Saya sudah lupa saya hilang untuk berapa lama, cincin pemberian Noel masih dipakai oleh saya. Ada kalanya saya terlalu rindu padanya Cuma saya tidak tahu jalan pulang. Saya sudah dikawal ketat oleh manusia yang hidup di dasar lautan ini. Saya walaupun tidak dikawal sepenuhnya, akhirnya mereka membiarkan saja bola Kristal itu hidup di dalam badan saya. Warna rambut saya juga sudah berubah menjadi warna kekuningan, mungkin tindakbalas dari persekitaran saya.
Hari itu saya menuju di salah satu tempat. Kali ini saya tidak dikawal lagi, Bandar bawah lautan kali ini dilindungi oleh cermin besar, melalui cermin besar itulah sempadan menuju ke dunia manusia, jalinan masa di sini dengan dunia sana sangat jauh bezanya. Hari itu saya sempat membuat beberapa andaian, 3 jam saya berada di dalam laut, bermakna masa di luar sudah berlalu selama 3 minggu. Kali ini mungkin saya sudah hilang selama bertahun tahun. Adakah Noel masih menunggu saya? Adakah Noel masih hidup atau sebaliknya? Saya rindukan Noel.
Perasaan saya sangat sedih. Tidak sangka dalam perasaan sedih itu, warna kulit saya berubah menjadi kemerah merahan. Manusia lautan yang melihat ke arah saya, mereka juga mengalami kesedihan itu, Cuma mereka tidak tahu apa puncanya. Perasaan sedih itu tiba kepada lelaki yang mencintai saya dalam diam. Tiba tiba saja dia muncul di belakang saya.
"Marina, kau bersedih?"
Saya tidak memandang ke arahnya. Saya diam. Perlahan lahan dia cuba memeluk saya.
"Maafkan saya jika selama ini saya kurung kau di sini, saya tidak mau kehilangan kau, kau terlalu istimewa buat saya" beritahunya.
Saya memandang ke arahnya. Dia menunduk.
"Pandang saya Zerone"
Lelaki itu perlahan lahan mengangkat muka.
"Pertama, saya memang marah pada kau kerana membuat saya percaya pada kata kata kau pasal dunia manusia"
Dia tidak menjawab.
"Kedua, saya memang mau pergi dari sini tapi kau culik saya kembali"
"Ketiga saya....!"
Tiba tiba Zerone bertindak pantas menangkap bahu saya dan memegang kepala saya, dia mencium saya dengan perlahan lahan.
Saya terkejut bukan kepalang. Dalam ciuman itu saya dapat rasakan getaran cinta datang dari dirinya. Dia menutup mata, dalam fikirannya itu dia memberitahu saya bertapa dia begitu mencintai saya lebih dari segala galanya, dia rela berkorban jika dia tahu saya ingin meninggalkan dia. Saya menjadi bingung dengan percintaan seperti ini. Dalam diri saya masih ada Noel. Saya menolak dadanya perlahan lahan.
"Jangan...."
"Marina, saya cintakan kau... kau faham perasaan saya?"
"Kalau kau faham, kau lepaskanlah saya pergi"
"Saya tidak dapat tunaikan harapan kau, membiarkan kau pergi akan membuat hati saya mati"
Saya pandang dia.
"Kalau saya kembalikan bola Kristal, kau akan kembalikan saya ke dunia manusia, kan?"
Dia menggeleng.
"Bola Kristal sudah sebati dalam badan kau, ia tidak boleh ditanggal lagi"
"Jadi? Bagaimana dengan jantung lautan?"
"Kau mau tahu bagaimana jantung lautan terhasil?"
Saya pandang dia.
"Ikut saya"
Dia pegang tangan saya. Kaki saya melangkah seiring dengan langkahnya.
Dia membawa saya di satu tempat, di sana saya melihat ada sebentuk bola yang baru membesar, ini ialah jantung lautan tapi kali ini ia berwarna biru.
"Jantung lautan terhasil dari cinta yang dalam"
Saya hairan dengan kata katanya.
"Apa maksud kau?"
