3

1.4K 130 4
                                    

"Bos tak masuk office ke?" soal Saidatul di dalam panggilan.

"Tak, MC." jelas Radzif pendek tanpa nada.

"Mana boleh macam tu bos. Hari ni kan kita ada appointment penting dengan-,"

"Extend hari esok." arah Radzif lalu dia terus mematikan panggilannya.

Kepala dipanjangkan memandang sekeliling lobi tersebut. Mencari sosok tubuh Zameera.

Selang beberapa saat, sosok tubuh Zameera menyapa retina mata Radzif. Radzif terus bangun dari duduknya lalu suit nya dikemaskan sedikit. Senyuman manis dilemparkan kepada Zameera.

Zameera berjalan mendekati Radzif dengan riak wajah dingin tidak berperasaan.

"Ready?" soal Radzif. Zameera hanya diam tidak membalas.

"Okay kalau macam tu, jomlah." jelas Radzif lalu dia mengarahkan Zameera untuk jalan dahulu.

"Akak!" panggil seseorang memberhentikan langkah Zameera dan Radzif. Zameera terus menoleh memandang ke arah suara yang memanggilnya.

"Kau nak pergi lunch ke? Aku ikut." jelas Zameer. Zameera memandang wajah Zameer dengan kerutan di dahi.

"Zam, bibir kau lebam tu kenapa?" soal Zameera pelik. Zameer terus menjeling Radzif sekilas.

"Haahlah, kenapa dengan bibir kau tu Zam?" soal Radzif penuh kepalsuan. Zameer memincingkan matanya memandang Radzif sekilas lalu dia memandang wajah Zameera kembali.

"Tak ada apa, aku terjatuh tadi." jelas Zameer lalu dia memandang ke arah Radzif.

"Oh..., itulah kau, aku dah cakap dah buat cermin mata. Kau tu sejak zaman U lagi dah rabun tapi degil tak nak percaya cakap senior kau ni." ujar Radzif panjang lebar. Zameer hanya tersenyum palsu ke arah Radzif.

"Haih kau ni..., macam-macamlah." balas Zameera seraya menggeleng perlahan. Langkah diteruskan menuju ke pintu keluar.

"Lain kali hati-hati ya?" pesan Radzif lalu bahu Zameer ditepuk perlahan dua kali. Baru sahaja Zameer ingin menendang punggung Radzif, Radzif terlebih dahulu melarikan diri.

Zameer mengetap giginya kuat.

'Tak guna kau Zay...!' getus Zameer lalu mengatur langkah mengikuti Radzif dan Zameera.

-----------------------------------------------------------------

"H-hello bos?" Saidatul terus menjauhkan skrin telefon dari telinganya lalu skrin telefon dipandang.

"Tak guna betul...! Dia letak call?" gumam Saidatul perlahan lalu telefon itu dihempas perlahan ke atas meja.

"Ni appointment penting kot! Suka-suki hati dia je cancel? Eee...! Sabar je lah aku...!" gumam Saidatul lagi. Tangan digenggam erat lalu dihentakkan ke atas meja perlahan.

"Eh Sai, kau pahal ni?" sapa Syasha tiba-tiba. Saidatul memandang Syasha sekilas lalu menjeling.

"Tak ada apalah...!" balas Saidatul dengan suara yang ditahan. Syasha berkerut kecil.

"Lah ceritalah dengan aku, mana tahu aku boleh tolong?" jelas Syasha lembut.

"Betul kau boleh tolong?" soal Saidatul kembali. Syasha terus mengangguk laju seraya tersenyum lebar.

"Okay..., aku nak minta tolong. Tolong jangan sibuk pasal aku. Kau jaga tepi kain kau je jangan jaga tepi kain aku." jelas Saidatul lalu dia terus berpaling dari memandang Syasha. Syasha yang tadi tersenyum itu perlahan-lahan senyumannya mati.

"Okay...," balas Syasha perlahan lalu dia terus beredar dari tempat Saidatul. Saidatul hanya menjeling Syasha tajam.

"Sibuk...! Buat je lah kerja sendiri nak sibuk pasal kerja aku kenapa?" omel Saidatul perlahan lalu terus mendail nombor telefon syarikat Cr's Sdn.Bhd bagi memaklumkan pembatalan mesyuarat.

Saidatul terus menyandarkan tubuhnya kasar sebaik sahaja panggilan itu ditamatkan. Dia mengeluh berat.

Mata dipejam sesaat lalu dipicit perlahan.

"Haih..., tak pasal-pasal aku kena bebel dengan orang tua tu. Boss ni pun satu, suka-suka hati dia je nak cancel! Yang hadapnya aku juga!" bebel Saidatul seorang diri.

Seketika itu, telefon pintarnya berdering. Saidatul terus memandang ke arah telefon pintarnya lalu dicapai.

Skrin telefon dipandang dengan kening yang berkerut.

Dalam ragu-ragu, Saidatul mengangkat panggilan telefon itu.

"Hello," sapa Saidatul sebaik sahaja panggilan dijawab.

"Hello there," kedengaran suara seorang wanita membalas kembali. Lembut sahaja suaranya.

"Who is this?" soal Saidatul nada pelik.

"Your name is Saidatul right?" soal wanita di dalam panggilan itu.

"Yeah, that's my name. Who are you?" soal Saidatul lagi.

"Don't rush, dear. Aku call kau just want to make sure, this is the correct number or not. Aku akan contact kau lagi selepas ini. See you soon, Saidatul." jelas wanita di dalam panggilan itu lalu panggilan terus ditamatkan.

Saidatul menjauhkan skrin telefon dari cuping telinganya lalu skrin telefon dipandang. Nombor yang tertera diperhati.

'Ni bukan number Malaysia,' getusnya lalu bawah bibir digigit kecil. Cuba mengecam suara wanita itu kembali.

'Aku tak ada sedara-mara luar negara, macam mana number aku boleh sampai ke luar negara? Scammer ke?' getusnya lagi lalu kepala digeleng perlahan. Telefon dimatikan lalu Saidatul mula kembali fokus ke skrin komputer.

-----------------------------------------------------------------

Dia tersenyum kecil. Nombor yang baru didail tadi dipandang.

Telefon pintar diletakkan di atas meja lalu kerusi dipusing menghadap luar tingkap.

Kesibukkan bandar Berlin, German dipandang tiada perasaan.

"Luther!" panggilnya kuat. Selang beberapa saat, seorang lelaki lengkap berpakaian suit menghampirinya.

"Ja Frau?" soal Luther.
(Yes Miss?)

"Kauf mir ein Ticket nach Malaysia. Ich möchte so schnell wie möglich sein." jelasnya.
(Belikan aku satu tiket ke Malaysia. Aku nak secepat yang mungkin.)

Luther hanya mengangguk faham lalu dia terus menghalau Luther beredar keluar.

Bibirnya menguntum senyuman sinis.

Bodyguard's Girl : Reunited Where stories live. Discover now