BAB 5

18 2 0
                                    


            "Aku kat mana?" Kim So Hyun membuka mata. Penglihatannya agak kabur. Dia menggosok matanya perlahan. Usai itu dia melihat sekeliling. Yang pastinya dia bukan di gimnasium.

"Jururawat cakap ada orang jumpa kau pengsan dekat gim." Kim Hye Ri bangun dan mendapatkan sahabatnya. Terkejut dia bila mendapat pesanan daripada jururawat sekolah. Segera dia bergegas ke pusat rawatan.

"Macam mana aku boleh pengsan?" Kim So Hyun bangkit dengan bantun Kim Hye Ri. Tubuhnya terasa lemah sangat.

"Kau yang pengsan. Kenapa tanya aku? Tanya diri kau sendiri kenapa kau pengsan." Pelik Kim Hye Ri dengan sahabatnya. Sedar sahaja terus tanya soalan mengarut. "Kenapa kau pengsan?"

Kim So Hyun tidak menjawab. Dia cuba mengingat perkara terakhir yang dilakukannya. Anehnya dia hanya teringat Kim Hye Ri berlari keluar dari gimnasium. Selepas itu dia tidak ingat apa-apa. Takkan dia saja-saja pengsan.

"Aku tak ingat apa-apa."

"Kau tak ingat apa-apa?"

Kim So Hyun geleng. Dia langsung tidak ingat apa-apa selepas Kim Hye Ri meninggalkannya seorang diri. Seolah-olah ingatannya sudah hilang. Tapi dia pasti ada sesuatu yang terjadi sehingga dia pengsan. Sesuatu yang membuat dia takut.

Ya! Takut. Dia rasa ketakutan yang teramat sangat. Saat ini pun dia merasa takut. Namun apa yang dia takutkan? Apa yang membuat dia takut?

"Kau ada nampak hantu ke? Sampai kau pengsan."

Geleng lagi. Sungguh dia tidak ingat apa-apa. Sekuat mana dia mengingat, dia langsung tidak ingat apa-apa. Takutkan hantu? Kalau betul hantu muncul mesti dia ingat.

"Siapa bawak aku datang sini?"

"Jururawat kata dia pergi tandas sekejap. Keluar dari tandas kau dah terbaring dekat katil. Sebab kau pakai baju sukan. Dia anggap kau pengsan dekat gim."

Kim So Hyun malas hendak mengingat lagi. Biarlah semuanya kekal misteri. Sudah cukup baik orang yang menemuinya pengsan tidak mengambil kesempatan malah dibawa ke pusat rawatan.

"Kamu sudah sedar?" Muncul Puan Joy dengan dulang makanan di tangannya. Dulang makanan tadi diletakkan di atas meja. "Makan dulu sebelum kembali ke kelas kamu. Mungkin kamu pengsan kerana tidak cukup makan."

"Terima kasih puan."

"Makan sampai habis ya. Saya hendak ke bilik rawatan lain."

Kim So Hyun memerhatikan Puan Joy menghilang. Memang dia sedang lapar sekarang. Cepat-cepat dia tarik meja dekat dengan katilnya.



"Sepanjang aku hidup. Ini kali pertama aku melihat serigala berbulu keemasan begitu." Park Chan-yeol masih memikirkan serigala di dalam memori Kim So Hyun. Matanya dihalakan ke arah Kim Jong In. "Kau pernah jumpa?"

Kim Jong In menggeleng. Mereka sedang melepak di bawah pokok berhampiran padang. Sama-sama sepakat ponteng mata pelajaran Matematik. Dari situ Kim Jong In melihat jelas bilik rawatan. Tersungging senyum di bibirnya sebaik merasakan Kim So Hyun sudah sedar. Gadis itu sedang makan, makanan yang di bawa Puan Joy.

"Kenapa Kim So Hyun. Bukan pelajar lain?" timbul soalan dari Kim Min Seok. Sangat aneh kerana serigala itu muncul di hadapan gadis kesayangan Alpha mereka. "Apakan kerana dia..."

Kim Jong In memandang sahabatnya dengan tajam. Dia turut tertanya-tanya perkara yang sama. Seumur hidup mereka ini kali pertama serigala muncul di tempat awam tetapi tidak dapat dikesan oleh mereka. Tiada bau serigala. Hanya muncul wujudnya sahaja.

