Chapter 35

635 36 3
                                    


      (Author kembali sebagai janji)


     Tengku Aariz Aiman berdiri di hadapan pagar rumah agam milik Adam Alexander. Dia menarik nafas dalam-dalam seraya menhembusnya dengan perlahan.

"Kau boleh buat Aariz" getusnya dalam hati bagi menyemangatkan dirinya.

Ting tong

Ting tong

Pintu pagar rumah itu terbuka secara automatik. Terpampang seorang wanita separuh umur. Aariz melontarkan senyuman kepada wanita itu.

"Cari siapa nak?" Soal wanita itu"

"Er.. saya nak jumpa Aisha" ujar Aariz.

"Oh, ni mesti tunang Aisha kan? Mak Mah selalu dengan tentang kamu dari Aisha. Makcik ni pembantu rumah dekat sini. Kalau begitu anak masuk dulu. Nanti Mak Mah panggilkan Aisha" . Aariz mengangguk seraya melabuhkan punggung di atas sofa single.

"Wei? Kau siapa? Kau buat apa dalam rumah aku?" Tengku Aariz Aiman tersentak. Kepala berpaling ingin melihat gerangan itu.

Seorang lelaki berpakaian baju tidur bercorak  Mickey Mouse. Rambutnya yang serabai beralun mengikut pergerakan langkahnya mendekati Aariz. Aariz tergelak.

"kau gelakkan aku?" soalnya bersama kerutan di dahi. Aariz menggeleng. Mengecil mata Riyadh memandang Aariz. Dari jauh Aariz ternampak Aisha mengorak langkah mendekati mereka. Dia boleh nampak wajah ceria Aisha. Harap-harap Aisha boleh maafkan dia.

Aisha berhenti melangkah. Dia memandang tajam Riyadh. Tak malu betul budak ini. Dah la belum mandi, ada hati nak marah-marah. Riyadh tersengih seraya berlalu naik ke tingkat atas. Aisha tergeleng.

"Sha?" Riak wajah Aisha mula berubah. Dia lupa bahawa Aariz ada bersamanya. Aisha memandang wajah lelaki yang dirinduinya itu.

"Riz datang nak minta maaf. Nak pujuk Sha" Aisha tersenyum.

"Saya dah lama maafkan awak. Saya juga nak minta maaf sebab tak dengar penjelasan awak dulu" Aariz bersyukur dalam hati kerana Aisha sudah pun memaafkannya. Beberapa hari ini hatinya tidak tenang selagi tidak berjumpa dengan Aisha.

"Sha pergi bersiap. Riz nak bawa Sha keluar" Aisha mengangguk seraya berlalu naik ke bilik. Aariz kembali melabuhkan punggung di sofa. Sementara menunggu Aisha bersiap.

*****

Mereka tiba di sebuah rumah. Bagi Aisha rumah ini sangat familiar baginya.

"Awak rumah siapa ni?, kita buat apa dekat sini?"

"Sha dah lupa eh? First time Sha datang sini waktu tangan Sha luka sebab Daniel. Riz bawa Sha datang sini sebab mama rindu sangat dekat bakal menantu dia ni." Aisha tersenyum nipis. Ada-ada saja Aariz ini. Bakal menantu? Berbunga pula hatinya.

"Assalamualaikum, mama. Riz dah balik"

"Walaikumsalam. Ah sampai pun. Ingatkan dah sesat tadi, tak tahu jalan balik" ujar Tengku Aminah terselit gurauan dalam kata-katanya. Aariz dan Aisha tergelak kecil.

"Dah la tu. Aisha. Hari ni lunch dekat sini eh?"

"Baik mama"

Di meja makan hanya bunyi sudu berlaga dengan pinggan saja kedengaran. Suara halus milik Tengku Aminah memecahkan kesunyian.

"Aisha dengan Riz dah ada perancangan untuk perkhawinan korang nanti? Mama ingat nak buat besar-besaran sebb Riz satu-satunya  anak lelaki mama"

"Aisha tak kesah mama. Buat simple pun Aisha ok je" ujar Aisha.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now