Ada serangan dari luar, rupanya ada kaum lain yang tinggal di luar sudah lama mencari peluang untuk menyerang Bandar itu dan menghapuskan jantung lautan.
Dalam jantung lautan terdapat sebiji Kristal berwarna merah. Ia hanya sekecil guli, sesiapa yang mendapat Kristal itu dan memakannya, ia akan mendapat kuasa berlipat kali ganda selain dapat menyerap semua kuasa. Saya menjadi tenang semula. Nasiblah déjà vu itu tidak dipaparkan di dinding. Dinding itu tidak dapat bertindak balas dengan ramalan saya kerana ia berlaku dengan cepat. Saya mesti keluar dari dalam bilik ini dengan segera!
"ZERONE! Lepas kan saya! Tolong, lepaskan saya! Saya sudah tahu apa yang menyerang Bandar kamu!"
Saya mengetuk kuat dinding itu. Tidak berapa lama kemudian ia terbuka. Lelaki itu memandang saya. Serius.
"Kau sudah tahu? Siapa yang buat? Angkara siapa?"
"Tapi dengan syarat bawa saya ke jantung lautan dulu"
"Kau mau buat apa?"
"Saya ingin serahkan jiwa saya"
Lelaki itu tersenyum.
"Kau sudah fikir masak masak?"
Saya mengangguk.
Akhirnya saya dibawa ke jantung lautan. Di sana, saya disuruh masuk ke dalam.
"Urat jantung lautan akan masuk ke dalam fikiran kau, kau harus benarkan ia"
"Baiklah"
Pintu itu tertutup. Sebaik saja ditutup saya terus berenang menuju ke atas, urat jantung lautan mula mencari keberadaan saya.
Saya mengelak dengan pantas. Dalam keadaan agak sempit itu saya mula masuk ke dalam satu ruangan yang penuh dengan gelembung pelbagai warna. Saya boleh melihat bola Kristal itu memancar. Kaum yang menyerang tempat ini akan datang pada bila bila masa, mereka akan menyerang jantung lautan ini terlebih dahulu, saya mesti cepat!
Bommm~!!! Cermin pertahanan Bandar di bawah laut sudah diserang, kemungkinan besar mereka sekarang mula bertindak, mereka membuat bulatan besar untuk melindungi jantung lautan. Saya sudah sampai di depan bola Kristal itu.
Perlahan lahan saya memegangnya. Ketika menyentuh bola Kristal itu urat jantung sudah berjaya menyentuh kulit saya. Ia seolah olah menarik saya dan segala tenaga saya gunakan untuk menarik bola Kristal itu. Malangnya ia seperti melekat di sana dan enggan putus. Akhirnya saya mencari jalan lain untuk menunduk dan memasukkan bola Kristal itu ke dalam mulut saya. Saya mengigit hujung yang menjadi perhubungan dengan urat jantung dan... tasss~ ! ia putus serta merta. Seperti ada benda hidup dalam mulut saya, saya terus menelannya tanpa berfikir panjang lagi.
Pada masa yang sama, jantung lautan telah diserang dari atas, mereka gunakan senjata tinggi menghancurkan lapisan kulit jantung lautan, ia terbelah serta merta. Saya pula ditarik sehingga ke bawah, tangan saya dipegang, rupanya lelaki itu cuba selamatkan saya. Dia membawa lari sebelum kumpulan jahat itu menyerang kami.
Saya dibawa naik di atas satu alat canggih seperti motorboat,
"Peluk belakang saya dengan kuat! Kita akan tinggalkan Bandar ini, ia tidak selamat lagi!"
"Bagaimana dengan yang lain?"
"Mereka akan uruskan kumpulan penceroboh itu"
Saya memeluk pinggang lelaki itu. Jam di tangan saya mula berkelip, saya terkejut ada perkataan connected successfully. Dengan pantas saya menekan punat dan dari jauh kapal selam itu keluar dari tempat dikurung. Lelaki itu terkejut. Saya melepaskan pelukan saya dan saya masuk ke dalam kapal selam sebaik saja pintu itu dibuka.
