❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
" ibu ? "
Kaki kecil itu berjalan perlahan-lahan ke susuk tubuh seorang wanita yang terduduk di lantai . Tangan memeluk sebuah patung arnab . Iris berwarna hazel itu bulat memandang ibu dan bersama seorang lelaki hadapannya . Mereka berdua tidak menyedari akan kehadirannya . Suara ibu kedengaran ketakutan dan merayu kepada seorang lelaki .
" tolong ! jangan bunuh aku ! " Sang lelaki tersenyum lebar dan menakutkan . Sebilah pisau di tangannya di angkat tinggi . Cukuplah hati dia sakit kerana perempuan ini . Dia sangat mencintai Nayla . Tapi Nayla lebih memilih kawan baiknya . Apa yang baik sangat tentang jantan tak guna itu sampai sanggup tolak aku mentah-mentah ?
" kau kejam "
Dia ? kejam .
" kau lagi kejam , Nayla " apa perempuan itu tidak tahu akan perbuatannya selama ini ? atau buat-buat lupa ? heh .
Nayla memandang pisau itu bersama air mata yang mengalir . Dia memalingkan wajah ke tepi . Saat dia berpaling , seorang budak kecil berumur 2 tahun menyapa mata redupnya . Nayla tersenyum manis . Anak ibu . Mungkin ini pertemuan terakhir kita . Maafkan ibu , sayang . Ibu tak dapat nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk Daisha . Jadi anak yang baik , solehah .
Abang , halalkan makan minum Nayla . Maafkan Nayla . Nayla cintakan abang . Jaga anak kita baik-baik . Nayla sayang abang .
Darah merah pekat terpercik ke wajah Daisha . Kanak-kanak itu kaku . Wajah ibu ditatap . Ada darah mengalir dari tubuh ibu . Anak mata ibu memandang tepat ke arahnya dengan air mata yang turun . Daisha tidak berkelip . Ibu ? Kenapa ada warna merah dekat wajah ibu ? Daisha lupa apa benda tu . Tapi babah ada beritahu masa jari ibu sakit . Daisha beralih pula ke pisau yang tertancap di dada Nayla . Wajah Daisha memucat . Pelukan patung arnab terlepas .
" Allahuakbar ! Nayla ! "
" ibu ! "
Daisha bangun mengejut . Dadanya turun naik . Peluh mula membasahi dahi dan leher gadis itu . Daisha menepuk perlahan dadanya . Mahu menenangkan dirinya . Dia memandang sekeliling . Daisha masih di biliknya . Nafas dihela perlahan . Daisha meraup wajahnya yang berpeluh . Kenapa mimpi itu masih berulang-ulang ? Kejadian beberapa tahun yang lepas . Daisha cuba melupakan tapi ia masih bermain-main di fikiran .
Daisha menguak rambut hitam ke belakang . Dah lewat . Dia terlajak subuh . Lagi pula Daisha perlu bersiap-siap untuk ke majlis itu nanti . Daisha menyelak blanket . Tubuh genit itu turun daripada katil . Daisha mengeluh lagi . Dia malas nak pergi majlis itu . Tapi dia terpaksa sebab nak jaga hati rakyat-rakyat Irschogard . Kalau tak , tak ada makna dia nak pergi . Kaki melangkah ke tandas untuk membersihkan diri .
YOU ARE READING
OG | His Princess : Fawwaz Haidar
Romance[ ONGOING ] KARYA KEDUA ❝ 𝙩𝙝𝙚 𝙩𝙧𝙪𝙩𝙝 𝙞𝙨 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙥𝙖𝙞𝙣𝙛𝙪𝙡 𝙖𝙨 𝙙𝙞𝙨𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙖 𝙡𝙞𝙚 ❞ Daisha Zakia | Fawwaz Haidar Kisah percintaan dua derajat . Mafia dan Puteri Diraja . " janji jaga dia , bimbing dia . berikan kas...