BAB 1

354 10 0
                                    



Nur Ayla terkocoh-kocoh masuk ke dalam dewan. Mencari tempat yang membolehkan semua tetamu yang hadir boleh mendengar suaranya. DJ tidak ternampak pula ketika itu, yang terlihat hanyalah mikrofon di pentas persembahan, yang dipegang oleh seorang lelaki yang bersilang gitar di depannya.

Laju sahaja Ayla menapak ke arah lelaki itu. Hadiah besar yang dipegang sejak dari tadi diberikan kepada lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Tanpa meminta kebenaran, terus sahaja mikrofon di tangan lelaki itu diambil dan diketuk-ketuk beberapa kali. Test mic!

"Maaf, maaf... mintak perhatian semua." Nur Ayla mula bersuara. Tetamu yang riuh rendah mula diam dan terus memberikan perhatian kepada Nur Ayla.

"Saya ada terlanggaq reta BMW mengelit-ngelit kat depan dewan nu... siapa punya tak tau?"

"Nombor Plat?" Lelaki yang memegang hadiah Nur Ayla menyoal. Nur Ayla memandang sekilas sebelum menjawab.

"Nombor plat dia..." Nur Ayla mengeluarkan pula telefon bimbit dari tas tangan yang tergantung di bahu.

"Haa... BMW 1989. Siapa punya reta?"

"Teruk mana awak langgar?" Lelaki itu terus menyoal. Nur Ayla meletak mikrofon ke bawah.

"Awat dok tanya banyak? Saya nak cari tuan punya reta."

"Kereta tu kereta saya. Teruk mana awak langgar?" Nur Ayla terdiam.

"Amat teruk." Nur Ayla tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Nur Ayla, what have you done?!" Suzanna yang cantik dalam persalinan pengantin menghampiri dengan wajah serius.

"Macam biasa, aku langgaq reta dia..." Nur Ayla terus tersengih panjang.

"Haa! Ayla, boleh tak hang ni kalau sehari tak loqlaq? Sorry abang Shid, Ayla ni memang kalut, ni kali ke berapa ratus tak tau dia rosakkan kereta orang." Suzanna mula bising-bising.

"Bukan sengaja tau." Nur Ayla mengambil hadiah dari tangan Rashid dan terus menyerahkan kepada Suzanna.

"Jom la pi tengok. Senang nak buat quotation harga siap-siap." Nur Ayla terus mengajak Rashid ke kereta bagi melihat kesan perlanggarannya.

"Saya ada job ni, tunggu kejap lagilah. Awak pi makan dulu ka apa ka na..." Rashid menunjukkan kepada band yang sudah lama bersiap sedia untuk membuat persembahan. Nur Ayla terus tersengih sekali lagi. Suzanna sudah menggeleng-gelengkan kepala

"Opss... sorry." Mikrofon terus bertukar tangan.

"Boleh tak sebelum hang bangkit dari katil hang setiap pagi, hang baca bismillah 21 kali. Bagi elok hari hang sikit."

"Amboi hang... kalau bab nak mengata aku..."

"Betuilah, sampai hari kahwin aku hang buat loqlaq. Sebab nilah aku tak mau hang jadi pengapit aku. Risau terbalik habih pelamin aku." Nur Ayla berdecit.

"Tak daklah sampai tera tu."

"Habih yang jadi kat Julia tu apa dia?" Nur Ayla menjeling dengan muka malas mendengar leteran Suzanna. Apa yang terjadi sewaktu persandingan Julia adalah sebuah kemalangan. Kemalangan yang membuatkan Julia sampai sekarang tidak bercakap dengan dia.

'Bukan salah aku, orang yang buat pelamin tu yang tak buat betul-betul. Aku pijak terus roboh.' Nur Ayla menjawab dalam hati. Matanya tertancap pada Rashid yang sedang menyampaikan lagu Surat Untuk Starla. Sedap juga suara dia. 

MUZIKAL CINTAWhere stories live. Discover now