Bab 32

4.1K 137 6
                                    

Tangan ditarik dibawa ke tangga hospital bersama air mata masih tidak henti mengalir. Zyaire hanya memerhati Mia dan masih menunggu Mia membuka bicara. Saat Zyaire hendak memeluk gadis itu, tangannya kuat menolak.

"Jangan sentuh saya!" bentak Mia.Laju kekura tangannya mengusap air mata yang tersisa serta cuba mengawal emosi saat itu.

"Tell me, Mia. Kenapa jadi macam ni?" soal Zyaire.

Lantas bibirnya mengukir senyuman sinis.Tiba-tiba tawanya kedengaran, tawa sedih bersama air mata. Zyaire mula hairan dengan gadis itu, yang seakan-akan hilang kewarasan kerana tawanya.

"Mia!" panggil lelaki itu serentak memegang kedua-dua bahunya.

"Lepaslah! Saya tak nak tangan jijik awak sentuh saya lagi!" bentaknya menepis kuat tangan lelaki itu.

Zyaire membiarkan saja tindakan gadis itu. Saat itu diri Mia dikuasai dengan kemarahan dan emosinya tidak terkawal.

"Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni, Zyaire. Kenapa awak kejam sangat dengan saya? Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?!"

"Apa yang aku dah buat? Kau cakap dengan aku,Mia"

"Tak payah nak tunjuk bodoh la, Zyaire! Awak cemburu saya dengan Luthfi, kan? Sebab tu awak hantar semua bahan yang ada kaitan dengan kerja baba yang dulu dekat rumah baba."

"Apa yang kau cakap ni?"

"Baba jatuh sakit disebabkan awak! Ibu jatuh sakit disebabkan awak! Awak kejam, Zyaire!" Tangannya laju memukul Zyaire.

Dia tidak berganjak sedikit pun malah cuba menarik Mia dalam pelukannya namun gadis itu keras menolak. "Mia, kita balik rumah dulu.Ceritakan semua dekat aku." pujuknya dengan lembut.

"Cukuplah Zyaire, saya bukan budak tadika nak tertipu dengan awak. Kenapa awak tak pernah nak hargai saya? Kenapa awak selalu sakitkan hati saya? Tak cukup lagi ke apa yang saya dah buat selama ni?" tangisnya.

"Apa bukti kau yang aku punca semua ni?" soal Zyaire mula dingin dengan Mia.

"Tak perlu bukti, hanya kita berdua je yang tahu pasal benda. Siapa lagi kalau bukan awak yang hantar benda tu.Awak yang simpan semua tu."

"Mia, aku-"

"Kalau apa-apa jadi pada baba dan ibu, saya tak akan maafkan awak sampai saya mati, Zyaire." katanya lantas pergi meninggalkan Zyaire dalam tanda tanya.

"Arrhhhh!!" satu pukulan hinggap di dinding menyebabkan darah pekat mula mengalir hingga ke pergelangan tangannya. Rasa sakit tidak menganggu dirinya sedikit pun kerana saat itu hatinya dipenuhi dengan kemarahan atas perkara yang berjaya memecahkan hubungannya dengan gadis yang telah mengisi hatinya.

🖤🖤

"Ibu, Mia dekat sini ada dengan ibu. Ibu jangan risau sangat pasal tu." kata Mia sambil mengusap lembut kekura tangan ibunya yang baru saja sedar.

Tersenyum kelat wanita itu sayu memandang anaknya."Baba kamu macam mana? Ada apa-apa perkembangan?"

"Doktor kata baba mungkin mengambil masa yang lama untuk sedarkan diri dan dia cakap yang tindakan cepat ibu dapatkan bantuan telah menyelamatkan baba daripada terjadi benda yang lagi teruk. Jadi ibu tak perlu risau, inshaAllah baba akan sedar tak lama lagi."

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now