The Promise||2

89 11 0
                                    

♡♡♡♡♡♡♡

Keesokan harinya.
Rayna Pov

Sebaik sahaja membersihkan diri,Kelibat Tengku Hana mula kelihatan.
"Rayna dah bangun? Meh sini makan..Mama Hana ada bawakan nasi lemak."Kata Tengku Hana lembut.

"Dah,mama..cuma fiy belum bangun."Balas Rayna sambil menjeling sekilas ke arah Hafiy yang masih elok tidur diatas katil.

"Comfirm dia tidur lepas subuh ni."Ujar Tengku Hana sambil tersengih melihat keletah anak terunanya.

Rayna hanya membalas kata-kata Tengku Hana dengan sengihan lalu mencapai nasi lemak yang dibawa oleh Tengku Hana.

Tengku Hana memandang ke arah Rayna sebelum mengeluh seketika.
"Mama Hana minta maaf kerana rahsiakan perkara ni dari Rayna..mama taknak Rayna terganggu."

Rayna yang sedang makan memperlahankan kunyahannya sebelum
"Takpe Mama ,Rayna tak kisah..Rayna faham."

"Rayna baliklah dulu,minta Pak Hamid hantarkan..dia ada kat bawah..rehat dulu..esok dah start kuliah kan? Rayna masuk fakulti mana?."Kata Tengku Hana.

"Fakulti fesyen mama,sama dengan  dekat UK...cuma sambung balik kat malaysia."Balas Rayna sebelum meminta diri untuk pulang.

Rayna menyalam tangan Tengku Hana sebelum memandang Hafiy sekilas lalu keluar setelah meminta diri dari Tengku Hana.

♡♡♡♡♡♡♡

Hafiy Pov
Mata dikenyit sedikit untuk menghilangkan silau cahaya matahari yang masuk ke dalam retina matanya.Badan diregang sebelum tangan naik menekup mulut yang sedang elok menguap.

"Baru bangun Fiy?."Tegur Tengku Hana yang baru keluar dari bilik air.

"Eh,mama?."Tanya Hafiy terkejut.

"Yelah,mama kenapa?."Hairan Tengku Hana melihat gelagat anak lelakinya.

"Er,bukan semalam..."Dia menghentikan seketika kata-katanya..segan pula nak tanya lebih-lebih.

"Rayna?ouh mama suruh dia balik...dia kan tak rehat lagi."Jelas Tengku Hana memahami apa yang ingin dikatakan oleh Hafiy.

Hafiy hanya mendiamkan diri sebelum berkata.
"Mama,fiy laparlah."

"Mama ada bawa nasi lemak,makanlah..kamu dah boleh discaj harini."Balas Tengku Hana lalu menghidangkan sepinggan nasi lemak dihadapan Hafiy.

"Mama..Fiy nak tanya boleh?."Kata Hafiy setelah beberapa minit mendiamkan diri.

Tengku Hana yang sedang menuang air itu kembali memusingkan badannya ke arah Hafiy.
"Fiy nak tanya apa."Balas Tengku Hana lalu menyua gelas minuman ke arah Hafiy.

"Ermm dulu Fiy memang rapat ke dengan Rayna??."Tanya Hafiy teragak-agak.

"Hum?Rayna?Fiy memang rapat dengan dia..dulu-dulu Fiy ada cakap dengan mama..Fiy nak kahwin ngen Rayna."Cerita Tengku Hana sambil ketawa kecil.

Hafiy terpaku sebelum berdeham sekilas.
Aduhai gatal betul aku masa kecil dulu!.

Tengku Hana tergelak lagi sebelum.
"Fiy bersiap dulu..mama nak siapkan urusan kaunter kejap..nanti papa ambil kita."

Hafiy hanya mengangguk sebelum bangkit untuk membersihkan diri.

♡♡♡♡♡♡♡

Rayna Pov.
Rayna membaringkan badan diatas katil sambil merenung syiling putih biliknya.
Dia mengeluh seketika sebelum pintu biliknya diketuk.

"Rayna!nanti turun makan lepastu kita cari kelengkapan Rayna."Kata Tengku Diana dari luar bilik.

The PromiseWhere stories live. Discover now