Pangg...
"Sampai hati you curang dengan i !" Ujar gadis kacukan melayu cina itu , tangan dia ringan menampar muka kekasihnya
Orang ramai menyaksikan kejadian di kafe , ada yang mengambil video , ada yang berbisik sesama sendiri . Ada juga yang buat tak endah
"Sayang , siapa perempuan ni ?"
"Ex i , dah la jangan layan perempuan gila ni" kata lelaki itu dengan selamba , pipi yang terasa kebas di pegang perlahan
Bulat mata may bila dia digelar 'perempuan gila' , lagi sekali tangannya menampar muka henry kuat
"Apa masalah kau , perempuan" henry sudah tidak tahan bila may asyik menampar pipinya , sakit siot
"Apa masalah i ? Masalah i ialah you ! I nak you bayar balik semua duit yang i bagi dekat you" panas hati may bila kekasihnya curang dengan kawan dia sendiri
Dua dua sampah .
"Eh perempuan , kau ingat jantan ni beli beg gucci original tu pakai duit dia ke ? Jantan ni miskin ! Dia nampak kaya pun sebab pakai duit aku"
Puas hati dia bila raut wajah henry dan rasya berubah , jangan main dengan may zenia wong . Dia boleh buat apa saja kalau dia tak puas hati
"Kau !" Tangan henry naik untuk menampar wajah may tapi nasib ada satu tangan menahan tangan lelaki itu
"Bro , tak gentleman la angkat tangan dekat perempuan" harriz mencengkam tangan henry kuat , henry cuba menarik tangannya tapi pegangan jejaka di depannya sangat kuat
Dia meringis sakit , kuat betul lelaki ni
"Kau siapa nak masuk campur urusan aku"
"Aku bakal suami dia kenapa ?" Harriz lepaskan cengkaman tangan henry dia berjalan ke sebelah may dan memeluk kemas bahu gadis kacukan itu ,
May melihat memandang muka harriz dengan blur . Tapi dia ikut gerak geri lelaki di sebelahnya , tangan dia memeluk pinggang harriz seakan mereka seperti pasangan kekasih
Berdebar-debar jantung harriz bila may balas memeluk pinggangnya , begitu juga dengan may
"Heh , kau cakap aku curang ? Padahal kau yang curang dengan aku kan ?" Sinis suara henry memandang harriz dengan may
"Well , i tak macam you suka curang . Atlest i nanti nak kahwin , dari pada you ? Tahu bawa perempuan masuk hotel je" bidas may pedas , dia sengaja menyakitkan hati henry
Henry mengetap bibirnya geram , sekali lagi may memalukan diri dia di hadapan orang ramai . Henry terus melangkah pergi tinggalkan kafe tanpa banyak cakap , cepat-cepat rasya mengejar langkah henry . Dia juga malu bila dapat tahu yang henry anak orang miskin
Buat penat dia je goda henry.
May terus melepaskan pelukan di pinggang harriz , mukanya sedikit merah menahan malu . Harriz macam biasa muka dingin yang terpampar di wajah lelaki itu
"Thank you sebab dah tolong i tadi" ucap may dengan ikhlas , harriz cuma mengganguk kepalanya dia terus meninggalkan may seorang diri
May memandang harriz yang berlalu pergi terus membuat muka pasrah
"Eh sombongnya , atlest cakap la sama sama ke before pergi . Ni tak pergi macam tu je" may mendecit perlahan sebelum berjalan meninggalkan kafe tersebut
Harriz yang mendengar bebelan gadis tadi tersenyum kecil , comel.
Nina berjalan menghampiri ardeela yang dari tadi termenung atas katil , muka masam ardeela di pandang lama . Seharian gadis itu hanya diam
"Deela , kau okay tak ni ? Diam je" soalnya , ardeela mengangkat bahu pasrah . Dia baru je nak keluar pergi kerja tiba-tiba daddy dia cakap ada orang nak masuk meminang dia
Dia ingat siapa jejaka yang hendak pinang dia rupanya affan ! Dia baru je plan nak larikan diri dari lelaki itu tapi cepat pula affan memulakan langkah untuk miliki ardeela
Nak tak nak dia terpaksa terima , cincin yang tersarung di jari manis ardeela usap perlahan . Ikutkan dia mahu menolak lamaran affan tapi tak sampai hati pula bila dia lihat muka manis puan malika tengahari tadi .
Nina perasan yang ardeela dari tadi mengusap cincin merisik di jari manis "lepas ni kau dah nak kahwin hm" ujarnya pasrah
"Kenapa pula kalau aku dah kahwin ?"
"Ye la lepas ni aku tak boleh nak masuk bilik kau sesuka hati , mana la tahu aku masuk salah time ke , kut kut kau dengan suami kau tengah ehem ehem ke"
Ardeela rasa nak lempang muka nina nasib baik la tak dapat , kalau tak memang dia belasah nina cukup-cukup
Otak tak pernah betul , ada je nak fikir bukan-bukan . Apa la nasib dapat kawan macam nina ni
Ardeela mengeluh lemah tak lama lagi dia akan jadi tunang affan , dia dah tak boleh lari jauh dari lelaki tu .
Majlis pertunangan mereka lagi beberapa minggu je , pening kepalanya memikirkan pertunangannya dengan affan.
Mungkin dah tertulis affan jodoh dia ?
KAMU SEDANG MEMBACA
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]
Acción[BOOK 1] [This Ardeela Medina and Affan Muqrey love story] Ardeela Medina. Seorang gadis yang pendiam dan dingin, dia mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk halus dan kelebihan itu menghuru harakan hidupnya. Kehilangan orang yang dia sayang menj...