6: Cheerleader!

578 149 138
                                    

50 votes + 40 comments

Encik Kang memandang ke arah Jeon Jungkook yang sedang sibuk memilih pakaian sekolah untuk Seoyun.

"Kalau yang ni jadi baju pjk pun sesuai kan?" cadang Jungkook kepada Seoyun.

Mula dah nampak riak wajah Seoyun tidak selesa setelah dapat tahu bahawa Jeon Jungkook telah membeli sekolahnya.

Encik Kang menggeleng kepala apabila teringat peristiwa beberapa tahun lepas...

"Hei! tak nampak ke lampu merah tu?!" marah Jungkook apabila seorang pemandu melanggar isyarat lampu merah. Jeon Jungkook mengetuk-ngetuk tingkap kereta milik pemandu tak guna itu.

"Hek eleh! macam lah ni jalan bapak kau punya!" marah lelaki itu kembali setelah tingkap keretanya dibuka.

Jeon Jungkook mengeluh perlahan sebelum meminta Encik Kang mendail ayahnya.

"Appa, Jungkook nak beli jalan 3/27 ni" kata Jungkook. Setelah beberapa minit mereka berbincang akhirnya Jungkook menamatkan panggilan itu.

"ok, sekarang ni jalan yang awak lalu ni, ayah saya punya, jadi, awak tak boleh lalu sini dah!" kata Jungkook kepada pemandu yang tidak bertauliah itu.

Encik Kang mengeluh perlahan, iya memang Jungkook tidak suka jika seseorang mencabarnya sedemikian. Mak ayah atau nama keluarga ni jangan bawa main, Jungkook akan pastikan mereka terima akibatnya.

☆☆☆☆

"Senyum lah sikit" kata Jungkook kepada Seoyun.

"Macam mana saya nak senyum kalau awak buat macam ni?" balas Seoyun.

"Maaflah, tapi saya tak tahan betul tengok diorang buli awak" balas Jungkook kembali.

"Atau.. awak lagi suka kalau saya heret semua sekali pergi penjara?" soal Jungkook.

Air muka Seoyun berubah kerana sedikit terkilan.

"Tak kan? jadi saya pilih lah jalan ni" balas Jungkook sambil tersenyum senang.

"Tuan muda, semuanya dah selesai" kata Encik Kang sambil memberi resit pembelian kepada Jungkook.

"Ok jom balik, nanti terlepas pula cerita dekat Tv malam ni" kata Jungkook.

"Tuan muda nak saya call stesen televisyen ke untuk lambatkan sedikit masa penyiaran drama tu? supaya tuan muda sempat tengok dari awal bila dah sampai di rumah nanti?" soal encik Kang.

"Ya tuhan, kan ada siaran ulangan pagi esok, apa lah sangat terlepas beberapa minit tu" kata Seoyun di dalam hati.

"Hurm, tak apalah, sempat ni kalau kita balik sekarang" kata Jungkook sambil berjalan dengan gembira menuju ke arah pintu kereta.

"Tuan muda tu memang tak  boleh kalau ahli keluarganya diusik, maaflah kalau cik muda kurang selesa dengan perangai tuan muda" kata Encik Kang kepada Seoyun.

"Mesti penatkan nak layan perangai dia" balas Seoyun.

"Hahaha, tidaklah. Tuan Muda sangat-sangatlah baik sebenarnya, jadi saya selesa kerja dengan dia" kata Encik Kang.

Seoyun hanya tersenyum. Iya, Encik Kang amatlah setia orangnya.

"Oh ya! Encik Kang saya nak beli hadiah untuk Jungkook sebagai tanda terima kasih, boleh tak encik Kang tolong saya?" soal Seoyun.

"Boleh, cik muda" balasnya.

☆☆☆☆

Seoyun berjalan menuju ke kelasnya sambil membawa beg sekolah barunya.

Haih, seperti yang digambarkannya semalam, hari ini pasti menjadi sangat sukar.

Semua orang tidak lagi menegurnya dan tidak melayannya dengan buruk. Itu memang perkara yang bagus.

Tetapi, semua orang memberikan pandangan pelik kepadanya membuatkan dia kurang selesa.

Paling teruk sekali...

APA JEON JUNGKOOK BUAT DI SEKOLAHNYA?

Di dalam kelasnya pula tu!

"Go! Go! Hwaiting Seoyun!" Jeon Jungkook yang duduk di tempat duduk belakang memberikan sokongan ala-ala cheerleader kepadanya.

"Apa awak buat dekat sini?" soal Seoyun dengan nada berbisik.

"Ni kan sekolah saya" balas Jungkook.

Ah.. lupa, Jungkook sudah membeli sekolah ini. Jadi, dialah pemilik sekolah ini.

☆☆☆☆

Ini sungguh tidak selesa, bukan kerana budak kelasnya memandang ke arahnya. Mereka tidak berani berpaling pun ke arah Seoyun.

Tetapi...

"Seoyun apa jawapan nombor 2?" soal gurunya.

"B cikgu" jawabnya.

"Iya betul jawapan tu" balas gurunya.

"Yeaa, betul! that's my girl! go! Seoyun! Go! go!" jerit Jungkook yang duduk di meja belakang.

"Jawapan nombor 3, Naehee" kata gurunya.

"C, cikgu" balas Naehee.

"Ah bosannya, mana saya letak phone saya tadi?" kata Jungkook dengan nada suara yang kuat sambil buat-buat cari telefon bimbitnya. Sengaja dia menghempas-hempas agar membuat bunyi bising.

☆☆☆☆

"Seronok betul pergi sekolah!" kata Jungkook kepada Seoyun. Mereka bersama-sama menunggu pemandu peribadi Jungkook untuk mengambil mereka.

"Awak, awak tak ada kerja lain ke?" soal Seoyun.

Jungkook menggeleng "tak ada, sebab tu saya datang sekolah dengan awak".

"Awak tak kerja ke?" soal Seoyun lagi.

"Secara teknikalnya, saya tak kerja sebab duit saya di laburkan dalam macam-macam syarikat, jadi keuntungan syarikat yang saya laburkan tu, masuk dalam akaun saya. Jadi saya tak perlu buat apa apa" balas Jungkook lagi.

"Haih, esok awak duduk jelah dekat rumah" balas Seoyun.

"Tak naklah, saya nak teman awak pergi sekolah. Rasa seronok pula bila dengar jawapan awak semuanya betul" kata Jungkook.

"Saya tak selesa lah awak buat macam tu, saya tak pernah ada ahli keluarga, awak tolonglah faham dan beri saya ruang untuk usaha sendiri" balas Seoyun.

"Jadi, mari biasakan diri untuk bersandar pada saya" kata Jungkook sambil tersenyum manis.

Lelaki ini, memang gila!

TBC

wah, mengarut betul cerita ni, apa dah jadi dengan plot dia doe.

Btw, siapa still adaa dekat sini??


Lucky FlukeWhere stories live. Discover now