Bab 38

3.8K 138 4
                                    

Bunyi penggera telefonnya mengejutkan dia daripada lena. Tangannya meraba-raba tempat disebelahnya namun kosong dan menyangka isterinya sedang membersihkan diri. Bangun dan membawa diri ke bilik mandi namun tiada sesiapa.

"Mia." panggilanya malangnya tiada sahutan.Matanya menangkap satu kertas yang ditulis nota lalu dibaca.

Zyaire, seperti yang saya cakap semalam. Saya takkan maafkan awak kalau awak sentuh saya tapi awak tetap ikut nafsu awak. Mulai hari ni,saya tak akan pernah munculkan diri saya depan awak dan jangan pernah cari saya. Semalam adalah kali terakhir saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Halalkan makan minum saya dan wang yang pernah awak belanjakan untuk saya.Terima kasih kerana pernah bahagiakan saya.

Daripada,
Mia Leandra binti Mikael

"Arhhhh! Kenapa kau kena buat aku macam ni,Mia?! Aku takkan lepaskan kau!"bentaknya.

Pakaiannya disarungkan dan laju melangkah keluar, segera membuat panggilan kepada Arman.

"Aku nak kau kurung Mia dan kau jangan bagi dia keluar daripada rumah tu.Tunggu aku balik."

"Tapi bos, puan dah keluar dan bawa bagasi dia awal pagi tadi. Kami cuba halang tapi puan ugut yang puan akan cederakan diri dia. Kami minta maaf tak dapat nak halang puan."

"F*ck! Aku nak kau cari dia sekarang." arahnya sebelum menamatkan panggilan.

"Aku tak akan lepaskan kau,Mia." giginya diketap dan penumbuknya dikepal.

Memasuki perut kereta dan memandu laju ke destinasi seterusnya. Perjalanannya dalam keadaan marah dan hatinya seakan sedang membakar.

Perjalanan 15 minitnya terhenti di rumah kedua mertuanya. Tujuannya kesini untuk melihat sama ada Mia datang kesini atau tak."Assalamualaikum, ibu baba." menyalam ibu dan baba Mia yang sedang duduk berehat dihalaman rumah.

"Waalaikumsalam. Zyaire datang sorang je ke? Mia mana?." soal Puan Leila.

"Mia keluar dengan kawan dia pergi shopping. Saja Zyaire bagi cuti untuk Mia. Zyaire tak bagi tahu dia pun nak datang sini. Biarlah dia nak luangkan masa dengan kawan dia." balasnya.

"Mia, Mia dari dulu tak berubah. Suka sangat shopping dengan kawan dia tu. Apa nama dia? Lina? Nina?"

"Tina,bang. Biasalah anak-anak muda memang suka keluar pergi shopping." celah Puan Leila.

"Ibu baba sihat? Macam mana dengan doktor dan nurse yang Zyaire sediakan tu?"

"Alhamdulillah, baba pun dah semakin sihat dan ibu juga sihat. Terima kasih, Zyaire. Doktor dan nurse yang Zyaire sediakan tu bagus sangat. Buat kerja cekap dan layanan diorang baik sangat." balas Encik Mikael.

"Kamu ni tak kerja ke? Jangan bagi tahu ibu yang kamu ponteng kerja sebab nak melawat kami."

Zyaire tertawa mendengar ujar ibu mertuanya."Ya, Zyaire ponteng kerja sebab nak jumpa ibu baba. Rindu sangat sampai tak boleh nak tunggu hujung minggu ni." guraunya.

Mereka berdua juga turut serta tertawa dengan kata-kata Zyaire tadi.

"Haih kamu kan CEO, masih ponteng kerja ke?" sambung gurau Encik Mikael.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now