0

4.3K 100 0
                                    

Alunan petikan gitar menyapa telinga. Baginya ini adalah satu irama indah. Terasa hangat memeluk jiwa. Sangat menarik perhatiannya. Matanya terpaku memandang ke hadapan.

Seorang budak lelaki seumuran dengannya duduk di atas kerusi. Kepalanya tertunduk ke bawah. Dia yakin dibalik rambut hitam itu ada wajah yang unik. Hatinya meronta ronta ingin memandang wajah itu. Tapi malangnya kepala itu terus tertunduk. Sedikit pun tidak mendongak menunjukkan wajah.

Tak lama, pandangannya makin kabur. Kolam mata terasa penuh. Hangat. Matanya dipejam rapat rapat membuatkan air mata menitik menuruni pipi.

Tak semena mena, tangisannya pecah apabila irama indah itu terhenti. Hatinya tersentuh. Tangisannya makin kuat apabila sedar tiada lagi petikan gitar yang didengari tadi.

"Nuha jangan nangis sayang"

Malangnya tangisannya tidak menunjukkan tanda mahu berhenti. Tubuh kecilnya didakap rapat rapat. Perlahan lahan tangisannya terhenti. Dia dapat merasakan kehangatan dakapan erat dibalik kedinginan pendingin hawa. Matanya semakin berat dan ia tertutup dengan sendiri. Dia terus dibawa ke alam mimpi tidak berpenghujung.

"Jangan risau la, aku takkan tinggalkan kau. Aku janji"

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now