Sebaik sahaja sampai di istana, member BTS dibawa masuk untuk dirawat . Satu persatu member BTS dibawa masuk ke bilik rawatan . Doktor yang bertugas di situ dengan cepat merawat mereka semua. Nasib baiklah doktor ada ramai, kalau sorang je... Hrummm tak sempat nak rawat .
Kris menangis setelah berpisah dengan Jhope. Dia dibawa ke masuk ke istana dan diletakkan di biliknya. Kris masih lagi menangis . Dia dipakaikan baju kerajaan . Seperti putera raja sebenar .
Ratu tidak sanggup melihat anaknya lalu pergi ke arah anaknya lalu mendukungnya. " Kris , kenapa ni sayang?" Tanya ratu.
" A..Appa..a" hanya perkataan itu keluar dari mulut Kris. Kris menangis dengan sangat kuat. Ratu mendukung Kris lalu pergi ke bilik di mana Jhope sedang berehat selepas dibawa keluar dari bilik rawatan.
Kris berhenti menangis sebaik sahaja melihat Appa nya berada di hadapannya. Dia menghulurkan tangannya kepada Jhope. Meminta supaya Jhope mendukungnya .
Di sisi Mickey....
" Hey, saya wira tau sebab selamatkan tuan Putera kecil kita. Walaupun begitu, family saya tetap nombor 1. Dan family saya yang saya akan utamakan. " Kata Mickey. Mickey memeluk ahli keluarganya satu persatu.
" Kenapa dengan abang kita , Haeri" tanya salah seekor adik kepada Mickey, iaitu yeontan.
" Biarkan je lah dia, dia 'excited' sangat tu, ye la kan, selamatkan putera Raja. Aih, layan je lah . " Kata Haeri, si anjing betina yang comel.
"Di tempat Kris.
Jhope tersedar dari tidurnya . Dia perasan akan tempat dimana dia berada. Katil yang empuk dan berbentuk seperti awan , dihiasi kristal. Dia terpegun dengan keindahan dengan tempat di mana dia berada.Jhope memandang akan membernya. Satu persatu muka member BTS dilihat olehnya. Tiba tiba dia terdengar suara bayi . Suara bayi tersebut seperti tidak asing. Dia cuba untuk bangun.
Kebetulan , Nayeon berada di situ. Dia seperti sudah lama menunggu para Bangtan. " Awak tak boleh bangun lagi , Jhope. Badan awak baru sahaja dirawat.
Awak tak ingat ke... Awak semua Kene tikam dengan nenek jahat tu... Awak tak
ingat ke , jhope??? Apapun, saya takkkan biarkan awak bangun. " Kata Nayeon.Jhope memandang tepat ke dalam mata Nayeon. Mata mereka saling berpandangan.
" Tapi, saya dengar suara Kris tadi. Saya nak ambil dia. Saya rindu dia. Dan... Kat mana ni??" Kata Jhope.
" Kris okey je. Awak jangan risau. Kris lagi rindukan awak. Awak kan Appa terbaik dia . Awak selalu manjakan dia, jaga dia dengan baik. Malah , dia selalu memilih awak daripada member yang lain. Dan... Awak berada di bilik rehat. Ratu dan raja nak awak semua tinggal kat sini sampai Awak sihat. " Kata Nayeon.
Air mata Jhope mula menitis. " Saya tak boleh tinggal kat sini... Kami semua ada konsert , dalam dua tiga hari sahaja lagi. Kami tak ada banyak masa. Kalau kami tinggal di sini sampai sihat, ARMY yang datang ke konsert kami akan kecewa... Mereka datang untuk melihat kami bertujuh... Tapi, kami tak datang. Kami taknak sakitkan hati para ARMY. Mereka mempercayai kami, kami sayang mereka . Takkan la kami nak tinggalkan konsert tu." Kata Jhope.
" Saya akan buat sesuatu untuk melambatkan konsert, supaya kamu boleh berehat sikit dan ambil tenaga untuk konsert. Ketika di konsert, kamu jangan menari terlalu keras. Menari ala ala biasa sahaja. Kalau boleh nyanyi je. Saya akan minta tolong dengan beberapa orang. " Kata Nayeon lalu berlalu pergi meninggalkan Jhope.
Di sisi nayeon.
Nayeon mendail nombor seseorang.
Panggilan disahut. Dia telefon nayeon tertera nama ( TWICE ) ." TWICE, boleh tak kalau saya nak minta tolong sikit. " - Nayeon
" Ermm .. Nayeon nak minta tolong apa tu??"- TWICE
" Boleh tak kalau TWICE buat persembahan di konsert BTS. BTS ada hal sikit. Mereka taknak buat ARMY kecewa. Kalau boleh 2 lagu ." - Nayeon.
" Ermmm.... Boleh je... Tapi nak persembahkan lagu apa??? Lagipun kalau ARMY tak nak tengok pastu pergi macam mana???"- TWICE
" Tu biar saya fikirkan. Ikut la nak lagu apa pun. Saya tak kisah."- Nayeon.
" Oky"- TWICE
Panggilan tamat.
YOU ARE READING
JHOPE appa
General Fictionseekor anjing telah menarik perhatian jhope dan membawa jhope ke arah semak . Di dalam semak tersebut kelihatan seorang bayi lelaki yang amat comel. Dia membawa bayi itu bersamanya. Member BTS yang lain terkejut dengan apa yang dibawa jhope. Mereka...