1

2.5K 186 10
                                    

Jam di dinding terus berdetak. Sesekali, matanya memerhati sekeliling ruang.

Menanti seseorang.

Meja diketuk perlahan.

Nafas dihela berat.

'Jangan bagi aku harapan palsu please,' getusnya. Bawah bibir digigit kecil.

Bunyi loceng rumah menyapa di cuping telinganya. Leher terus dipanjangkan memandang luar balkoni.

Tanpa melengahkan masa, kaki laju menuruni anak tangga menuju ke pintu keluar.

"Jemputlah masuk," kedengaran sayup suara Cik Ita dari tingkat bawah membuatkan kakinya makin laju menuruni anak tangga. Tangga yang terakhir dilepasi dan wajah yang ditunggu olehnya selama ini, menyapa di retina matanya.

Seperti biasa, wajah yang beku dan tiada riak.

Perlahan-lahan, dia mendekati.

Memandang wajah antara satu sama lain.

Mengamati setiap memori pahit manis yang telah dilalui oleh mereka.

"Aih, rindu betul ni sampai tak sempat nak duduk," celah Cik Ita tiba-tiba menyentakkan mereka berdua dari terus bertentang mata.

"Ajaklah Meera tu duduk dulu Zay, Cik Ita nak buat air dulu." jelas Cik Ita lalu dia terus melangkah masuk ke ruang dapur. Zameera hanya tersenyum hambar.

Kekok.

"Em..., kita duduk luar." ujar Radzif lalu dia terus melangkah meninggalkan Zameera. Zameera hanya diam dan menurut. Langkah Radzif dibuntuti.

Mereka berdua terus melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan dengan kolam renang.

Suasana sunyi.

Tiada siapa yang berani untuk membuka mulut, memulakan perbualan.

Zameera membuang pandangan ke arah kolam, Radzif hanya menunduk sambil jarinya tidak henti mengusap jari yang lain.

"Mana proposal yang kau kata tu?" Zameera memulakan perbualan. Radzif terus mengangkat kepala memandang Zameera namun Zameera tidak memandang ke arahnya. Masih statik memandang ke arah kolam renang.

"Ada," balas Radzif perlahan.

Tanpa menoleh, Zameera menghulurkan tangannya meminta Radzif memberikan proposal tentang bangunan yang bakal dibina di Italy.

Radzif terpinga-pinga. Tangan Zameera yang berada di atas meja itu dipandang dengan mata yang terkebil-kebil.

Wajah dan tangan Zameera dipandang silih ganti sebelum tangannya perlahan-lahan diletakkan di atas tangan Zameera. Zameera terus menarik kasar tangannya dari disentuh Radzif.

Wajah Radzif dipandang dengan riak pelik. Radzif hanya mengangkat kedua kening tanda tidak mengerti.

"Aku nak proposal tu lah bodoh! Yang kau bagi tangan kau ni kenapa?" soal Zameera bengang.

"Oh ya ke? Kenapa tak cakap? Proposal tu ada dekat atas." jelas Radzif seraya menggaru dahinya perlahan.

"Ha lepas tu? Pergilah ambil kau tunggu apa lagi?" soal Zameera geram. Radzif terus mengangguk faham lalu dia mula bergerak naik ke atas bagi mengambil file yang diminta oleh Zameera.

Zameera tergeleng perlahan. Tidak lama selepas itu, Radzif muncul kembali dengan file yang diminta oleh Zameera. Zameera terus mencapai file itu dari tangan Radzif lalu setiap halaman diperhati satu-persatu.

Radzif hanya memerhati. Wajah Zameera ditenung seketika.

Tipulah jika dia berkata, dia tidak rindu wajah beku dan bengis ini.

"Ha nah, sorry lambat. Ada lipas dekat dapur tadi." celah Cik Ita tiba-tiba seraya meletakkan dua cawan kaca terisi air oren sejuk di atas meja. Zameera hanya tersenyum kecil.

