" Jaehyun ! Apa awak buat ni, lepaslah ! " Sejeong melepaskan tangannya dari genggaman Jaehyun dengan bara apinya.
" Sejeong, kau gila ke sekarang ni ? Kalau Jun tahu kau buat macam ni- "
Dia sendiri tak sangka teman wanita rakan baiknya, Xiaojun yang berbangsa China itu cuba menggoda Jungwoo yang baru sahaja berbaik dengan Eunjoo.
" Ya, aku gilakan Jungwoo ! Sejak dia bekerja dengan aku lagi, aku dah cintakan dia tapi dia langsung tak pernah nampak keberadaan aku. " Sejeong mula menggila dan mengusutkan kepalanya.
Sah-sah perempuan ini gilakan lelaki orang padahal dia dah ada lelaki sendiri.
" Dia tak nampak keberadaan kau kerana dia hanya nampak Eunjoo selama ni. Kau ingat dia akan bahagia ke dengan orang lain selepas dia bercerai ? Macam mana kalau dia tinggalkan kau lepas dia dah move on dari Eunjoo ? Mesti kau sakit kan, "
" Ada sebab kenapa dia hanya memandang Eunjoo seorang. Lelaki itu tak pernah faham tentang hal cinta kerana dibesarkan dalam keluarga porak-peranda. Tapi, Jungwoo tak pernah merungut atau mengeluh pun sebab dia tahu itulah takdirnya sebelum berjumpa dengan Eunjoo. "
" Jungwoo dan Eunjoo banyak harungi cabaran walaupun diorang dah kahwin. Diorang sendiri belajar macam mana nak menghargai pasangan walaupun ada kekurangan. Tapi, kita yang normal sihat tubuh badan pun tak boleh berfikir matang macam mereka. " bebel Jaehyun yang panjang tetapi mempunyai isi yang bermakna untuk difahamiSejeong bermati kata dan menunduk. Dia tahu apa yang dia buat sekarang ialah salah tetapi demi kebahagiaan, dia sanggup berbuat begitu.
" Pergi balik rumah, Jun tunggu kau. Dan berbahagialah dengan Jun sebab itu keputusan yang ditentukan oleh kau sendiri, jangan menyesal. "
" Ambillah pizza ni, anak Jun nak makan kan. "Jaehyun memberikan plastik pizza kepada Sejeong dan berlalu pergi beredar dari taman.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Berjalan sana-sini dengan tanpa arah tuju, ayam goreng pun dia dah tak hiraukan. Jungwoo masih memikirkan bagaimana dia ingin menyelesaikan salah faham ini.
Bunyi deringan telefon didengari olehnya. Terus dia melihat siapa pemanggilnya dan ia nombor disekat.
" Hello ? Siapa ni ? "
" Aku Xiaojun. Girlfriend Sejeong. Aku minta maaf bagi pihak dia sebab banyak menyusahkan kau selama ni. Bro, i think i need to reveal Sejeong secret sekarang juga. "
" Jun ? Kau diam-diam bersama dengan Sejeong selama ni. Kenapa kau tak beritahu aku tentang hubungan korang ? "
" Jungwoo, beri aku explain dulu. Sebenarnya, aku dah lama bersama dengan Sejeong sebelum kau masuk kerja empat tahun dulu lagi. Kitorang ni duduk sebumbung, aku tahu semua latar belakang Sejeong. "
" Aku ada sebab kenapa taknak reveal hubungan kami kepada semua orang walaupun rapat dengan kami, "" Kau tak perlu beritahu sebab kau. Mesti susah kan kau nak beritahu nanti. Yang penting sekarang ni, tolong aku selesaikan salah faham ni. "
" Thanks sebab fahami aku. Ceritanya bermula dengan kau masuk kerja dengan dia. Sejeong macam sukakan kau pada awalnya tapi kau hanya endahkannya. Lama-kelamaan, dia mula obses dengan kau dan mula mengintip ke mana sahaja kau pergi. Sejak kebelakangan ni, Sejeong selalu balik rumah dengan tak puas hati dan selalu campak barang. Sebab kau dah berjumpa dengan Eunjoo.
" Jungwoo, kau dah tahu kan kenapa kau rasa tak aman empat tahun kebelakangan ni. "Dirinya baru mengerti mengapa dia tak tenang selama ni, bukan hanya dia merindui Eunjoo. Rupanya, ada orang yang mengintipnya padahal dia hanya pergi kerja dan pulang rumah.
" Sejeong ada kecelaruan membunuh diri. So, berhati-hati sedikit bila kau cakap. Bila-bila je dia boleh ugut kau dengan bunuh dirinya, "
" Last thing, tolong perhatikan Eunjoo juga. Dia dah tak intip kau tapi dia ikut Eunjoo pula. Takut Eunjoo jadi tempat lepas marah dia, cukuplah aku jadi tempat dia melepas geram. " sambung Jun lagi. Pasti dia pun risau akan keadaan Sejeong sekarang yang dalam mental tidak stabil." Kau akan tolong aku, bukan ? "
" Ya, aku akan tolong kawan aku. " Jun mengangguk.
Loceng rumah berbunyi buat kali kedua hari ini. Dah siapa pula datang ke rumahnya selepas ada orang buat kecoh tadi.
" Sungchan ? Kenapa kau berpeluh ni ? " Jungwoo membuka pintu dan terlihat Sungchan tercungap-cungap di depannya.
" Weh.. Eunjoo dengan Sejeong.. kat tangga, " Sungchan meluru masuk ke rumah dan berlari kembali ke pintu bilik tangga.
Jungwoo tidak menghiraukannya dan berjalan keluar dari apartment. Langkahnya digerakkan ke bilik tangga kerana hatinya mengatakan ada sesuatu berlaku.
Kemudian, dia terdengar suara bergema dari bilik itu dan membuka pintu itu sedikit supaya tiada ada orang perasan.
" Yoon Eunjoo, kau tak akan dapat Jungwoo balik ! Biarlah aku jaga anak kembarnya bersama dengan anak kami nanti, "
" Ahh, apa nama dia ? Wooju ? Mianhei, makcik Sejeong kena bawa awak pergi dari dunia ni juga. Pergi dengan eomma awak diam-diam tau, jangan beritahu dady. " Sejeong memandang sinis kepada Eunjoo yang terbaring sambil memegang perutnya.Darah mula meluncur pantas di paha Eunjoo akibat terjatuh dari tangga. Bukan terjatuh, ditolak oleh Sejeong.
Sejeong ketawa bagai puntianak yang seronok melihat darah yang muncul di hadapannya. Kepala Jungwoo mula berdesing kerana teringatkan kejadian empat tahun lalu.
Lelaki itu ingin menyelamatkan Eunjoo tetapi hampir tewas dengan serangan trauma. Dan pandangan hampir hitam kerana ada yang menahannya dari jatuh.
+ aku update sebab aku sendu
ok saya baik (●’◡’●)ノ

YOU ARE READING
Similarity.
Fanfictioncompleted, kim jungwoo nct fanfiction SHORT STORY VER. | EBOOK SOON the story of night met his stars husband au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]