APRON

849 36 0
                                    

Hari aku ikut abang Faris pergi fitness centre, dekat situ ramai orang, pastu aku pergi ke receptionist dan aku dibawa ke bilik perbincangan oleh receptionist situ. Aku diterangkan dengan pelbagai info dan aku nampak abang Faris bekerja juga. Di samping menjadi kerja department marketing, dia juga buat kerja as fitness coach. Kira dua dalam satu sebab dia buat marketing kan? Kena jumpa orang dan jumpa clients dalam centre tu as kerja dia as marketer dan juga coaching. Gitu la dia cerita dekat aku aritu.

Adam, kawan abang Faris terangkan semuanya dekat aku. Sambil Adam terangkan dekat aku, aku nampak through glass window tu abang Faris buat isyarat jaga mata dekat aku. Seolah-olah pesan jangan gedik-gedik dekat kawan dia tu. Adam perasan then dia pegang bahu aku, then kami ketawa. Aku tengok abang Faris macam jealous-jealous.

"Encik Adam, cuba u pegang bahu saya lagi, saya nak tengok reaksi abang Faris", suruh aku.

Mula-mula Adam macam pelik, then dia ikut je. Dia letak tangan dia dekat bahu aku then aku pandang dekat abang Faris. Hahaha, rancangan menjadi. Dia jealous.

"Faris tu...", tanya Adam tak habis.

"Aah, dia bf saya", kata aku.

"Oh, saya tau dia gay tapi tak tau pulak dia ada bf cute macam awak ni", kata Adam sambil ketawa perlahan dan dia semakin dekat dengan aku.

Lagilah abang Faris marah. Merah muka dia.

"Saya saje je nak bagi abang Faris jealous, tapi kita ni dekat sangat ni, mampus saya kena dengan abang Faris nanti Encik Adam", kat aku.

Selesai je aku cakap macamtu, Adam pun bangun dan terus ke white board. Kerja tetap kerja tapi aku rasa Adam hanyalah play along je dengan aku untuk capai misi buat abang Faris jealous. Haha...

"Okay, sekarang saya dah tau apa masalah Encik Akmal, dan apa yang cuba En capai, kita akan buat plan workout juga nutrisi untuk En, jadi saya harap En dapat ikut segala perancangan yang kita akan buat supaya En dapat capai misi En lah ye." kata Adam, professional.

"Baik, saya faham Encik Adam jadi untuk yuran bulanan macamane? Atau ada yuran tahunan?", tanya aku pula, professional.

"Untuk itu Encik Akmal boleh rujuk dekat receptionist, tapi untuk makluman awal, kami memang ada pakej, 6 bulan dan juga tahunanlah.Terpulang kepada Encik juga dan untuk plan workout dan pemakanan, encik boleh pilih sendiri trainer lah, terpulang kepada encik. Pihak kami tiada halangan, namun pihak kami berhak untuk tukar trainer dari masa ke semasa jikalau trainer tersebut adalah masalah atau tidak hadir ke centre", jelas Encik Adam panjang lebar.

"Oh begitu. Faham. Nanti saya akan rujuk dekat receptionist ya, terima kasih Encik Adam", kata aku.

Tiba-tiba mesej masuk.


*Salam Encik Akmal, saya nampak je apa yang Encik Akmal buat tadi, balik rumah nanti siap ye Encik Akmal* - Faris.


*Hehe, mana ada buat apa-apa lah, saya gurau je*- Aku.


Senyap, takde mesej masuk. Adoi, marah betul ni. Takpe, nanti balik rumah aku pujuk la dia. Harap-harap takde apa-apa lah.

Selesai consultation dengan Adam, aku pun pergi ke receptionist. Di situ aku dijelaskan fasal yuran dan pakej. Banyak juga yang perlu aku hadam, so, aku ambil semua flyers tu dan bawak balik rumah. Aku tengok abang Faris masih tekun bekerja, sekali sekala memandang aku dan menjeling. Marah betul dia ni.


*Abang, saya balik dulu ye, saya dah call Grab, kejap lagi dia sampai, saya tunggu abang dekat rumah ye, sorry, saya gurau je tadi dengan Encik Adam tu, saje nak buat abang jeles* - aku.

CINTA INSAN BIASA (COMPLETED)Where stories live. Discover now