Bab 40

91.7K 3.9K 481
                                    

Pont Des Arts, The Famous Lock Love Bridge in Paris.

INARA tersenyum lebar memandang pemandangan yang tersergam indah dihadapannya ini. Wajah dipalingkan ke arah Adrian yang sedang tersenyum memandangnya.

"Jom ambil gambar!" Terus telefon pintar miliknya dikeluarkan dan beberapa keping gambar swafoto diambil bersama Adrian disisi.

"Cantik!" Puji Adrian apabila semua gambar-gambar yang diambil tadi dibelek satu persatu.

"Kan?" Kedengaran amat teruja suara Inara.

Adrian menegur seorang pengunjung di situ lalu memintanya untuk mengambil gambar portrait mereka berdua.

"Ready?" Tanya lelaki yang diminta tolong oleh Adrian tadi. Adrian mengangguk lalu pinggang Inara ditarik mendekat dengan dirinya dan senyuman diberikan.

"One, two, three!" Beberapa keping gambar pasangan itu berlatarbelakangkan Seine River itu diambil oleh lelaki asing tadi.

"Wonderful couple!" Puji lelaki tadi membuat Inara dan Adrian tersenyum berterima kasih.

"Wait here." Inara menganggukkan kepala. Seketika, Adrian sudah hilang dari pandangan matanya. Dia kembali memandang kehadapan. Sudah lama dia ingin ke sini bersama lelaki yang bakal menemani hidupnya. Finally, impan dia tercapai.

Sedang menikmati pemandangan tersebut, tiba-tiba matanya ditutup dengan sebuah tangan kekar milik seseorang. Inara tergelak kecil.

"Stop it, sayang." Kata Inara. Dia tahu tu Adrian.

"I beli ni." Adrian menunjukkan sebuah padlock yang berada di tangannya membuatkan Inara terus tersenyum gembira.

Sudah menjadi adat kepada orang yang datang ke sini iaitu menulis nama masing-masing dan pasangan di atas sebuah padlock dan mencampakkan kunci tersebut kedalam Seine River.

Adrian terus menulis namanya dan isteri di atas padlock tersebut. Padlock itu dikunci pada pagar jambatan cantik itu lalu kunci tersebut dibaling ke dalam sungai yang terbentang luas dihadapan.

Lebar senyuman Inara. Dia dah lama ingin lakukan perkara ini.

"Come, baby.." Tangan Inara ditarik lembut oleh Adrian. Inara akur mengikuti langkah suaminya itu.

"Kita nak naik cruise ke sayang?" Adrian menganggukkan kepalanya sambil memandang Inara.

River Seine Cruise ini memang sesuai untuk menikmati pemandangan lagi-lagi ketika gelap malam. Dapat dilihat dengan jelas lampu dan cahaya yang menyinari bandar besar Paris tersebut. Tidak lupa juga Eiffel Tower yang dapat dilihat dari atas Cruise tersebut. Sungguh cantik!

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam Cruise yang sudah ditempah khas oleh Adrian. Makin lebar senyuman milik Inara apabila cruise itu mula bergerak. Angin yang menerpa kulit mukanya itu dinikmati sambil matanya ditutup.

Sungguh cantik pemandangan yang berada dihadapannya kini. Dengan langit gelap dan cahaya bintang yang bersinar itu sungguh membuatkan hati Inara tenang.

"I love you.." Bisik Adrian disebelah Inara. Matanya masih tidak lepas memandang Inara yang sedang tersenyum lebar itu.

His Eternal Love Where stories live. Discover now