"Bola Kristal yang diambil oleh kau menghasilkan satu memori manis jika kau tahu menggunakanya"
"Saya masih tidak faham"
"Kau lihat jantung lautan itu membesar, kami menganggapnya sebagai pelindung kami"
"Jadi saya?"
"Kau adalah semangat kami, kau berjuang, kami juga turut berjuang"
Saya tidak menjawab.
"Marina, tinggallah bersama saya, saya janji akan buat kau bahagia di sini"
Saya diam.
"Tiada yang lebih menyenangkan dari tinggal di dunia manusia, seperti yang pernah saya katakan dulu, dunia manusia penuh dengan peperangan, mereka sanggup berperang demi kuasa, tapi di sini, dunia kami berbeza, sini pentingkan kehidupan yang tenang tanpa gangguan luar. Kecuali jika ada kaum lain yang menyerang..."
"Kamu juga mempunyai musuh"
"Kami tidak suka bermusuhan, tapi kaum lain inginkan kelebihan kami, kami memberontak, nasiblah kau sempat mengambil bola Kristal hari itu"
"Kau sudah tahu tindakan saya, kenapa kau tidak halang?"
"Dengan membiarkan kau lakukan itu, akan mengekalkan hubungan kita"
"Zerone... kau ni..."
"Marina, percayalah pada saya, percaya pada kami semua, berilah saya peluang untuk membuktikan bahawa kehidupan di sini adalah jauh lebih baik berbanding dengan dunia manusia"
Saya tidak menjawab. Sukar untuk saya membuat keputusan. Zerone memeluk saya. Dalam pelukan itu dia mengusap perlahan lahan rambut saya.
Mulanya saya tidak membalas pelukan itu tapi lama kelamaan saya berasa sangat tenang.
Saya hilang penat, kepenatan saya di pejabat, sakit kepala, semua masalah yang berlaku dalam kehidupan harian saya, saya lepaskan semua, tiada lagi gangguan. Tapi saya masih cintakan Noel, Doktor itu tentu masih setia menunggu saya.
"Kalau kau benar benar cintakan saya, bolehkah kau berikan saya satu peluang terakhir untuk bertemu dengan kekasih saya?"
Zerone memandang ke arah saya.
"Hanya untuk memastikan bahawa dia masih setia atau sebaliknya" balas saya lagi.
"Kau berjanji akan kembali bersama saya selepas itu?"
Saya mengangguk.
"Kalau begitu, saya benarkan tapi biarlah saya ikut kau pergi. Saya tidak mahu kau pergi seorang diri"
Mahu tidak mahu saya terpaksa bersetuju. Akhirnya kami berdua diberikan kebenaran untuk membuat lawatan ke dunia manusia, tujuan saya ialah ingin bertemu dengan Noel. Saya benar benar merinduinya.
Saya dan Zerone menaiki kapal khas menuju ke permukaan. Saya tidak dapat gambarkan betapa gembiranya saya pada masa itu.
"Kau benar benar gembira bila kembali ke dunia manusia, ini sangat merisaukan saya" beritahu Zerone.
"Sekejap saja, Zerone..." pujuk saya. Lelaki itu diam. Akhirnya kami sampai di persisiran pantai. Pakaian kami berdua berubah menjadi biasa mengikut suasana. Saya melangkah perlahan lahan.
"Di mana rumah dia" bisik Zerone. Saya mendiamkan diri. Fikiran saya melayang jauh. Saya boleh rasakan haba lelaki itu masih wujud! Wangian lavender itu masih ada! Saya berlari mengikut wangian itu. Zerone juga mengikuti saya dari belakang. Sehingga pada saat itu, saya tiba di satu rumah agam, saya melihat nama Ukraine Noel ada di sana.
YOU ARE READING
HILANG
FantasyPercintaan antara dunia fantasi dan realiti bukan setakat dalam mimpi saja lagi. Ia boleh menjadi kenyataan selagi kita percaya pada takdir. Percintaan luar biasa seorang gadis bernama Marina akhirnya terputik juga ketika dia membuat kajian di dalam...