40: MAMT

3.6K 150 12
                                    

"Tolong... Dekatkan aku dengan Zayyan. Hanya ini permintaan terakhir aku." 

Terbuntang mata Ayda mendengar perkataan yang terkeluar daripada mulut Anis.

"Kau sedar tak apa yang kau minta ni?" senyuman langsung tiada di wajahnya. Semakin sakit dia mendengar apa yang dikatakan oleh Anis. Tangan Ayda diraih.

"Aku sedar... Tapi aku sayang dia. Tolong lah aku... Hanya sekali ni je weh! Lepas ni, aku takkan ganggu kau da-" Ayda dengan kasar menarik tangannya kembali. Air matanya mula mengalir.

"Sedar lah Anis! Lelaki tu tak baik untuk kau! Kau tak perasan ke perangai dia dah berubah."

"Itu dulu weh. Aku yang penyebab dia hampir nak rogol kau. Tapi sekarang dia tak, dia dah tak perangai macam tu. Percaya lah cakap aku" ujar Anis dengan memegang Kedua-dua belah bahu Ayda. Ayda tepis tangan Anis yang memegang bahunya.

"Astaghfirullah Anis! Kau buka lah mata seluas-luasnya. Kau pandang betul-betul dengan mata kepala kau sendiri! Dia dah macam psycho kau tahu!"

"Dia tak macam tu weh! Aku percaya yang dia baik!" Anis mula menggila. Naik turun dada Ayda kerana menahan amarah.

"Ramai lagi orang yang baik di luar sana Anis! Sedar lah dia dah tak macam dulu! Aku takkan bantu kau! Aku dah banyak kali terseksa!" jerit Ayda. Air mata yang berjujuran dibiarkan begitu saja.

"Ayda... Sekali ni je aku min-"

"Enough! Aku tak nak dengar. Aku dah maafkan kau pun dah cukup kan. Jangan nak serabutkan hati aku lagi. Aku dah penat dengan semua ni... Jangan ganggu aku lagi" tanpa memandang wajah Anis di depannya. Ayda terus berlari keluar bersama air matanya yang mengalir. Dia tidak mahu berlama di situ.

Anis jatuh terduduk. Menangis teresak-esak di situ. "Kau dah janji... Kita akan jadi kawan selamanya... Tapi kenapa kau layan aku macam ni..." kata Anis sambil melepaskan tangisannya di dalam tandas itu.

Kenapa... Kenapa kau tak boleh nampak yang Zayyan tu bahaya? Dia bahaya untuk kau Anis. Tolong lah jauhkan diri kau daripada Zayyan! Getus hati Ayda. Dia tak nak hidup Anis musnah disebabkan lelaki itu.

Mata Ayda kabur dengan linangan air mata. Dia langsung tidak memandang hadapan apabila berlari. Hatinya sakit. Sakit sangat sampaikan dia rasa tak nak langsung jumpa dengan yang lain.

Tiba-tiba badannya berlanggar dengan badan seseorang. Orang itu sempat memegang Kedua-dua bahunya daripada ke belakang. Ayda mengangkat wajahnya. Berubah terus air mukanya. Z... Zayyan!

"Kenapa ni?"

"Lepas... Lepaskan!"

"Ey-"

"Jangan sentuh aku! Lepaskan aku!" Ayda meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia tak nak disentuh oleh lelaki ni. Jijik! Tolong lah... Dia tak nak bersama dengan lelaki ini.

"Sayang! Ni saya Mateen. Kenapa ni?" Ayda mengangkat semula wajahnya. Ya, Mateen yang memegangnya bukan Zayyan.

"Mat... Mateen"

"Ya, sayang ni saya. Kenapa ni?" makin laju air mata Ayda. Terus Ayda memeluk tubuh Mateen. Dia menangis di dada Mateen.

Mateen yang tak tahu apa-apa cuba untuk tenangkan isterinya yang sedang menangis teresak-esak di dadanya. Dia menggosok perlahan belakang badan Ayda.

"Saya takut..."

"Saya takut..."

"Saya takut awak..."

Ayda mencengkam baju Mateen kuat. Betul-betul yang dia takut akan sesuatu.

"Shh... Shh..." Mateen mula membaca ayat-ayat suci di ubun-ubun kepala Ayda. Itu saja cara yang dia boleh fikir.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now