Aynaries Pov
Time-time macamnilah kau lapar kan perut? Mengadu Aries kepada dirinya sendiri. Sedang terleka dia mengomel dirinya sendiri. Aries terperasan ada sesuatu di lantai dapur rumahnya itu.
"Apa benda ni? Kenapa nampak macam darah?" Kali dah ada tompokan merah dekat lantai benda pertama dalam otak mestilah darah takkan benda lain pulak?
Aries terus mengikuti jejak tompokan merah tersebut. Ap yang difikirannya sekarang adalah.... Kalaulah Tengku Rizqish perasan yang lantai ini kotor habis telinganya bernanah akibat di marahi oleh lelaki itu.
Tetapi apa yang difikirnnya tadi tidak sama dengan apa yang dilihatnya sekarang.
"Ahhhh!"
Tengku Rizqish yang berada di bilik kerjanya teperanjat apabila mendengar jeritan seseorang. Selain dia siapa lagi yang duduk di dalam rumah ni kalau bukan Aries.
"Apa lagi kalini? Dah malam-malam pun menjerit. Menyusahkan betulah."
Kalau boleh dirinya memang malas mahu turun. Tetapi disebabkan dia ingin mengetahui punca mengapa Aries menjerit digagahkan juga turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku.
Akibat tidak boleh menerima apa yang dilihatnya sekarang ini. Akhirnya badan Aries menjadi lemah, kakinya seperti tiada tulang dan badanya menjadi lemah longlai.
Tengku Rizqish yang melihat Aries yang hampir pengsan itu terus dirinya memegang badan pembantu rumahnya itu.
"T-tuan dekat luar ada kepala!" Seraya itu Aries terus pengsan bersama air matanya.
Tengku Rizqish tergaman apabila melihat ada seketul kepala manusia tergantung di belakang koridor rumahnya, sial siapa pulak yang berani main kasar macam ni! Tanpa berfikir panjang terus Tengku Riziqsh membawa Aires ke dalam bilik tidurnya,
"Kau ni memang bawak bala Ries. Tak pernah pernah ada masalah macam ni bawak kau terus ada musibah." Lantaran itu Tengku Rizqish terus meninggalkan Aires di dalam kamar tidurnya.
"Aku nak kau cari dalang tak guna tu sampai jumpa, tak pernah lagi ada manusia main kasar setan macam ni." Kata Tengku Rizqish kepada seseorang selepas itu terus dia mematikan panggilan telefon tersebut.
Tengku Rizqish tanpa basah-basi terus keluar daripada rumah tersebut nak berjumpa denga Aydeen dan rakan-rakanya.
"Betul ke aku dengar ada kepala manusia dekat rumah kau?" Ziyan bersuara.
"Kes ni makin teruk aku tengok, siapa lagi yang tak puas hati dengan kau ni Riz. Terlampau bahaya sampai rumah kau pun dia dapat jejak, aku harap kau dapat cari tempat lain sebelum terlambat." Danny berkata lembut kepada Tengku Rizqish sambil menepuk bahu milik rakanya itu.
"Kalau aku dapat tahu ni kerja Marco memang mati kepala dia aku tikam." Dia terus menggempalkan penumbuknya.
Mereka bertiga yang melihat Tengku Rizqish seperti patung anabbelle itu terus menghantar Tengku Rizqish ke rumahnya, dengan condition macam ni nak suruh mamat ni bawak kereta auto ke alam ghaib nanti .
"Terima kasih hantar aku balik yang lain dah boleh berambus." Halau Tengku Rizqish.
"Takda adab sungguh kau kan, dahlah kitaorang hantar kau balik takkan tak bagi minuman ke apa ke?" Marah Ziyan .
Terus kereta itu ditendang dengan kuat. Mereka yang berada di dalam kereta itu terus terdiam.
"Mulut kau lancang sangatlah ziyan. Kau tahukan yang dia ni masih marah? Boleh tak cakap elok-elok?" Marah Danny .
"Emosi dia tak stabil sekarang ni. Baik korang balik dulu biar aku tenangkan dia." Arah Danny kepada dua kembar tadi .
Tanpa berkata panjang, Danny terus mengambil kunci rumah milik Tengku Rizqish dan membawa lelaki tersebut ke dalam bilik tidurnya.
"Kau jangan nak marah sangat Riz. Kawal sikit amarah kau. Aku taknak perkara yang lama berulang balik!"
Danny mengetahui kesemua sejarah hidup milik Tengku Rizqish. Lelaki ini kalau sudah mengamuk. Manusia yang berada di depanya boleh menjadi mangsa kekejaman lelaki ini.
Selepas itu terus dia membawa Tengku Rizqish di bilik tidurnya. Hampor nak terjolopok si Danny apabila melihat ada seorang perempuan berada di katil milik kawanya.
"Kau tak payah nak fikir bukan-bukan, tu maid aku dia yang nampak kepala dekat balkoni belakang that why aku letakkan dia dalam bilik aku." Tengok muka pun dah tahu nak kata aku tidur dengan perempuan ni lah.
Lega hati Danny apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Tengku Rizqish. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya wajah polos wanita tersebut mengingatkan dia kepada seseorang tapi tidak mungkinlah?
"Kalah macam tu aku tinggalkan kau dengan perempuan ni jaga dia baik baik trauma lagi budak ni aku tengok." Seraya itu terus dia meninggalkan Tengku Rizqish.
Tengku Rizqish yang merasakan badanya yang hilang keseimbangan itu. Terus dirinya menaiki katil dan tidur bersebelahan dengan Aries. Aries yang masih lagi terlena itu terus memeluk badan milik Tengku Rizqish.
Dah pulak si Aries ni peluk badan aku. Dia tak tahu ke tangan dia berat? Tengku Rizqish yang malas melayan perasaanya itu. Hanya membiarkan dirinya dipeluk oleh Aries dah akhirnya mereka tidur bersama-sama.
——————————
Waw Tengku Rizqish dah mula menunjukkan dirinya yang sebenar ke ? habislah kebaboom lah dunia Aries.
Maaflah kalau cerita ni makin lama makin bosan hm harap korang sukalah okey !! 😫
YOU ARE READING
ARIES COMPLETE [BAKAL TERBIT]
Mistério / Suspense𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭 𝐓𝐰𝐢𝐬𝐭 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) Selepas kematian keluarganya kehidupan Arie...