03 - Marriage

28 9 8
                                    

Jungha memperagakan gaun perkahwinannya sambil duduk di hadapan cermin. Dia masih lagi tak percaya yang dia boleh berjalan memakai tongkat semalam. Adakah dia dirasuk ataupun ini keajaiban ?

Tiba masa dia perlu pergi ke dewan dimana majlisnya berlangsung, Sungchan menolak kerusi rodanya keluar dari bilik dan berjalan menuju ke lif.

Di dalam lif, mereka hanya diam seribu bahasa. Nampaknya tiada topik yang ingin dibualkan, Jungha memegang tangan kawan ayahnya.

" Sungchan-oppa, boleh tak kalau kita berjalan sama-sama nanti ? " soal Jungha yang ingin berjalan menggunakan tongkat.

" Jungha dah boleh jalan pakai tongkat ke ? Takpe ke kalau tak pakai kerusi ni ? " Sungchan terkejut dengan perubahan Jungha sejak kebelakangan ni.

" Takpe, kena selalu buat nanti bolehlah jalan. " jawab Jungha dengan gembira. " Kalau nak jatuh nanti cakap awal-awal tau, " Sungchan mengusiknya lalu Jungha membalas dengan penumbuk ke perut lelaki itu.

Nampaknya, Sungchan memang bujang sejak menjaga Jungha dan Jungho yang kehilangan ibu bapa mereka sejak kecil. Bukannya dia tak mahu mencari, dia lebih suka bermain dengan mereka. Kembar itu comel masa kecil tetapi ganas bila dah besar.

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

" Ketibaan pengantin lelaki ! " Pengunjung seisi dewan bertepuk tangan apabila melihat Doyoung yang memakai tuxedo berjalan dari pintu gerbang ke arah Jungha yang berdiri di hadapan paderi menggunakan tongkat.

Pada mulanya, Jungha agak gementar melihat keramaian pengunjung majlis ini. Mesti semua dari golongan elit atau bangsawan.

Kesakitan mula dirasai. Tangannya yang memegang tongkat mula menggigil, dia cuba menyembunyikan sakit itu dengan menutup mata.

Sakit mula beransur hilang. Jungha membuka mata terlihat Doyoung sudah berdiri di hadapannya antara satu sama lain.

Paderi mula berbicara, " Kim Doyoung, sudikah engkau menjadi suami yang akan menunaikan tanggungjawab ke atas isteri kamu ? "

" Ya, "

Pandangan Paderi mula beralih ke Jungha, " Kim Jungha, sudikah kamu menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami kamu ? "

" Ya, " Jungha mengetap bibir.

Saksi yang berada di dalam dewan itu mula berdiri dan memberi tepukan gemuruh lalu bersorak gembira. Puan Kim dan suaminya gembira hingga tidak terkata melihat mereka bersatu.

Doyoung menatap muka Jungha dengan datar dan membisik sesuatu kepada isterinya. " Kim Jungha sudah jadi milik saya, ini yang saya tunggu selama ni. "

Rasa seram bahagian tiga mula kembali kepada Jungha. Kenapa si Doyoung ini mula berperangai begini ? Ataupun dia memang berperangai misteri ?

Jungha hanya mengukir senyuman kepada suaminya yang memegang tangan Jungha yang berpegang pada tongkat.

* . °•★|•°∵ ∵°•|☆•° . *

Doyoung membawa Jungha pulang ke rumahnya setelah seharian berada di dewan perkahwinan. Di dalam kereta, mereka hanya diam sambil bintang menemani di langit biru gelap.

Tiba di villa kepunyaan ayah Doyoung, Jungha mengikut Doyoung terlebih dahulu keluar dari perut kereta dan terus berjalan ke pintu rumah.

Jungha pula terkebil-kebil ingin mengambil beg pakaiannya dari bonet kereta. Ish, lelaki ni memang tak mahu tolongnya yang struggle nak berjalan bagai ke.

Jejak sahaja ke ruang rumah, Jungha terpaku dengan landskap kawasan rumah Doyoung. Suaminya memang ada citarasa tentang hiasan dalaman. Simple but make it with elegant.

" Bilik saya mana satu ? "

Doyoung melihat Jungha yang berada di belakangnya, " Awak cuma ada bilik pakaian je, bukan ke kita tidur sekatil ke ? "

" Tidur sekatil ? Tak mungkin- "

Punya banyak bilik dalam rumah ni, kenapa nak kena kongsi bilik dengan dia ? Adakah Doyoung terlalu obses kepada dirinya ?

" Ahh lupa nak bagitau. Villa ni ada lima bilik. Satu bilik tidur, satu bilik kerja dan tiga bilik pakaian. Tapi, saya dah kosongkan satu lagi bilik pakaian untuk awak. "

" Tukar pakaian awak kat atas dan datang bilik saya nanti. Ataupun awak boleh tidur di bilik stor bawah tanah, " arah Doyoung lagi.

Jungha menggigit bibirnya. Dia mengangguk faham dan terpaksa bersetuju dengan kehendak suaminya.

Doyoung berlalu pergi menaiki lif meninggalkan Jungha yang berada di hadapan pintu lif tadi.

Aku isterinya, mengapa dia ingin menguasai diriku yang tak sempurna ini

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

diri ini terlalu rajin mengupdate ^^

Similarity : Passionate Ego.Where stories live. Discover now