Suara-suara desahan yang terdengar dari bilik bersebelahan di hiraukan sahaja. Nadhif segera menukar baju sekolah. Seperti biasa, dia akan bertugas di cybercafe petang ini.
Tempat ini ibarat neraka. Lebih tepat lagi, sarang pelacuran. Setiap hari, ada sahaja lelaki berlainan rupa yang datang ke sini untuk'menguli' Marissa. Dia tidak pasti adakah Marissa menyediakan perkhidmatan seks atau apa. Tapi yang pastinya, dia tak selesa dengan suasana rumah ini.
Bauan alkohol sentiasa mengitari suasana tempat ini. Bahkan di peti sejuk juga Marissa menyimpan stok bekalan botol - botol arak di situ. Tempat ini benar-benar jauh dari rahmat Tuhan.
Terburu-buru Nadhif keluar dari situ. Suara erangan yang bergabung dengan desahan nyaring benar-benar membuatkan nya tak selesa. Dia terfikir sejenak, adakah sama bunyi itu seperti haiwan mengawan? Nadhif ligat bermain dengan fikiran nya sendiri.
Setelah keluar melalui pintu, Nadhif menghembus nafas kelegaan. Akhirnya suara desahan dan erangan tidak lagi kedengaran. Hanya suara kanak-kanak di flat itu sedang bermain riang ria sahaja yang terdengar. Dia meneruskan langkahnya ke cybercafe dengan penuh ketenangan.
Sebaik sahaja sampai, dia ke bilik pejabat Abang Rizqin. Di situ belum terlihat kelibat majikan nya. Nadhif pelik. Biasanya waktu-waktu sebegini Abang Rizqin sememangnya ada di dalam bilik. Dia menutup semula pintu setelah hampa melihat ketiadaan Abang Rizqin di situ.
Nadhif petang itu hanya santai dengan pembacaan. Semua kerja sekolah sudah di siapkan terlebih dahulu sewaktu di sekolah tadi.
Dia terbuai dengan pembacaan genre misteri tersebut. Larut dengan plot cerita detektif Sherlock Holmes yang bijaksana dalam menjalankan penyiasatan. Nadhif turut rasa takjub dengan kebolehan luar biasa watak utama itu. Sungguh teliti dan terperinci setiap kaedah penyiasatan nya. Selebihnya dia memberikan kredit yang tinggi dan pujian kepada Sir Arthur Conan Doyle kerana berjaya menghasilkan sebuah karya yang sangat kreatif dari segi ilmiahnya.
"Khusyuk nampak Dhif" Kepala didongakkan ke atas. Wajah ceria Abang Rizqin di teliti.
"Cerita best ni bang, sorry saya tak perasan bang Riz dah sampai" Buku bacaan terus ditutup kemas setelah helaian terakhir yang belum dibacanya di lipat.
"Takpe, lagipun abang lupa nak bagitau Dhif kelmarin. Hari ini abang memang lewat datang. Banyak urusan kena settle kan"
Nadhif melihat Abang Rizqin meletakkan sebuah kotak kek di hadapannya.
"Jom makan sama-sama. Ada orang belanja abang ni. Dia kata, sempena belated birthday abang yang sepatutnya kena sambut bulan lalu"
Mereka menikmati kek coklat indulgence bersama di dalam bilik pejabat Abang Rizqin dengan ditemani sebotol pepsi. Nadhif tersandar kekenyangan di bangku. Terlalu banyak potongan kek yang berjaya dihadamnya. Untung juga menumpang rezeki Abang Rizqin. Sekurang- kurangnya, dia dapat juga merasai kek yang jarang sekali dia nikmati seumur hidupnya.
"Alhamdulillah... Dah lebih dua puluh tujuh tahun abang hidup di dunia ni. Dah lebih banyak kali juga birthday abang di sambut. Last sambut birthday masa abang berumur dua puluh tahun arwah abah meninggal dunia. Waktu tu, abang down sangat bila orang yang abang paling sayang pergi tinggalkan abang jauh dari dunia ni"
Nadhif senyap. Hanya membiarkan Abang Rizqin larut mengenang masa lalu nya sewaktu bersama arwah abah nya. Dia tidak pernah merasai kehilangan. Kerana dia di tinggalkan dari dia lahir. Namun walaupun begitu, dia setia mendengar curahan rasa Abang Rizqin yang telahpun merasai sebuah kehilangan dalam hidupnya.
YOU ARE READING
Only Him
Ficción GeneralManusia itu dilahirkan bersih. Manusia jugalah menconteng nya dengan kekotoran.