"Marinaaaa!" jeritan lelaki itu saya tidak pedulikan lagi. Cepat cepat saya menuju ke meja kawalan. Saya memasang semua yang perlu. Saya mengaktifkan senjata dan mula menyerang balas kumpulan itu dari belakang.
Zapppp~!!! Zappp~!!! Pertarungan sengit tidak ubah seperi di dalam filem fantasy dan kini saya pula yang menjadi watak utamanya. Serangan balas berganti, saya membantu mereka untuk seketika agar mereka tidak diserang, saya lepaskan 100 butir bom kecil lalu ia meletup di sana juga. Saya tingkatkan kelajuan kapal selam.
Lalu hilang dari pandangan mereka akhirnya. Saya mengubah laluan. Mana mungkin saya akan mengikuti mereka. Selepas laluan diubah, sebelum menuju ke permukaan lain, saya tekan butang lutsinar, kapal selam hilang dari radar mereka.
Mereka tidak akan dapat mengesan kapal selam ini dengan mesin lutsinar yang sudah diaktifkan. Tentu mereka menjerit kemarahan sekarang.
Pada masa yang sama saya mengaktifkan talian perhubungan ke makmal.
"Noel! Noelll! Kau boleh dengar suara saya?"
Tiada tidak balas. Saya meningkatkan kelajuan tinggi. 45 minit kemudian saya tiba di permukaan laut. Saya tidak tahu di sebelah mana tapi memang saya berada jauh dari kawasan segitiga Bermuda. Saya cuba berhubung dengan Noel sekali lagi. Kemudian saya melihat sensor, saya berada 3000km dari sasaran. Patutlah terputus hubungan. Patutkah saya kembali? Kalau bayangan saya tidak silap, Bandar itu sudah dilanda tsunami. Makmal Noel berada berdekatan sudah pasti ....
Saya tidak percaya dia boleh mati begitu saja, dia mempunyai banyak peralatan canggih dan mustahil dia tidak membuat persediaan awal jika terdapat bencana alam melanda. Saya menekan punat, selain dari kapal selam, nampaknya kapal ini juga boleh terapung di udara. Saya mula menekan kod, malangnya ia dikunci oleh kata laluan. Saya menekan kata laluan. Gagal. Haisss!
Kenapalah Noel pasang kata laluan ni, saya menekan lagi. Gagal. Jangan jangan nama penuh dia, bisik saya. Lalu saya menekan, NOEL UKRAINE BLOOD. Tit! Akhirnya saya boleh mengawal kapal selam ini sepenuhnya!
Kapal selam itu sudah berubah menjadi kapal terapung, saya terus mengaktifkan kelajuan. Pada masa yang sama saya mendengar satu suara masuk, jauh dan putus.
"Maa.rina... Marinaaa kau di sana??"
"Noel! Kau di manaa"
"Marina... makmal... diserang tsunami... saya ...selamat .."
"Noel! Kau di mana sekarangg!"
Talian perhubungan terputus lagi. Tiba tiba hujan mula turun mencurah curah. Noel di mana? Saya cuba mencari keberadaanya sehingga saya terlupa bola Kristal sudah berada di dalam badan saya. Dalam perjalanan itu tiba tiba badan saya membuat hal, suhu badan saya mula tidak menentu, seperti ada benda yang bergerak gerak dari dalam badan menuju ke jantung saya.
Denyutan jantung saya makin pantas. Badan saya berpeluh peluh, baru saya teringat yang saya telah menelan bola Kristal tadi. Saya tidak tahu apakah benda itu tapi saya yakin benda itu memang bernyawa dan memang dikehendaki oleh kaum yang menyerang Bandar dalam laut itu. Zerone sudah pasti ingin mencari saya sekarang ini. Pandangan mata saya makin berpusing pusing.
Sebelum saya jatuh pengsan, saya sempat menekan butang auto-pilot lalu saya terbaring di lantai begitu saja.
YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...