Kelas yang bising seperti pasar itu senyap apabila guru kelas mereka Miss Lin masuk.
'Good morning everyone'.
'Good morning teacher'. Sahut semua murid dalam kelas 4 mawar.
'Oky. Today, kelas kamu akan terima seorang pelajar baru dari bandar. Dia terpaksa berpindah kesini kerana ayahnya mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Jadi, saya harap kamu semua dapat terima dia dengan baik. Jadikan dia sebagai salah seorang kawan kamu juga ya. Baiklah, awak masuk dan perkenalkan diri'.
Miss Lin berundur sedikit ke tepi untuk memberi laluan kepada pelajar itu untuk memperkenalkam diri dia.
Masuk sahaja, bunyi sorokan dari kumpulan Alia si minah gedik disekolah. Dia buat macam tu meja dia kan. Tepuk-tepuk. Aku tepuk muka kau kang.
'Oky. Hai everyone. Nama Tengku Haris Iskandar. Tujuan saya pindah ke sini kerana my dad ada urusan kerja dia di office so kami sekeluarga terpaksa berpindah ke sini. So saya harap you all boleh terima saya untuk jadi kawan korang. That's all about me'. Selepas itu, dia memberikan senyuman yang manis yang dapat membuatkan mana-mana gadis yang melihat pasti cair. Hahaha. Tapi bukan pada Hana lah.
'Weh Hana. Dia lah jiran aku yang aku cakap tu. Haris namanya. Wau tengku babe. Patutlah jenama barang-barang dalam lori semalam mahal-mahal eh. Orang kaya'.
Aku hanya mendengar tanpa ada rasa mahu bertanya lanjut. Aku hanya melihat mamat tu bersahaja.
'Boleh tahan hensem. Patut lah minah ni syok. Tapi rasa macam pernah nampak lah dia ni. Tapi kat mana eh'. Otak aku ligat memikirkan tentang mamat tu sehingga tidak sedar akan panggilan Nadia.
'Woi'.
'Eh mak minah jatuh longkang tepi rumah Pak Abu'.
Aku menjeling pada Nadia. Ish kesian mak minah. Tak pasal-pasal dia yang jatuh longkang. Kenapa lah bukan minah ni yang aku tak sebut jatuh longkang.
'Weh hahahah kesian mak minah. Senak perut aku suka. Hahahah'. Amboi sakan naw dia suka sampai tak fikir yang ramai dah tengok dia ni.
'Woi. Senyaplah. Ramai dah tengok kau ni'.
'Kau lah. Sakit perut aku suka tau'.
'Hm. Pahal kau terpekik tadi'.
'Hahah takde. Termenung jauh kau. Pikir pasal mamat tu eh'. Ish ada-ada je minah ni. Cekik kang baru tahu.
'Takdelah. Cuma aku rasa aku pernah nampak muka dia tapi tak ingat kat mana'.
'Ouhh'.
'Baiklah. Haris awak boleh duduk sebelah Adam ye. Adam angkat tangan awak'.
Sejurus selepas itu, Adam pun mengangkat tangan seperti yang diarahkan.
Semasa Haris lalu sebelah meja Hana, dia sempat melirikkan senyuman manis pada Hana. Tapi Hana tak kesah pun.
Selepas itu, guru subjek addmath masuk untuk memulakan pengajaran.
*********
Cuaca pada hari itu panas terik. Terasa membahang satu badan. Tak syabar balik nanti nak berendam dalam kolam. Kesah apa aku. Nanti aku tukar lah air baru.
'Weh. Panas gila hari ni. Letih aku'. Nadia yang berada di sebelah aku merungut.
'Kan. Panas dia lain macam'.
Berbual punya berbual tiba-tiba
'Aduhh kaki akuuu'
Kaki kami terhenti seketika daripada berjalan. Kami mengamati suara itu datangnya dari mana.
'Aih kayu ni. Pahal duk tengah jalan hah'.
Tepi rumah Pak Abu.
Kami terus meluru kearah suara tersebut. Sampai sahaja disana, kelihatan mak minah berada di dalam longkang.
'Ya Allah mak minah. Kenapa boleh jadi macam ni?'. Gelabah kami apabila ternampak mak minah berada di dalam longkang dengan badannya penuh dengan bungkusan kuih.
'Aish ni hah kayu ni. Mak minah tak perasan kayu ni ada kat sini. Ingatkan clear. Sekali jalan jatuh daa. Dalam longkang pula tu'. Jelas mak minah sambil meletakkan kuih kedalam bakul.
