Bab 32

98.3K 4.4K 681
                                    

INARA diam menghayati ciptaan yang indah di sebelahnya. Atau lebih tepat, dia memandang ke arah Adrian yang sedang memandu. Hensemnya suami aku..

Adrian fokus memandu dengan sebelah tangan yang memegang stereng kereta manakala sebelah lagi menggenggam jari-jemari runcing milik isterinya. Dah ada bini kan...

"Sayang, kita nak pergi mana?"

"Secret.." Jawab Adrian sambil mencium kekura tangan milik Inara. Cebikkan terbit di bibir merah Inara. Nak main rahsia-rahsia pula dia ni..

Beberapa minit selepas itu, kereta mewah yang dinaiki mereka berdua akhirnya berhenti di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat.

Gabungan warna kelabu dan putih itu membuatkan rumah itu kelihatan biasa tetapi mewah. Simple but nice..

"Rumah siapa ni? Assalamualaikum!" Jerit Inara sebaik sahaja keluar dari kereta. Ye lah, kan dia datang rumah orang, kenalah bagi salam.

"Assalamualaikum!" Kepala yang tidak gatal digaru. Depan rumah ini elok terparkir sebuah kereta Audi berwarna kelabu. Takkan tak ada orang kut?

"Love.." Bahu Inara dipeluk dari arah tepi.

"I bought this house for us. Do you like it?" Inara menutup mulutnya tanda teruja.

"Oh My God! I love it! Cantiknya.." Tubuh Adrian dipeluk olehnya erat. Inara sukakan rumah ini!

"Jom masuk dalam.." Tangan sasanya menggamit tubuh si isteri masuk ke dalam rumah baharu mereka.

"Sayang, cantiknya! I suka!" Ucap Inara teruja sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut. Bahagian dalam rumah tersebut pula usah dikata, memang bertemakan kelabu dan putih. Tersangatlah simple tetapi tampak mewah dan cantik..

Memang tepat dengan citarasa Inara Mikaeyla..

"I knew you're gonna love this house.."

"Petang nanti kita pergi beli barang dapur tau?" Ajak Inara. Dia sudah teruja ingin menghiaskan ruangan dapur dan menyusun setiap barangan di dalam kabinet. Oh indahnya!

Adrian menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat wajah teruja Inara yang tersenyum lebar dari tadi.

Dia rindukan senyuman Inara yang itu. Ini kali pertama dia lihat Inara tersenyum lebar sebegitu sejak kejadian hitam yang menghantui malam Inara.

"Bila kita nak pindah masuk?" Tanya Inara sambil memeluk lengan Adrian.

"Bila you nak?"

"Sekarang! Jom kita balik rumah daddy, I nak kemas barang!" Adrian menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum nipis.

"Kita pindah masuk esok. Malam ni kita tidur rumah daddy dulu, okay?" Kata Adrian dibalas anggukan daripada Inara sambil tersenyum teruja.

"Harini kita spend time together pergi shopping semua barang-barang. Barang kat rumah daddy, tinggal sahaja dulu.."

Semakin teruja Inara apabila terdengar perkataan 'shopping'.

"Serious tak menyesal?" Ragu-ragu pula Inara dengan ajakan Adrian. Macamlah Adrian tak tahu dia ni hantu shopping.

"Yup! Hadiah kahwin.."

"Thankyou, sayang! Mana satu bilik kita ni?" Tanya Inara sambil kakinya dibawa naik ke tingkat atas.

His Eternal Love Where stories live. Discover now