Lembaga Hitam Bertanduk

10 3 0
                                    

Credit To:

Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas tapi masih segar dalam ingatan aku. Kejadian itu berlaku apabila aku pulang dari melihat tapak perumahan baru di salah sebuah negeri di Malaysia. Mak Cik aku berniat untuk melihat kawasan perumahan baru dan mengajak aku untuk turut serta. Aku terus mengangguk tanda setuju, siapa yang tidak mahu berjalan-jalan.

Perjalanan ke tapak perumahan baru mengambil masa dalam 1 jam.  Dalam pukul 2 petang lebih kami sampai ke kawasan perumahan tersebut. Kawasannya agak luas dan terdapat beberapa buah perkampungan penduduk asal.  Kami perlu masuk ke dalam sedikit untuk melihat kawasan rumah yang baru di  bina.

Usai turun dari kereta, aku rasa kawasan ini agak sunyi dan terpencil, maklumlah kawasan perumahan yang baru diterokai. Di sana terdapat gunung yang digunakan sebagai kawasan tapak kuari dan terdapat banyak debu. Kami tidak dapat duduk lama kerana keadaan tidak selesa, kami terus pulang ke rumah.

Sesampainya dirumah, aku terus masuk bilik dan terlelap.  Sewaktu aku tidur aku terdengar bunyi orang berbisik di telingaku, aku cuba mengiring ke kanan tapi aku seakan beku. Aku tidak boleh mengerakkan jariku, badanku aku serasa kaku. Aku cemas aku cuba mengeluarkan suara namun tidak ada bunyi yang keluar daripada kerongkong ku.

Aku merasakan ada sesuatu yang berat cuba naik ke atas katil, apabila aku buka mata makhluk itu sudah berada di atas tubuh aku. Makhluk yang berwarna hitam, bertanduk dan berbulu lebat menekan dada ku. Makhluk itu tersangatlah besar sehingga tanduknya mencecah ke siling rumah.

Aku cuba membaca ayatul kursi sebagai pelindung diri, aku baca dalam keadaan takut dan cemas. Aku tidak tahu bacaan aku itu betul atau salah yang aku tahu aku dalam ketakutan yang amat sangat.

"Ha, Ha, Ha, Ha, Ha, makhlus itu mengilai dan menunjukkan giginya yang tajam dan mata merah yang sangat mengerunkan. " Aku tak takut, kau baca la lagi" Nadanya mengejek. Aku makin cemas, bacaan aku mula terabur. "Bacaan kau salah, aku tak takut" ejeknya lagi sambil menekan dada ku.

Aku pejam mataku dalam-dalam dan berdoa sepenuh hati, "Ya Allah selamatkan aku".

"Allahu Akbar" kedengaran suara azan bergema daripada surau berdekatan, makhlus itu hilang secara tiba- tiba. Dengan sepenuh kekuatan aku bangun dan meraup wajahku. " Allahamdulilah, syukur Ya Allah Kau selamatkan aku Ya Allah.


SUNYI?Where stories live. Discover now