4

79 10 2
                                    

Hari rabu yang memenatkan. Sungguh, hampir pitam aku menghadap skrin pc selama 12 jam tanpa henti. Rehat pun duduk depan tu juga- sampaikan suruh Nailea dengan kak Ummi turun dulu sebab kerja tak siap lagi.

Segelas susu suam dituang selepas aku selesai membersihkan diri. Tak kuasa lah aku nak bawa balik kerja tu sekali ke rumah. Baru rabu, belum jumaat lagi. Kalau jumaat, mungkin dipertimbangkan juga.

Aroma menenangkan.

Rambut yang masih basah aku sisirkan dengan jari. Tangan kiri mencapai alat kawalan jauh dan mula mencari siaran yang bagus. Atleast lah, ada lah kut yang menarik untuk dilihat pada pukul 10 macam ni.

Kut lah kan.

Eleh. Takpun kita tengoklah netflix ke, cucuk pendrive ke dekat tv tu.

Tapi... nampak gaya memang tak ada pilihan menarik langsung nak tengok pada masa begini.

Selalunya, waktu sebegini memang aku sudah tidur. Tapi itulah kan. Disebabkan begitu penat, aku tak boleh tidur. Susu suam pun tak tunjuk kesannya lagi.

So... Nak tengok kdrama yang mana ni? Vincenzo ke Run on?

Baru sahaja mahu tekan punat play pada alat kawalan, telefon aku dahulu yang berbunyi. Tertera nama Aiman Arman. Masyaallah brother, nak apa ni call malam malam ni.

"Hello."

"Assalamualaikum Iman. Tengok kdrama kan? Suggest me one series in Netflix. Tak boleh tidur." Halal betul brother ni, alhamdulillah.

"Waalaikumussalam, Aiman. Eh samalah. Saya pun baru nak tengok ni ha. Tapi tengah fikir nak tengok mafia ke ahli sukan."

"Ahli sukan kut. Mafia tu macam seram je malam malam."

"Tapi takdelah seram mana pun cerita dia. Bolehlah. Cuma guna otak sikit. Awak ada otak lagi tak nak bekerja untuk esok? Kalau takde, tengok run on jelah eh. Saya pun tengah nak tekan yang tu juga. Baru eps satu ni."

"Okay, boleh. Run on kan? Kejap saya cari."

Seketika, aku cuma mendengar hembusan nafasnya di ganggang-- seperti dia yang bernafas pada telingaku. "Awak guna unlimited call ke?" Tanyaku. Aiman menjawab dengan nada biasa, "Ya, senang sikit."

"What do you mean by senang sikit..."

"To call you?"

Dua dua jeda. Agak terkejut jugalah sikit ya bila dengar ayat yang barusan disebutnya. Siot, flirty betul ni.

"Iman, dah sedia ke tak ni nak tengok Run on? Kena tidur before 12 am okay. Untuk kesihatan mental dan fizikal. I don't want you to be a zombie tomorrow."

"Thats not working on me. Are you trying to control me? Kita baru kenal seminggu tau, Aiman."

"Whoaa, you got wrong idea here. Iman, I called you sebab suggestion kdrama. Awak salah tafsir apa apa yang saya cakap ke ni?" Suaranya kekal tenang, sedikit pun tidak menunjukkan yang dia terusik dengan kenyataanku.

"Urgh. Just go watch Run on by yourself. Bye."

Terus aku tutup panggilan. Bercampur baur ya perasaan ketika ini. Malu- itu nombor satu yang mengawal aku. Selebihnya adalah marah dan sebal.

Memang kalau hari rabu, sial dia tu sampai ke malam ke apa ni?

Tak jadi untuk melihat Run on, aku tutup terus televisyen dan gelapkan ruang tamu. Gelas susu tu esok jelah aku basuh. Penat dengan emosi hari ini.

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now