completed, kim doyoung nct fanfiction
[ book 2 of similarity ]
SHORT STORY VER. | EBOOK SOON
continuation of the story of the moon with egoistic aquarius
marriage with conflict, angst au.
[ cloudnight98 artworks || 2021 ]
Hari yang paling mendebarkan buat seumur hidup Jungha telah tiba. Gementar mula menghantui dirinya, dia tidak melelapkan mata di malam hari.
Esok hari yang akan mengubah status dirinya kepada sudah berkahwin. Jungha masih lagi tak percaya kepada dirinya yang sudah menjadi milik orang.
Langsir menutupi separuh pemandangan langit membiru. Dia agak selesa dengan kemudahan hotel yang disewa untuk perkahwinannya tetapi dia mengalami insomia.
Selimut menutupi seluruh badannya, dia memaksa matanya lelap tetapi tidak boleh. Badannya menggeletar. Jungha tak mampu merehatkan mindanya yang asyik berfikir tentang sesuatu yang dia masih lagi tak mengetahui apa yang dia fikir.
Tiba-tiba, ada telepak tangan mengusap rambutnya dari tepi. Dia terus melihat gerangan yang melakukan perbuatan itu tadi. Dadanya hampir sesak nafas apabila melihat Jungwoo berada dihadapannya.
" Sayang ayah, kenapa tak tidur lagi ? " Jungwoo bertanya sambil mengusap rambut anaknya terus-menerus.
" Ayah.... Betul ke Jungha kahwin esok ? Macam terlalu cepat je.. "
" Betullah. Cepat je sayang ayah dah membesar lepastu tau-tau je dah jadi milik orang, " Tangannya dialihkan pula ke kening alis Jungha yang lebat.
Jungha mengubah posisinya dari baring kepada duduk lalu menghadap ayahnya, " Ayah, Jungha kena berpisah dengan Jungho nanti. Takpe ke ? "
" Kamu berdua memang kena berpisah pun. Dah tak boleh nak bergam 24 jam, nanti dia juga ada kehidupan dia juga. " kata Jungwoo dengan tegas. Dia memang tak suka Jungha rapat dengan Jungho sebab cemburu buta.
" Ohh, selama ni ayah tak suka Jungha rapat dengan Jungho lah. " Anak perempuannya mempoutkan mulut itiknya.
" Ehh masa kecil kamu yang bergam dengan ayah. Ingat sikit, bila ayah nak layan Jungho, kamu terus meragam macam takde hari esok. " bidas Jungwoo yang tak mahu kalah.
Jungha terus memukul kepada Jungwoo, geram sangat alahai ayahnya pun tak nak kalah. Dia mengalihkan pandangan dari ayahnya, merajuk kena usik tadi.
" Alahh, sayang ayah jangan merajuk. Ayah gurau je tadi, omo sayang ayah pun sama je macam ayahnya. " Jungwoo meletakkan kepala Jungha ke bahunya.
Keadaan mula terdiam seketika. Mereka berdua hanya melihat langit biru cair yang mempunyai berbilion bintang melekat.
" Ayah, boleh lagi ke Jungha berdiri macam dulu ? "
" Kenapa tak boleh pula ? Tiada yang mustahil bagi Jungha, bukan ? " jawab Jungwoo.
" Tapi, mesti buruk kalau Jungha pakai gaun tu pastu duduk je... " Itulah perkara yang Jungha masih fikirkan sehingga tak dapat tidur.
" Takde yang buruklah bagi anak ayah. Semuanya cantik belaka, " Jungwoo menafikan kenyataan Jungha. Dia tak mahu anaknya berputus asa.
Jungwoo melepaskan pelukan anaknya dan berdiri di hadapan Jungha. Dia perlu kuatkan semangat Jungha yang ingin berjalan seperti dahulu.
" Letak kaki dekat kaki ayah, "
Jungha hanya menurut dan meletakkan kakinya di atas kaki ayahnya yang agak jauh dari tempatnya.
" Pegang lengan ayah, "
Lengan Jungwoo digenggam kuat oleh Jungha. Langkah terakhir ialah berdiri. Jungha hampir boleh berdiri dan Jungwoo menunjukkan ibu jari.
Tetapi, anaknya tidak dapat berdiri dengan lama dan terduduk di lantai kayu yang sejuk sambil menahan kesakitan. Paha Jungha diusap lembut oleh ayahnya yang risau keadaannya sekarang.
Air mata Jungha mula menitis di atas tangan ayahnya dan Jungwoo menatap matanya Jungha yang penuh dengan air mata.
" Mianhei, anak ayah.. Janganlah menangis, ni baru pertama kali buat. Jungha kena buat macam ni sampai Jungha boleh biasakan diri pakai tongkat, "
" Sakitnya.. Siapa buat Jungha jadi macam ni.. Jungha akan bunuh dia sampai mayat dia tak akan terjumpa, " Jari telunjuk Jungwoo diletakkan di mulut Jungha.
" Tak baik berkata begitu, nanti dia akan kena bayar dengan perbuatan dia juga. " Jungwoo meletakkan tangannya ke bahu Jungha untuk menenangkannya.
" Betul ke Jungha boleh berdiri lagi ? " Tak habis-habis lagi anaknya tanya soalan itu, Jungwoo menyenyapkan anaknya. " Sudahlah tanya soalan tu, mesti boleh punya. "
" Cuba try jalan pakai tongkat pula, " Tongkat ditujukan kepada Jungha, Jungwoo menawarkan pertolongan lagi. " Boleh ke ? " ragu Jungha. Dia masih lagi takut untuk mencuba lagi.
" Boleh punya. Ayah tolong dari belakang, " Kaki Jungha berdiri dengan pertolongan tongkat dan Jungwoo memegang pergelangan tangan anaknya dari belakang.
Sakit tu mesti ada, Jungha berhenti di pertengahan jalan. " Kenapa berhenti ? Jalanlah lagi, " Jungwoo memeluk badan Jungha, membantunya dari belakang.
" Sakit... Tak boleh.... " Nafas Jungha tercungap-cungap, dia mengeraskan badannya dari terjatuh. " Kalau sakit, tutup mata sampailah sakit tu hilang. Lepastu, cuba teruskan lagi. Jangan mengalah, "
Mata Jungha tertutup rapat, menahan kesakitan itu sehingga hilang. Dia berjalan sedikit demi sedikit sehingga tiba di hadapan pintu. Belakang terasa kosong, Jungha memandang belakangnya dan melihat tiada sesiapa pun.
" Ayah ? Mana ayah ? " Jungha tercari-cari Jungwoo di sekeliling biliknya sambil berjalan bersama tongkat.