"Kacaknya mereka." Mata Kim Hye Ri bersinar-sinar melihat 8 jejaka kacak masuk ke dalam gimnasium.
Segera Kim So Hyun menoleh. Kim Jong In dan kumpulannya. Mereka berlapan memang kacak. Boleh dikatakan paling kacak di Sekolah Tinggi Melati. Bukan Kim Hye Ri seorang yang sedang memerhatikan kumpulan itu. Semua pelajar yang ada di situ. Dia pun tidak terkecuali. Mengagumi Kim Jong In dari jauh.
"Apa agaknya perasaan menjadi kekasih salah seorang dari mereka?"
"Ibarat bulan jatuh ke riba."
Kim So Hyun dan Kim Hye Ri sama-sama tergelak.
"Kita tahu itu semua mustahil. Orang kaya-kaya tak akan pandang orang miskin." Kim So Hyun berkata. Namun kata-kata itu lebih ditujukan kepada dirinya sendiri. Walaupun semalam Kim Jong In menolongnya, tidak bermakna lelaki itu punya rasa yang sama seperti dia. Dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Kim So Hyun menoleh tatkala kumpulan itu lalu di sebelah mereka. Tanpa sengaja pandangan matanya bertembung dengan mata Kim Jong In. Sekali lagi dia lemas dalam pandangan itu. Ketika itu dia terlihat imej dirinya dengan Kim Jong In saling berbalas senyuman dengan penuh mesra. Seolah-olah mereka sedang bercinta. Mata mereka saling bertaut sehingga Kim Hye Ri mencuitnya. Menyedarkan dia dari alam mimpi.
"Kenapa dia tengok kau semacam?" tanya Kim Hye Ri.
"Entah. Jomlah kita ke sana." Kim So Hyu mengajak Kim Hye Ri menyertai kawan-kawan mereka yang lain. Sempat lagi ekor matanya menjeling ke belakang. Kim Jong In dan ahli kumpulannya sedang duduk di stand. Memang kumpulan itu tidak akan menyertai apa-apa aktiviti.
Do Kyungsoo kelipkan matanya berkali-kali. Dia terlihat sesuatu yang orang lain tidak lihat. Sebentar tadi muncul satu lintasan. Biasanya lintasan itu adalah perkara yang bakal terjadi. Anehnya dia berasa takut dengan lintasan itu. Kim Jong In dan Kim So Hyun saling bertatap dan tersenyum mesra seolah-olah sedang bercinta.
Kalau betul Kim Jong In dan Kim So Hyun bercinta, itu akan menjadi masalah besar bagi mereka, kaum serigala jadian. Kim Jong In adalah Alpha. Bercinta dengan manusia biasa akan menghilangkan separuh kuasa yang dimiliki. Perlukah dia buat sesuatu kepada gadis itu. Tapi itu pasti akan menimbulkan kemarahan sang Alpha. Lagi pula mereka dilarang membunuh manusia biasa.
"Kyungsoo." Baekhyun mengur sahabat baiknya. Dia terdengar sesuatu yang tidak enak. Sahabatnya itu mahu mengapa-apakan Kim So Hyun.
Do Kyungsoo menoleh memandang Baekhyun. Dia tahu pasti sahabatnya itu dapat mendengar apa yang dia fikirkan. 'Alpha akan bercinta dengan dia. Kuasa dia akan melemah. Bagaimana dengan kita semua?'
'Itu bukan alasan untuk kau membunuh manusia biasa.' Byun Baekhyun berbicara dengan Do Kyungsoo melalui fikiran sahaja. Dia telah menyekat Alpha mereka dari turut mendengar. Kebetulan pula Kim Jong In sedang memerhatikan gadis kesayangannya bermain bola tampar.
'Buang pemikiran kau jauh-jauh. Jangan sampai Apha kita tau.' Byun Baekhyun memberi amaran. Dia tidak boleh menyekat Alpa mereka lama-lama. Pasti Kim Jong In akan curiga nanti.
Do Kyugsoo berdeham. Sambil itu dia cuba memadamkan lintasan yang dia lihat tadi sebelum Alpha mereka perasan. Dia tidak tahu kenapa lintasan itu muncul. Mungkin berita baik atau juga bala untuk mereka semua.
"Kau kenapa?" Kim Jong In perasan perbuatan pelik Do Kyungsoo. Dia cuba membaca fikiran sahabatnya itu tetapi tidak berjaya. Mungkin kerana dia lebih memberi perhatian kepada Kim So Hyun di tengah gimnasium sana.
"Tiada apa-apa. Aku sedang berfikir hendak makan apa tengah hari nanti. Atau perlu ke aku makan di kafe sahaja selepas ini." Do Kyungsoo saling berpandangan dengan Byun Baekhyun. Terlihat rakan baiknya mengangguk. Dia mengurut dadanya. Mujur Alpha mereka tidak membaca fikirannya tadi.
