Bab 29

158 15 2
                                    

Keadaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak atau PTAR di Universiti Teknologi MARA itu sepi dan tenang seperti selalu. Di sebuah meja yang besar saiznya, kelihatan buku-buku rujukan bersepah di sana-sini hanya untuk kegunaan Lara seorang. Dia dilihat duduk sendirian bersama komputer ribanya, khusyuk menaip tetapi air wajahnya jelas tertekan.

'Sorry, Lara. Sebenarnya aku dah masuk group Pijah dan Nora. Doc cakap dia okay kalau tiga orang dalam satu kumpulan.' - Siti OM221

Hantaran SMS daripada Siti, rakan sekelasnya sewaktu Lara sedang makan tengahari tadi masih memeritkan hati.

'Laa??! Habis tu sekarang aku nak partner dengan siapa?' - Lara

'Cuba kau tanya budak-budak kelas kita yang lain kot-kot diorang boleh ambik kau.' - Siti OM221

'Masalahnya esok dah nak kena hantar assignment ni. Kalau kau bagi tahu awal-awal hari tu, bolehlah aku cari group lain. Ini dah last minute macam ni, mesti semua group dah ada input untuk topik masing-masing. Takkan aku nak join lepas tu goyang kaki je?!' - Lara

Siti tidak menjawab selepas SMS terakhir itu.

Itulah yang membuatkan Lara bengang dan stres! Sepatutnya dia berpasangan dengan Siti untuk tugasan tersebut termasuklah sesi pembentangan esok. Tiga hari yang lepas, mereka telah membahagi-bahagikan tugas tetapi apabila Lara menghubungi Siti untuk mencantumkan hasil kerja mereka hari ini, gadis itu tiba-tiba sahaja mengatakan yang dia telahpun masuk ke kumpulan lain tanpa pengetahuan Lara! Kalau turutkan hati, mahu saja Lara mengamuk.

Begitulah keadaannya semenjak Lara masuk ke program degree. Dia seolah-olah dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya sejak dari awal semester lagi. Sudah puas dia cuba bercampur gaul tetapi dalam pada keramahan mereka semua, dia tetap disisihkan. Lara sudah malas hendak mengadap perangai manusia yang tidak ikhlas. Paling menyakitkan hati bila melihat lirikan-lirikan mata yang memandang setiap kali dia melangkah masuk ke kelas. Ada yang memandang dari hujung mata, ada yang memandang atas bawah, entah apa yang tidak kena. Kadang-kadang, ada juga di antara mereka yang berhenti bersembang bila menyedari kehadiran Lara. 'Ah, persetankanlah!' Hati Lara membengkak bila mengingatkan itu semua.

Lara tidak berkelip-kelip memandang skrin komputer. Dahinya berkerut. Dia harus segera menyiapkan semua bahagian yang sepatutnya dibuat oleh Siti dan selepas itu akan beralih pula untuk presentation slide. Lara tekad untuk membuat semua tugasan dan pembentangan seorang diri dan dia juga tekad untuk skor mata pelajaran Fundamental of Business itu four flat! Kalau tidak boleh four flat, tiga perpuluhan sembilan sembilan. Victory is the best revenge!

Sedang khusyuk menaip, telefon bimbit Lara bergetar. Kelihatan tulisan 'Ibu' muncul di skrin lantas Lara segera menekan butang menjawab panggilan.

"Hello, bu..." Suaranya seakan berbisik kerana tidak mahu buat bising di dalam perpustakaan.

"Akak, akak takde kelas?" Kedengaran suara ibunya muram dan sayu.

"Dah habis dah pagi tadi, sekarang akak dekat library tengah buat kerja." Jawab Lara namun melalui nada suara ibunya itu Lara tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Akak, Dhafi hilang..."

"Hah? Hilang...??" Kening Lara berkerut. "Kenapa ibu cakap dia hilang?"

"Ibu jemput dia balik sekolah macam biasa tadi, tapi dia tak muncul-muncul. Tengok-tengok, cikgu kelas dia kata dia tak datang sekolah hari ni sedangkan ibu hantar dia pagi tadi sampai ke gate sekolah! Ini ibu baru je balik daripada rumah kawan-kawan dia. Diorang semua cakap tak tahu..."

Lara ketap bibir.

"Ibu dah bagi tahu ayah?"

"Dah..."

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now