Kim So Hyun berdiri di hadapan cermin dan merapikan penampilannya. Uniform sekolah cantik bergosok. Mukanya licin tanpa jerawat. Seperti biasa, tiada sebarang solekan dia wajahnya. Dia bukannya banyak duit sangat hendak membeli alat solek. Tidak mahu menyusahkan ayahnya untuk membeli alat solek.
"So Hyuh. Ayah pergi dulu."
Terdengar jeritan ayahnya dari luar bilik. Kim So Hyun ambil beg sekolahnya dan segera bergegas keluar. Buru-buru turun dari tangga dan mengejar ayahnya dia pintu.
"Ayah."
"Kamu sarapan dulu. Ayah sudah sediakan sarapan untuk kamu. Lagipun masih awal untuk ke sekolah."
"Terima kasih ayah." Kim So Hyun melambai sebaik sahaja kelibat ayahnya keluar melalui pagar. Memang dia suka pergi awal ke sekolah. Hari ini dia akan menaiki bas bersama Kim Hye Ri.
"Ayah buat sarapan apa?" Kim So Hyun berlari ke dapur. Terus dia ke meja makan dan diangkat penutup makanan. Hanya ada sandwic sahaja. Sudah siap diletakkan di dalam bekas. Ayahnya tahu yang dia akan bawa ke sekolah. Sebab itu dibungkus. Dengan senyuman terukir dia mencapai sandwic itu lalu dimasukkan ke dalam beg.
Hanya meminum air segelas. Usai itu cepat-cepat dia keluar. Kunci dikeluarkan dari poket. Selesai memakai kasut dia mengunci rumah. Tidak boleh terlambat nanti Kim Hye Ri tinggalkan dia. Terpaksa dia berjalan kaki seorang diri ke sekolah. Kawannya itu sangat mementingkan masa.
Berlari anak, dia keluar melepasi pintu pagar. Selesai mengunci pintu pagar dia pusingkan tubuh. Terkejut dia pabila terlihat seseorang di belakangnya. Kim Jong In.
Mereka saling bertatapan buat seketika. Kakinya tidak mampu digerakkan. Pandangan itu cukup untuk membuat dia lemas dalam lautan cinta. Kenapa lelaki itu boleh muncul di hadapan rumahnya?
"Jong In."
Kim So Hyun menoleh. Ah! Kenapa dia boleh terlupa yang rumah Byun Bekhyun di hujung sana. Bukanlah Kim Jong In datang ke sini untuk melihatnya. Dia sahaja yang perasan. Lelaki itu berlalu dengan muka seriusnya.
Terdengar keluhan. Kim So Hyun hanya tersenyum sendiri. Putera Frozen sudah muncul kembali. Mungkin peristiwa semalam hanyalah kerana lelaki itu rasa bertanggungjawab untuk menolong. Sesiapa sahaja di tempat Kim Jong In akan menolong dia. Mungkin?
Dia sambung berjalan dengan laju. Sampai sahaja di selekoh dia terlihat Kim Hye Ri. Segera dia melambai dan memanggil kawan baiknya itu.
"Dia tak apa-apa. Kau nampak sendirikan dia tidak apa-apa." Baekhyun meletakkan tangan pada bahu Kim Jong In. Awal-awal lagi dia sudah tahu niat Alpha mereka untuk melihat sendiri keadaan gadis itu.
"Kenapa kau tak tegur dia?" tanya Baekhyun lagi. Mereka berjalan ke arah Bukit Serigala. Kawan-kawan mereka yang lain sedang menunggu di situ.
"Kau sendiri kata, lupakan dia dan tunggu Alpha betina aku muncul." Kim Jong In menolak tangan Byun Baekhyun. Kadang kala perangai sahabatnya itu sangat menjengkelkan. Dia berjalan laju meninggalkan Baekhyun untuk menyertai kawan-kawannya yang lain.
"Bagaimana aku boleh tahu dia itu Alpha Betina aku atau bukan." Satu persoalan yang sering bermain dia fikirannya. Sejak dia mengenal erti suka hanya nama Kim So Hyun di fikirannya. Tapi gadis itu bukan berdarah serigala.
"Kau akan mengenal dia Alpha Betina kau serta merta sebaik sahaja kamu berdua berjumpa. Kau akan tertarik kepadanya. Sehingga kau rasa sebahagian diri kau ada padanya. Itu apa yang aku baca dari catatan Alpha terdahulu."
Keluhan berat terdengar dari Kim Jong In. "Bagaimana aku boleh tertarik kepada orang biasa sehingga aku boleh mampu mengesan ketakutan dalam dirinya."
