#1

15 2 2
                                    

Langit yang terang, terbentang bintang-bintang. Sangat mendamaikan hati Fahri. Angin sepoi-sepoi yang bertiup sesekali mengundang kenyamanan dihatinya.

Cahaya yang masih menerangi bilik tidur itu menggamit perhatian Fahri. Matanya tak lepas daripada jendela itu, menanti mungkin tuan badan mempamerkan wajahnya. 10 minit berlalu, lampunya masih terang benderang. Langsir yang bergerak mengikuti gerak angin terus diperhatikan.

Mata Fahri melirik pada jam yang terletak di pergelangan tangan sasanya. Masih tertanya-tanya kenapa lampu masih terang sedangkan waktu sudah menginjak dini hari.

Tanpa Fahri sedar, dia sudah terpacak dihadapan pintu rumah si dia. Kepala yang tak gatal itu digaru perlahan, kebingungan.

"Pukul tiga ni Fahri, kenapa kaki kau berjalan sampai sini," Fahri menyoal dirinya sendiri.

"Jom balik tidur ya Fahri, esok kuliah."

Langkah diatur menuju kembali ke rumahnya. Bunyi unggas dan cengkerik menemani langkahnya yang perlahan itu. Sesekali matanya kembali melirik pada jendela yang masih terbuka luas itu. Berharap tuan badan keluar menampakkan diri.

"Hummm," Fahri mengeluh sendiri.

"Lupa tutup lampu la tu." Fahri mengomel sendiri. Cuba mengusir harapannya jauh-jauh. Takut kecewa menanti.

Sedang elok tangan Fahri melekat pada pemegang pintu rumahnya, Fahri mendengar namanya dipanggil.

Pipinya ditepuk beberapa kali, risau kalau dia berkhayal. 

"Fahri tak dengar ke orang panggil? Sakit tekak menjerit dari tadi," bersamaan itu satu pukulan hinggap dibahu Fahri.

Fahri terjerit kecil, tak sangka tuan badan berdiri tegak dibelakangnya. 

"Bila masa pulak minah ni ada sini?" Fahri mengomel sendiri.

Fahri tersengih sendiri saat matanya menjamu wajah cantik itu. Namun cepat-cepat senyuman itu disembunyikan.

"Tak dengar ke orang panggil, orang follow rapat kat belakang Fahri tauu," gadis cantik itu mula membuka mukaddimah.

"Fahri fikir apa? Serius nau!" Mulut kecil itu masih belum berhenti membebel.

"Orang dah gini-gini, gitu-gitu kat belakang awak tadi," tambahnya lagi sambil menunjukkan beberapa gaya.

"Woo sabar sabar tuan puteri. Fahri toleh eh tadi, mana nampak awak. Tiba-tiba terpacak sini. Nasib aku tak debik je tadi." Muka Fahri masam. Tapi dalam hati berbunga, akhirnya dapat tengok wajah tuan puterinya.

"Suka ganas-ganas, yihh!" 

"Kenapa awak datang rumah kita tadi? Lewat ni tau, nasib Makwa tak nampak," si gadis sambung mengomel.

"Aku nak check kau tadi. Pelik kenapa bilik masih terang." Suara Fahri hanya mendatar.

"Eleh yela tu. Ke awak rindu kita?" 

Fahri tarik muka. Geram. 

"Balik la Layla. Aku ngantuk ni. Esok kita ada kelas kan?" Fahri menolak Layla, menghalau Layla pulang ke rumahnya.

"Layla takde kelas esok. Fahri je ada," ketawa lepas Layla membuatkan Fahri tak berkelip.

"Ada aku kesah, dah gi balik. Dah lewat!" Pintu dibuka dan Fahri terus masuk. Layla dibiarkan diluar keseorangan.

Namun, Fahri masih disitu, tegak disebalik pintu. Pandangan mata Fahri menghantar langkah Layla pulang ke rumahnya. Setelah Layla menutup lampu biliknya, barulah Fahri mengaturkan langkahnya menuju ke katil.

**********************************************************************

Nasi lemak kesukaan Layla ditinggal diatas meja makan sebelum Fahri berangkat ke kolej. Fikirannya tak lepas daripada memikirkan Layla sehingga kelas ketiganya tamat. 

Fahri bergegas keluar daripada dewan kuliah selepas kelasnya tamat. Langkah Fahri dikejar oleh rakan baiknya, Wan Anas.

"Woi Adhan, manoi?" Ya, Adhan. Hanya Layla dan keluarganya yang memanggil dirinya Fahri.

"Tuan puteri nak gi beli barang dapur, nak masak katanya." Fahri terus berlari-lari anak menuju ke keretanya.

Wan hanya mampu menggeleng. Dia cukup tahu, Layla adalah keutamaan fahri. Dalam segala hal. 


"Laylaa, lagi lima minit kau tak keluar. Aku cancel!!" Fahri menjerit dari depan pintu. Jemu menanti Layla bersiap.

"Yih dia ni, baru kejap tunggu dah bising-bising." Tangan Layla lincah mengikat tali kasutnya.

Layla melangkah masuk kedalam kereta. Fahri terus memecut menuju ke pasaraya berdekatan rumah mereka.

"Hari ni ada apa-apa jadi tak masa aku takde kat rumah?" Fahri memandang sekilas wajah manis Layla.

"Ada," perlahan tapi cukup kuat untuk didengari di telinga Fahri.

Belum sempat Fahri membuka mulut, Layla mengangkat jari telunjuknya. Berbalut!

"Ikan tadi licin, terpotong jari sekali," jawab Layla perlahan.

Fahri hanya mampu mengeluh perlahan dengan perangai cemerkap Layla.

"Aku dah cakap, biar Makwa je buat kerja-kerja tu. Kau cukup la duk memasak ja. Biar Makwa prepared everything."

Layla hanya mampu tersengih. Menggeleng tanda protes. Memasak adalah minat Layla, sejak dulu dan Fahri adalah orang yang bertanggungjawab yang akan merasa setiap masakan Layla. Walaupun tak sedap!!

Fahri setia mengikuti setiap langkah Layla memilih barang dapur. Semua yang Layla pegang dan diletakkan semula atas rak, Fahri ambil dan letakkan dalam troli.

"Eh, tak payah la. Kan Layla letak semula tadi." Layla tarik muncung. Geram.

"Alah kau, bukan aku tak kenal. Nanti masuk kereta kau merungut la, kenapa eh tak ambik barang tadi, boleh buat masak itu, masak ini." Fahri meniru memek muka dan suara Layla.

"Aku dah masak dengan perangai kau ni." Fahri senyum mengejek.

Layla hanya diam, melangkah meninggalkan Fahri. 

"Merajuk! Ingat lawa ke muncung itik kau tu." Langkah Layla dikejar oleh Fahri dengan troli berat itu sambil ketawa.

Ketawa Fahri mati saat matanya melihat wajah seseorang yang cukup dia kenali sedang berbual mesra dengan Layla.

"Apa dia nak? Tak puas-puas." Fahri membebel sendiri.


Hi guys this is my very first publish after a long time I didn't publish anything due to my disaster life; MCO and my degree journey. So enjoy! Leave your comments and vote too.

JANJIWhere stories live. Discover now