Lara menyempurnakan sapuan mekap yang terakhir pada malam Sabtu itu. Kemudian, dia menyemburkan pula makeup setting spray ke wajah supaya warna-warna yang terconteng itu dapat dikekalkan sepanjang malam. Bagus juga ketiadaan Kak Nor. Senang untuk dia berdandan sesuka hati.
Tiba-tiba, telefon bimbit Lara berbunyi.
"Hello Ash..."
"Princess, I'm already here." Kedengaran suara besar Ashraf di corong telefon.
"Okay, I turun sekarang... Give me five minutes."
"Alright."
Lantas, talian diputuskan.
Ashraf meletakkan telefon bimbitnya di dalam compartment di sebelah kiri. Dia menantikan kedatangan Lara sambil mendengar lagu di radio.
Tidak lama kemudian, bayang Lara muncul dalam suluhan cahaya lampu keretanya. Kelihatan gadis itu memakai jaket kulit berwarna hitam dan ber-skirt panjang dan sendat, juga berwarna hitam.
"Hi Ash!" Ujar Lara sambil membuka pintu kereta.
"Hey... Come on in!" Nada Ashraf girang. Lara melabuhkan punggungnya lantas menutup pintu kereta. Setelah itu, mata mereka berdua bertembung. Di bibir masing-masing terpahat senyuman lebar seolah-olah gembira dapat dipertemukan sekali lagi.
"How are you today?" Tanya Ashraf sambil mengundurkan kereta. Lalu, dia menekan pedal minyak dan beredar dari kawasan kolej tersebut.
"I'm good..."
"You look good tonight." Puji Ashraf sambil memandang wajah Lara sekilas lalu.
"Oh, thanks." Lara tersenyum lebar.
Setibanya di pondok pengawal UiTM, Ashraf memberhentikan kereta ke tepi. Wajah Lara yang kehairanan berkerut memandang Ashraf.
"I nak ambik IC kejap. Kena tinggalkan masa register masuk tadi." Kata lelaki itu sambil menarik brek tangan.
"Oh..." Desis Lara. Dia tahu, memang kadang-kala pengawasan di pintu masuk utama itu diperketatkan terutama pada malam minggu. Tetapi selama Huzaimi keluar masuk di sini, belum pernah lagi lelaki itu mendaftar masuk. Lara sendiri tidak tahu mengapa, tetapi mungkin kerana kereta Mercedes-nya yang nampak seperti kereta VIP itu membuatkan Huzaimi sering lepas checkpoint di situ.
Sekejapan kemudian, Ashraf masuk kembali ke dalam kereta sambil dia menyelitkan dompet ke dalam poket belakang seluar jeans-nya.
"You IC Singapore kan?" Tanya Lara spontan. Dengan tak semena-mena Ashraf ketawa.
"Princess, I IC Malaysialah!"
Kali ini Lara pula ketawa. "Really?? I thought you're Singaporean!"
"No way! You selalu kaitkan I dengan Singapore, kan? Mentang-mentanglah ex you tu Singaporean!" Ashraf tertawa lagi. Kedengaran enjin kereta mengaum apabila dihidupkan.
"Hey, there's nothing about my ex okay... You tu tinggal dekat Singapore, kerja pun dengan Singapore Airlines! Of course-lah I ingatkan you orang Singapore." Lara menjeling Ashraf yang sedang tersengih di sebelahnya.
"Hehe! Okay-lah, sorry... My mom, sister dengan abang, orang Singapore. Ayah I orang Malaysia. I dengan adik I orang Johor, IC kosong satu. The number one nation!" Suara Ashraf kedengaran bangga membuatkan gelak ketawa mereka berderai.
"Eii, menyampahnya dengar!" Kata Lara dalam tawanya. Ashraf gelak terbahak-bahak sambil bawa kereta.
"Habis tu I yang IC empat belas ni, nation yang last sekali ke?" Sekali lagi Lara menjeling Ashraf.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...