'Apa lah kayu ni. Kesian mak minah tau. Meh tangan mak minah. Saya angkat'. Aku menghulurkan tangan aku pada mak minah untuk memberi pertolongan pada mak minah.
Mak minah menyambut tangan aku dan bangun untuk keluar dari longkang. Nadia pula mengutip kuih yang bertaburan di atas rumput itu dan dimasukkan kedalam bakul.
'Terima kasih ye nak. Menyusahkan kamu je. Cuai mak minah juga sebab tak nampak kayu tu. Haha'.
'Takpe mak minah. Kebetulan kami lalu jalan ni. Tiba-tiba terdengar suara orang mengadu. Tu yang kami datang tengok sape tu'. Jelas aku.
'Takpelah kalau macam tu. Mak minah balik dulu ye. Assalamualaikum'.
Mak minah terus berlalu dari kawasan itu meninggalkan kami berdua yang salimg berpandangan sesama sendiri.
'Eh mak minah jatuh longkang tepi rumah Pak Abu'.
Kami terus menghamburkan tawa selepas mengingati kejadian didalam kelas tadi.
'Masinnya mulut kau Hana kan. Kesian mak minah'. Sempat dia melihat mak minah yang tergedek-gedek pulang kerumah dengan kakinya yang sakit dengan sisa tawanya.
'Aku pun tak tahu lah babe. Macam mana aku boleh tersebut mak minah. Padahal baru je beberapa kali jumpa dia. Ahahahha'. Semput aku dibuatnya kerana banyak ketawa.
'Eh dah lah. Jom balik. Penat aku ketawa. Sebelum balik, jom beli aiskrim jap Hana'.
'Jomm'.
Kami pun berlalu dari kawasan dimana mak minah jatuh tadi. Sempat aku mengangkat kayu tadi dan membuangnya kedalam semak berhampiran supaya orang lain tidak terlanggar lagi.
Kesian mak minah.
Erm Dejavu??
*********
'Intan'.
'Ye umi. Kenapa?'. Sahut Intan yang berada di atas sofa berhadapan televisyen.
'Kenapa kamu cakap macam tu dekat Hana pagi tadi. Umi tak suka lah'. Umi aka Puan Rozita menegur sikap anak sulungnya yang menegur adiknya secara kasar pagi tadi.
'Salah ke Intan tegur dia macam tu. Dah dia yang malas nak gosok baju tu awal-awal. Nak menyusahkan orang je'. Balas Intan dengan suara meluat.
'Dia adik kamu. Tegur lah elok-elok. Tegur cara kasar tak jadi juga. Faham?'.
'Hmm. Kalau tegur lembut tak jadi budak tu umi. Kena ajar betul-betul. Nanti jadi orang tak guna. Menyusahkan orang je pandai'.
'Apa kamu cakap macam tu. Walau bagaimanapun dia darah daging kamu. Adik kandung kamu. Cuba cakap elok-elok sikit. Umi tak pernah ajar anak umi bercakap kasar macam tu tau'. Tegur Puan Rozita pada anaknya untuk kesekian kali.
'Malas lah umi. Nanti dipijaknya kepala kita macam mana. Intan tetap dengan pendirian Intan yang Intan ajar dia cara kasar macam tu. Baru jadi'.
'Kalau adik dengar, terasa dia nanti Intan'.
'Biarlah dia terasa. Bagus untuk dia umi. Lagipun kalau tak diajar cara kasar, nanti dia buat perkara tak elok macam mana?'.
Ktakk
Bunyi seperti ranting patah membuatkan mereka berdua terkejut lalu memalingkan wajah mereka pada muka pintu rumah. Tersembul wajah Hana di muka pintu dengan wajah merah.
'Sampai hati akak cakap macam tu. Hina sangat ke Hana hah. Akak ingat akak sempurna sangat ke sampai cakap Hana macam tu'. Tersedu-sedan Hana menahan suaranya dalam tangisan.
Dia berlalu masuk kedalam bilik tanpa menunggu balasan dari kedua mulut orang diruang tamu itu. Dia perlukan masa untuk bertenang.
Vote dan comment
YOU ARE READING
Takdir Hidup Raudhah || [C] (IN EDITING)
RandomDisebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya Haris Iskandar • "Kau kalau dah tak pandai tak pandailah. Tak payah acah-acah bijak. Kau ingat kalau kau buktikan pon ada orang nak percaya...