"Setiap Alpha akan diberi ujian. Mungkin dia ujian untuk kau. Ujian untuk kau mengawal diri kau sendiri. Adakah kekuatan dan tanggungjawab kau mampu mengatasi cinta yang sia-sia. Mahu aku hapuskan dia dari ingatan kau." Park Chan-yeol menawarkan khidmatnya. Kuasanya adalah memadam ingatan seseorang.
"Dia Alpha kita. Bagaimana mungkin kuasa kau akan lebih hebat dari kuasa dia. Kalau dia mampu sudah lama dia hapuskan ingatannya menggunakan kuasa sendiri." Do Kyungsoo mengur Park Chan-Yeol.
"Aku tidak pernah mampu padamkan nama dia dari ingatan aku."
"Kawal diri kau... mungkin perasaan itu akan hilang pabila Alpha Betina kau muncul nanti." Kim Jung Myeon pula berkata. Apa yang dia tahu setiap Alpha akan menerima ujian berbeza. Tapi setiap ujian itu mampu membuatkan seseorang berputus asa untuk hidup. Tugas mereka untuk memastikan agar Kim Jong In berjaya melalui ujian itu.
"Mungkin aku patut suruh ayah aku pindahkan ayah Kim So Hyun bekerja di luar desa. Kalau kau jauh dari dia mungkin kau boleh lupakan dia..." Kim Jong Dae pula memberi cadangan.
"Jangan. Itu akan membuatkan serigala tua... ayah-ayah dan keluarga kita tahu segalanya. Aku tidak mahu mereka anggap aku lemah." Sebenarnya dia tidak mahu kehilangan Kim So Hyun. Dapat melihat gadis itu dari jauh pun sudah cukup.
"Baiklah kalau begitu. Kau kena kawal diri kau sendiri." Kim Jong Dae menepuk bahu Kim Jong In sebelum berlari masuk ke dalam hutan Bukit Serigala.
"Soal cinta. Memang sangat rumit." Oh Sehun mengejar Kim Jong Dae.
Kim Jong In hanya berdiri sahaja sambil memerhatikan kawan-kawannya menghilang masuk ke dalam hutan.
"Kau sepatutnya setuju dengan cadangan Kim Jong Dae kalau betul kau mahu lupakan dia. Serigala tua tak akan salahkan kau. Mungkin mereka akan bantu kau mengatasi masalah ini. Pernah seekor Alpha di uji dengan kehilangan seluruh ahli keluarganya dalam satu kebakaran. Seluruh ahli keluarga termasuk makcik, pakcik, datuk nenek. Kau bayangkan ujian dia."
Kim Jong In mula melangkah perlahan. Ya dia pernah mendengar cerita ini. Alpha itu berjaya melepasi ujian dan bertambah kuat selepas itu. Alpha yang Baekhyun maksudkan adalah moyangnya sendiri. Mungkin dia terpilih menjadi Alpha kerana darah moyangnya.
"Kau boleh cintakan dia dari jauh. Tapi..."
"Ya aku tak akan dekati dia seperti semalam."
"Kes semalam kau dimaafkan kerana dia dalam bahaya. Tapi..."
"Banyak sangat tapi..." Kim Jong In lajukan langkahnya melewati hutan Bukit Serigala. Kawan-kawannya yang lain sudah lama sampai ke sekolah. Hanya tinggal dia dengan Baekhyun sahaja.
Melepasi hutan Bukit Serigala, dia tidak terus ke sekolah. Dia berdiri di tepi hutan sambil mata dihalakan ke arah perhentian bas. Tubuhnya terlindung oleh belukar di situ. Tidak sesaat pun dia berkalih pandang.
"Ingat."
"Ya aku ingat. Aku hanya boleh cintakan dia dari jauh."
Bibirnya menguntumkan senyum sebaik terlihat sebuah bas berhenti. Kim So Hyun dan juga Kim Hye Ri serta beberapa orang pelajar keluar dari perut bas. Seperti biasa setiap pagi, gadis itu tersenyum ceria.
"Puas hati kau sekarang?"
Kim Jong In angguk. Senyuman tadi menghilang. Berganti dengan roman muka yang sangat serius.
YOU ARE READING
WOLF - Fan Fiction Exo
FanfictionKenapa aku dilahirkan sebagai Alpha? ¬- Kim Jong In Dia dilahirkan sebagai ketua kawanan serigala jadian Bukit Serigala. Sejak kecil dia diberitahu, hanya serigala Alpha betina yang akan menjadi jodohnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada manusia b...