Bab 19

5.2K 188 11
                                    

Tangannya menolak kasar segala barang diatas meja kerjanya kerana bengang dengan Mia.Sebaik saja bangun daripada lenanya, tercari-cari dimana gadis itu berada. Setiap bilik dan sudut rumah itu telah dia pergi namun kelibat Mia masih tidak kelihatan.Fikirannya menjadi kusut saat memikirkan gadis itu dan takut akan kehilangan seorang isteri yang amat dicintainya.

"Arman! Kau panggil semua orang masuk bilik kawalan sekarang!" arahnya dengan nada yang menggerunkan.

Matanya masih tajam melihat rakaman CCTV yang menunjukkan Mia yang sedang giat memanjat pagar belakang rumah.

"Bos"

Arghh! Arghh! Arghh!

Ketiga-tiga mereka mengadu kesakitan kecuali Arman menahan kesakitan renjatan elektrik daripada stun gun yang ditujukan pada bahagian abdomen masing-masing.

"Korang ni buat kerja ke tak hah?! Korang tahu tak yang Mia dah lari?! Tau tak?!"

"Err bos, kami minta maaf-"

"Pergi mamp*s dengan maaf kau!Sekor-sekor b*doh tak pakai otak!"

"Bos,kami akan cari Puan Mia sampai dapat.Kami akan bawa Puan Mia balik dengan segera."

"Kalau korang tak jumpa dia, memang mamp*s aku kerjakan sekor-sekor.Dah merambus pergi cari dia!"

Mereka berempat keluar dan segara melaksanakan apa yang dikatakan tadi dengan memeriksa CCTV yang berjaya digodam di jalan raya. Jika tidak maut datang menjemput.

"F*cking Luthfi! Aku tahu ni semua kau punya kerja. Kau hasut Mia untuk tinggalkan aku. Yang kau pun satu Mia,b*doh pergi ikut jantan tu kenapa!" bentaknya meraup kasar rambutnya.

"It's okay Mia. Sekejap je kau akan rasa kebebasan tu. Kau tetap akan masuk balik dalam sangkar aku,Mia. Sebab kau tu hak aku. Hak mutlak aku sampai bila-bila." sinisnya.Anak matanya masih lagi pada skrin komputer melihat rakaman tadi dengan senyum sinis yang penuh makna.

🖤🖤

Keretanya diletakkan di parkir bawah tanah untuk mengelakkan orang mengetahui keberadaan mereka di hotel yang terletak jauh dari Kota Paris. Bandar Nantes menjadi destinasi dan tempat persembunyian mereka daripada Zyaire.Dia tidak mahu pulang ke Malaysia kerana takut ibu dan babanya mensyaki yang bukan-bukan. Biarlah mereka bertiga yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.

"Terima kasih sangat-sangat,Luthfi. Awak dah bantu saya banyak sangat. Awak drive dari Paris sampai sini tiga jam lebih.Kesian awak penat."

"Kan saya dah cakap yang saya sanggup ja buat apa untuk awak,Mia.Setakat drive tiga jam lebih tu tak ada hal lah. Kalau awak suruh saya berenang dekat lautan Pasifik yang luas tu pun saya sanggup."

"Tak sempat awak nak berenang dah kena baham dengan jerung." gurau Mia.

Tawa mereka sambil bergerak memasuki banggunan hotel. Mendaftar masuk untuk dua bilik tapi bilik mereka hanya bersebelahan sahaja. Takut jika terjadi apa-apa senang sikit nak minta tolong ikut balkoni.

"Awak rehatlah cukup-cukup. Nanti malam kita pergi makan. Saya belanja." kata Mia hendak melangkah masuk ke dalam bilik.

"Okay, saya tuntut." balas Luthfi tersenyum.

Lalu masing-masing memasuki bilik mereka.

Menghenyakkan badan di tilam empuk dan memejamkan mata menghadam segala yang dilaluinya saat itu. Air matanya mula bergelindangan saat teringat akan Zyaire. Dia mengakui yang butir-butir cinta itu mula hadir terhadap Zyaire. Namun cuba ditepis rasa itu daripada terus merebak kerana takut hatinya akan dirobek lagi oleh lelaki itu.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now