∆Chapter 18∆

907 127 21
                                    

Sebaik sahaja habis waktu persekolahan,kembar BoBoiBoy dan kawan-kawan mereka cepat² melarikan diri untuk lindungi Solar daripada terserempak dengan perempuan gedik kuku harimau tu.

"Fiuh...Nasib baik dapat lepas..Terima kasihlah korang sebab tolong aku." kata Solar. Sekarang,mereka berada di bandar untuk makan dekat Burgeria.

"Haha! Tak ada hal lah Solar! Lagipun kau kan kawan kitaorang?Kitaorang pun kesian tengok kau asyik kena tangkap je dengan si gedik tu." balas Gopal sambil menepuk-nepuk bahu Solar.

"Yalor, perempuan tu tak tahu malu betul!"kata Ying pula.

Mereka teruskan berjalan sampailah Thorn tiba² berhenti.

"Alamak! Buku kerja sekolah Sains Thorn tertinggal bawah meja!" adu Thorn membuatkan semua memandang Thorn.

"Kerja sekolah yang nak kena hantar esok tu ke?" tanya Blaze. Thorn mengangguk laju dan terus berpusing.

"Korang jalanlah dulu! Nanti Thorn datang balik!"jerit Thorn.

"Thorn,tunggu!"panggil Halilintar tapi Thorn dan jauh berlari semula ke sekolah.

"Haih..Tak boleh nak buat apa. Apa kata kita tunggu saja Thorn dekat Burgeria?"ujar Fang. Yang lain berfikir sebelum mengangguk. Jadi,mereka meneruskan perjalanan mereka ke Burgeria.

Berbalik kepada Thorn,selepas dia minta kebenaran daripada pengawal,dia masuk semula ke kelas untuk mengambil buku latihan dia.

"Mana ni...aha!Dah jumpa!" Thorn tersenyum lebar mengambil buku latihan dia dan letakkannya didalam beg sekolah dia.

Sebaik sahaja Thorn keluar dari kelas,ada satu tangan yang menariknya keluar koridor ditangga.

"Aduh! Hey!Kenapa main tarik² ni!?"marah Thorn sambik menggosok perlahan bahu dia yang rasa pijar sebab kena tolak ke dinding tadi.

Thorn mengetap bibirnya kuat bila dia berhadapan dengan budak² hot yang hampir nak bergaduh dengan Gempa tadi.

"K-Korang nak apa..?"tanya Thorn.

Rizqy menarik kolar baju sekolah Thorn sampai kaki dia tak terjejak tanah.

"Sebab abang kau yang tak guna tu,aku kena panggil dengan cikgu displin tahu tak?!Kawan kau yang tudung pink tu pergi bahitau cikgu! jerkah Rizqy sambil menghentak Thorn beberapa kali kedinding.

"O-Ow...B-Bukannya salah abang Gempa!Korang tu yang paksa Solar duduk situ!Memanglah Gempa tolong Solar!"balas Thorn membuatkan Rizqy makin kuat hentak dia ke dinding.

"Heh,kau ni memang tak padan kecik kan budak?"Hilman tersenyum sinis.

                                                           ∆*************∆

Sudah hampir satu jam,kembar BoBoiBoy dan kawan-kawan mereka menunggu Thorn kembali daripada sekolah tapi sampai sekarang masih tak nampak si comel hijau tu.

"Haduh..Mana Thorn ni? Kita dah habis makan pun tak kanlah still tak jumpa buku dia tu?"gumam Solar. Yang lain pun hanya menunjukkan reaksi yang sama.

Gempa pun pelik.Jadi,dia cuba untuk kesan Thorn dekat mana masa dia pergi ketandas tadi.

Dari scanner dia,dia dapat kesan jejak  pin Thorn sudah pun berada dirumah,membuatkan dia tertanya-tanya kenapa.

"Thorn ada dekat rumah sekarang."kata Gempa selepas pergi ketandas. Mereka melihat Gempa terkejut.

"Macam mana kau tahu Gempa?"tanya Fang.

"Err..Ochobot telefon tadi. Dia kata Thorn sakit perut,tu yang dia balik rumah."jawab Gempa.Yang lain hanya mengangguk faham.

My AI BodyGuard TwinWhere stories live. Discover now