5

69 9 3
                                    

"Iman, hang tolong sat akak ni. Haih, tak tau aih awat gutu. Duk kelip kelip sedia, ghetaih dak keluaq pun." Adu kak Ummi mengenai printer di sebelah pc miliknya.

Aku bangun sedikit dan melihat skrin monitor. Tekan beberapa kali tetikus dan aku lihat pada perincian alat mesin cetak.

"Oh, ni kak Ummi. Banyak pending ni. Kena cancel ni semua dulu lepas tu baru tekan print out untuk yang latest punya ni."

Kak Ummi mengangguk. "Hang habaq awai pun, kak bukannya ingat. Satgi kalau jadi lagi, sama gak. Hang gak hat kena baiki printer akak ni."

Aku tersenyum.
Betullah tu. Aku juga nanti yang perlu menolong kak Ummi untuk segala perkara berkaitan teknologi. Lagipun memang dari awal-awal diserapkan ke jabatan ini, akulah yang msmbantunya. Benda senang bolehlah nak tolong sikit sikit. Tapi kalau suruh baiki motherboard dia ke, memang kena panggil technician terus.

"Nai, lunch nanti turun dengan kak Ummi dulu okay. Aku nak jumpa orang sekejap." Selesai kemas kertas yang belum dikepilkan dalam keadaan tersusun!

"Aaeee, nak jumpa Aiman lah tu." Nai meneka dengan nada bergurau.

"Betullah tu." Itu sahaja balasanku. Mahu membahas panjang pun aku juga tak tahu isinya apa. Iyakan jelah apa yang patut.

"Hang Iman tak habaq dah dekat akak hang ada marka. Segak ka? Gambaq ada? Nengokkk." Tersenyum aku sedikit mendengar suara kak Ummi yang agak nyaring dihujung nada.

"Bukan marka cheqqqqq. Gerak dulu. Jumpa lagi sejam okie." Laju sahaja aku ambil tas tangan dan mula melarikan diri dari ditanya soalan panas lagi.

________

Dari sudut pandangan Aiman:

Terkedek kedek Iman Qaisara mengikuti langkah besarku. Dengan kasut flatnya yang agak berbunyi kuat bila menghentak lantai ketika berjalan-- masih gigih tu kejarku supaya jalan beriringan. Pada mulanya memang senang hati ya dapat tengok dia terseksa begini namun kemudian aku kecilkan bukaan langkah.

"Lah, boleh rupanya jalan perlahan. Ingatkan nak kena kejar pesawat ke apa sampai berjalan macam jauh lagi je perjalanannya." Nada tidak puas hati-- yakin. Iman mendengus, mungkin sedikit geram diperlakukan begitu olehku.

"Lunch hour kan. Kenalah laju. Ke awak nak kerja half day je? Saya okay je."

Keningnya terangkat sedikit, seperti menyuruhku menghuraikan lebih maklumat. "Easy betul minta cuti."

"Tengok nama lah."

"Yeah, that aiman tak kesah meme. I know. Tapi awak memang tak kisah ke gaji kena potong?"

"Setengah hari je cheat day. Arman ada boleh cover."

"Yelah tu. Habis saya ni? Takkan nak ikut awak half day juga?"

"Leh jur."

"Rempit."

Terdiam kejap aku. Amboi. Dia panggil kita rempit.

"Nak gaduh ke? Mehlah lawan." Aku berhenti berjalan. Iman yang sudah beberapa langkah di hadapan, aku lihat dia juga melakukan perbuatan yang sama.

"Kata nak makan kan. Saya lapar ni. Nantilah sambung gaduh." Lepas tu dia jalan semula dengan tenangnya, masuk ke dalam restoran nasi ayam.

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now