otak kau... Memang ada yang tak kena! Hahaha! Kau memang abnormal! Hahaha!"
"Well duhh. Orang normal tak akan cakap dengan encik sekarang."
"Truth."
Berlagak aku memandang dia yang dah guling mata ke atas.
"Dan sebab tu kau kena ikut aku."
"Mmmnn, sayangnya jawapan saya tetap sama~."
"Stubborn."
"Have you ever see yourself in the mirror?"
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...