Radzif memerhati Cik Ita masuk kembali ke dalam rumah lalu pandangan dialihkan memandang Zameera kembali.

Tekun benar wajahnya meneliti setiap halaman. Entah macam mana boleh tukar bidang dari bodyguard ke pengurus syarikat.

"Ehem...!" Radzif berdehem seketika. Cuba menarik perhatian daripada Zameera namun Zameera hanya menghiraukan dirinya.

"Ehem hem...!" Radzif berdehem lagi namun masih sama. Zameera sedikit pun tidak memberi perhatian kepada dirinya. Radzif mengetap bibirnya kecil.

File ditangan Zameera terus dirampas kasar lalu ditutup dan diletakkan di atas meja. Zameera terus memandang Radzif lalu keluhan berat dilepaskan.

"Apa lagi kau ni?" soal Zameera dengan nada bosan.

"We need to talk," ujar Radzif. Zameera hanya menayangkan riak wajah bosan. Sudah boleh mengagak apa yang bakal keluar dari mulut Radzif.

"It's been a while since we lost contact for a past few months. Dan kau muncul balik depan aku, lagak seperti tiada apa berlaku. Aku tak faham," jeda Radzif. Tubuh didekatkan ke meja.

"Aku tak faham kenapa kau lagak seperti biasa. Lepas apa yang jadi beberapa bulan lepas, kau langsung tak ada khabar berita. Kenapa kau macam ni? Kenapa kau selfish?" soal Radzif bertubi-tubi. Zameera hanya diam tidak membalas.

"Answer me Zameera Razia!" jerkah Radzif. Zameera terus memandang wajah Radzif tajam.

"Kau suruh aku datang sini, sebab nak bincang pasal project sahajakan?" soal Zameera. Radzif terus berkerut kening.

"Please, act professional. Aku datang sini sebab nak bincang pasal project dan bukan pasal perkara peribadi yang hanya membuang masa aku." sambung Zameera lagi lalu berura-ura ingin beredar. Radzif terus menangkap lengan Zameera.

"Is it me or you who should act professionaly? Kau patut tahu dekat mana kita boleh bincang pasal kerja dan pasal peribadi. This is not an office hour." jelas Radzif. Zameera terus memandang wajah Radzif tajam lalu tangan Radzif ditepis kasar.

"Aku tak ada masa nak bincang pasal benda ni." balas Zameera lalu dia terus berjalan menuju ke pintu keluar.

Radzif menghentakkan tangannya ke atas meja lalu dia terus mengikuti langkah Zameera laju.

"Zameera Razia!" panggil Radzif namun Zameera hanya menghiraukan dirinya.

Di saat Zameera menarik daun pintu, wajah Dato' Razif menghiasi retina matanya. Zameera terus terkaku.

"Eh, Zameera?" sapa Dato' Razif pelik. Matanya terarah ke Radzif yang berada di belakang Zameera.

"U-uncle," balas Zameera kembali. Senyuman kekok diberikan kepada Dato' Razif. Radzif tersenyum sinis dibelakang Zameera.

'Thanks pa!' getus Radzif.

"Nak ke mana ni? Bila sampai?" soal Dato' Razif.

"N-nak balik dah uncle." balas Zameera gugup.

"Lah..., nak balik dah?" soal Dato' Razif. Zameera hanya mengangguk seraya tersenyum palsu.

"Oh ha ya lah, hati-hati ya bawa kereta tu. Dah malam ni." pesan Dato' Razif lalu dia menganjak sedikit ke tepi bagi memberi ruang kepada Zameera untuk keluar rumah.

Radzif terus memandang wajah Dato' Razif tidak percaya.

Zameera yang sudah masuk ke dalam keretanya itu hanya mampu dipandang pasrah.

"Tengok apa lagi?" soal Dato' Razif sebaik sahaja kereta Zameera beredar keluar dari rumahnya. Radzif memandang wajah papanya lalu dia mengeluh. Langkah terus diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Dato' Razif hanya memandang sosok tubuh anaknya sepi.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now