Kim So Hyun melihat ke arah tempat penonton. Kim Jong In dan kumpulannya sudah tiada. Mungkin sudah ke kafeteria. Sekarang adalah waktu rehat. Tugas dia untuk mengutip bola dan dihantar ke stor sukan.
"Aku sakit perut. Kau buat seorang ya." Kim Hye Ri menggosok perutnya. Sebelum sempat Kim So Hyun membuka mulut dia terlebih dahulu buka langkah seribu.
Tergeleng kepala Kim So Hyun melihat gelagat sahabatnya. Tapi mungkin juga betul gadis itu sakit perut. Dia mengutip satu-persatu bola yang berada di atas lantai dan dimasukkan ke dalam bakul.
Grrr!
Tiba-tiba Kim So Hyun terdengar bunyi menderam di belakangnya. Makin lama suara itu makin dekat. Perlahan dia pusingkan tubuhnya. Terus dia menjerit lalu terduduk di situ.
Seekor serigala yang sangat besar sedang berjalan ke arahnya. Gigi taring serigala itu membuat dia takut. Apatah lagi mata merah menyala serigala itu. Cukup untuk mengunci segala pergerakannya. Dari mana serigala itu muncul?
"Jangan makan aku." Dia cuba untuk bergerak tapi tidak mampu. Matanya meliar melihat sekeliling. Tiada sesiapa untuk dia minta tolong. Kalau dia menjerit tiada siapa yang akan mendengar kerana kafeteria sangat jauh.
Saat serigala itu membuka luas mulutnya, Kim So Hyun hanya mampu menutup mata dan menjerit.
Kim Jong In yang sedang berjalan terhenti. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Derianya mengesan ketakutan yang sangat kuat.
"Kim So Hyun." Terus dia berpusing dan berlari sekuat hati menuju ke gimnasium.
Byun Baekhyun dan rakan-rakannya yang lain turut berlari mengejar Kim Jong In. Entah apa yang terjadi terhadap gadis itu sehingga Alpha mereka berasa cemas.
Kim Jong In merempuh pintu gimnasium. Dari jauh dia terlihat Kim So Hyun terbaring tidak sedarkan diri. Terus dia mendekati gadis itu. Jari telunjuk diletakkan pada hidung gadis itu. Dia menarik nafas lega pabila mendapat tahu gadis itu sedang bernafas.
"So Hyun." Kim Jong In menggerakkan tubuh gadis itu. Namun tiada tindakbalas.
"Apa yang sudah terjadi?" tanya Kim Jung Myeon. Kawan-kawan mereka yang lain mengelilingi Kim So Hyun.
Kim Jong In menggeleng. Dia letakkan tapak tangannya pada dahi Kim So Hyun dan pejamkan mata. Dia mencari memori Kim So Hyun sebentar tadi.
"Serigala?" Pak Chen-yeol bersuara. Dia hanya meletakkan jarinya di belakang kepala gadis itu. Dia dapat membaca seluruh memori gadis itu sebelum pengsan. Saling berpandangan dengan Alpha mereka.
"Ada serigala terlepas masuk ke sini?" tanya Oh Sehun. Hidungnya berkerut-kerut. Tiada pun bau serigala.
"Kalau ada serigala muncul pasti kita akan mengesannya terlebih dahulu. Lagi pula serigala ini bukan dari kawanan kita atau serigala tersesat... serigala ini..." Park Chan-Yeol tidak tahu bagaimana hendak terangkan.
Tapak tangan Kim Jong In bercahaya.
"Kau padamkan ingatan dia?" tanya Park Chan-Yeol
"Aku takut dia sebarkan perkara ini dan akhirnya orang ramai akan masuk ke Bukit Serigala." Kim Jong In memberikan alasan. Kalau gadis itu membuka mulut pasti pihak berkuasa tidak akan tinggal diam.
"Betul kata Jong In. Selama ini semua orang hanya mendengar tentang serigala Bukit Serigala. Mereka menganggap itu semua hanya mitos. Tidak pernah ada serigala terlepas ke tempat awam. Kita semua tentu tidak mahu kewujudan kita terbongkar."
Yang lain-lain mengangguk. Ada benarnya kata-kata Baekhyun dan Alpha mereka.
"Korang tolong sambung kerja dia. Aku nak bawa dia ke bilik rawatan."
YOU ARE READING
WOLF - Fan Fiction Exo
Fiksi PenggemarKenapa aku dilahirkan sebagai Alpha? ¬- Kim Jong In Dia dilahirkan sebagai ketua kawanan serigala jadian Bukit Serigala. Sejak kecil dia diberitahu, hanya serigala Alpha betina yang akan menjadi jodohnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada manusia b...