"Mungkin serigala itu memberi amaran agar jangan ganggu kita." Oh Sehun membuat andaian sendiri.

"Orang yang patut diberi amaran bukan Kim So Hyun. Tetapi aku. Aku yang tidak boleh melupakannya." Kim Jong In berpendapat andaian Oh Sehun sangat tidak berasas. Kenapa gadis itu yang harus di beri amaran? Seharusnya dia. Kerana dia yang memikul tanggungjawab.

"Bagaimana kau tahu Kim So Hyun pengsan?" tanya Kim Min Seok lagi. Bukanlah sesuatu yang baru kepada mereka Alpha jatuh hati kepada manusia. Tapi sangat aneh bila ikatan hati itu terlalu kuat.

"Hati aku merasakan..."

"Kalau gadis itu serigala, aku pasti sangat dia adalah Alpha betina kau."

Terus Kim Jong In jatuhkan pandangan pada Do Kyungsoo. Terbit keluhan berat. Dia sendiri tidak faham kenapa derianya begitu kuat mengesan sesuatu yang terjadi kepada gadis itu. Sudah dua kali perkara ini terjadi.

"Kalau aku mampu ubah dia serigala, pasti aku akan ubah gadis itu. Tak adalah Alpha kita asyik makan hati tak boleh luahkan rasa cinta." Kim Jong Dae pula berkata. Simpati terhadap Alpha mereka. Tapi apa boleh buat mereka lahir dengan tanggungjawab.

"Mungkin kita patut pertimbangkan cadangan untuk pindahkan dia jauh dari kau. Aku bimbang kalau kehadiran dia akan buat kau lemah."

Kim Jong In tidak membalas. Sebaliknya dia ambil beg dan terus bangun lalu beredar meninggalkan kawan-kawannya.

"Kasihan Alpha kita." Baekhyun memerhatikan Kim Jong In berjalan lemah merentasi padang. Dia tahu ke mana destinasi Alpha mereka tuju.

"Betul kau dah sihat ni?" Kim Hye Ri menahan sahabatnya dari keluar. Dia berdiri di pintu untuk menghalang Kim So Hyun.

"Aku dah sihat. Sudah boleh masuk kelas. Tepi..." Kim So Hyun menolak tubuh sahabatnya. Bukan dia tidak suka berehat. Dia tidak suka berada di bilik rawatan! Bau ubat! Dengan sekuat hati dia menolak tubuh Kim Hye Ri. Sebaik tubuh sahabatnya beralih cepat-cepat dia buka pintu dan buru-buru keluar.

Malang nasibnya kerana tubuhnya terlanggarkan seseorang yang sedang berjalan di hadapan bilik rawatan. Tubuhnya hilang keseimbangan dan hampir terjatuh. Mujur sepasang tangan memeluk erat pinggangnya menahan tubuhnya dari jatuh.

"Terima kasih." Kim So Hyun mendongak. Jantungnya seakan terhenti melihat pemilik tangan itu. Mata mereka bertaut. Seperti selalu, dia lemas dengan pandangan mata itu sehingga dirinya kaku dan tidak mampu bergerak.

Kim Jong In juga seperti dipukau. Dia seakan termasuk ke dalam dunia lain. Dunia yang hanya ada dia dan Kim So Hyun. Bergelak-ketawa dan bergurau senda seperti pasangan bercinta.

"Jong In." Baekhyun menegur.

Kim Jong In seakan tersedar. Terus dia lepaskan tangannya lalu bergegas pergi. Peristiwa yang baru terjadi tadi membuat dia bingung.

Baekhyun mengejar Kim Jong In. Sempat lagi dia menjeling tajam Kim So Hyun yang kelihatan keliru. Dia juga keliru dengan segala-galanya.

"Siapa yang sedang berlari tu? Apa yang terjadi?" Kim Hye Ri hanya melihat belakang tubuh seseorang sedang berlari. Dia mengambil begnya baru keluar. Sebaik keluar dia terdengar derap kaki orang berlari.

"Tak ada apa-apa. Jomlah kita pergi tandas. Aku pun perlu tukar baju." Kim So Hyun turut menoleh. Dia hanya terlihat belakang Baekhyun sahaja. Sama seperti Kim Jong In, dia turut keliru dengan imej yang muncul tadi. Namun, dia pasti itu semua hanyalah khayalan dia kerana tergila-gilakan lelaki itu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WOLF - Fan Fiction ExoWhere stories live. Discover now