♡♡♡♡♡♡♡
"Fiy!."Jeritan yang maha kuat itu membuatkan seisi rumah mengeluh.pantang berjumpa,mesti berperang.
Langkah Rayna yang mendekati ruang tamu itu diperhati oleh semua orang.
"Kenapa ni Rayna,Hafiy buat apa?."Tanya Tengku Hana,ibu kepada Hafiy.
"Mama Hana tengoklah Hafiy tu,dia sorok patung Rayna."Adu Rayna kepada mak saudaranya Tengku Hana.
Ye,mereka berdua ialah sepupu.setiap kali ada perjumpaan keluarga mesti dua orang ini akan berperang.sorang kuat menyakat sorang lagi cengeng."Haih hafiy ni memanglah..Hafiyy!!hafiyy!"Jerit Tengku Hana memanggil anak terunanya itu.
"Ye Mama."Sahut Hafiy dengan sengih tak bersalah.
"Mana patung Rayna??!."Tanya Tengku Hana tegas.
"Er..fiy buang?"Jawapan Hafiy menguatkan lagi tangisan Rayna.
Yang lain menggeleng kepala.aduhai.
"Hafiy kenapa usik Rayna macam tu."Tegur Tengku Syafiq pula."Aihh,Rayna anak mummy meh sini..takpe takyah nangiss..nanti kita beli yang lain ye?."Pujuk Tengku Diana pula.
"Maaflah kak long..fiy ni nakal dia.."Kata Tengku Hana memohon maaf.
"Alah,Hana takpelah..budak-budak ni kecil lagi,tak matang lagi."Balas Tengku Diana sambil memberikan senyuman kepada adik iparnya itu.
"Fiy jahatt!!kenapa buang mimi!!."Jerit Rayna diriba Tengku Aiman.
"Alah Ayna,Fiy minta maaf lah...Mimi nampak buruklah,lagipun Ayna dah besar mana boleh main patung."Kata Hafiy sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Huarghhhh mana ada mimi burukk!!Mummy tak marah pon Ayna main patung."Makin kuat tangisan milik Rayna bergema diruangan itu.
"Fiy!Lepas ni Rayna tak jumpa fiy dah tau...dia dah nak pindah..tinggallah fiy main sorang-sorang."Laju sahaja tangan Tengku Hana menarik telinga anak tunggalnya itu.
"Hah??Ayna nak pindah? Sowwylah Aynaaaaa..fiy minta maaf janganlah tinggal fiy,fiy janji tak usik lagi."Kini Hafiy pula yang menangis.
Maka meledaklah ketawa mereka.
Aduhai anak-anak.
Rayna terkebil-kebil melihat Hafiy menangis."Fiyy jangan nangis..jom kita makan kek."Ajak Rayna sambil menarik tangan Hafiy.
Hafiy mengikuti langkah Rayna sambil tersedu-sedu.
♡♡♡♡♡♡♡
"Kak long betul ke nak pindah."Tanya Tengku Hana setelah anak-anak mereka beredar.
"Haah,Hana..Akak bukan nak pindah sangat tapi ni hah..Abang Aiman ni ada kerja."Jawab Tengku Diana lalu menghirup teh.
"Alah abang bukan nak sangat..tapi tulah..projek kalini kena urus kat sana..takkan nak ulang alik."Sahut Tengku Aiman.
"So nanti Kaklong transfer jadi Doktor kat sanalah?."Tanya Tengku Syafiq pula.
"Ye nanti kaklong transfer kat sana."Jawab Tengku Diana.
"Kesianlah budak-budak tu nanti..walau asyik gaduh mesti diorang rindu."Sampuk Tengku Hana.
"Tulah tu."Sahut Tengku Diana pula.
"Kaklong tak melawat bonda ke? Baru je Fiq call dia 3 hari lepas,dia merungut rindukan kita."Tanya Tengku Syafiq kepada kakak sulungnya.
"Ada juga perancangan,lagipun Rayna tu merengek jugak rindukan nenda dia."Balas Tengku Diana.
YOU ARE READING
The Promise
RomanceTengku Hafiy Rayyan Jejaka dingin yang telah menjadi pujaan para gadis diluar sana kerana rupa parasnya dan hartanya. Namun,siapa sangka jejaka sekacak dirinya mengalami amnesia yang menyebabkan dia melupakan seorang gadis yang bertakhta di hatinya...